Bahan-Bahan Kek
Bahan A
312gm telur gred A baru keluar dari peti ais
(+-6 biji) - Kalau terlebih buang putih telur
21gm gliserin
195gm gula kastor
75gm air
25gm ovalet
1 sudu makan esen vanila
Bahan B
180gm tepung superfine
5gm baking powder
(Diayak bersama)
Bahan C
70gm minyak / mentega cair
Cara-Cara
1. Panaskan oven terlebih dahulu (suhu 180)
2. Masukkan kesemua bahan A dan pukul dengan high speed sehingga soft peak)
3. Masukkan bahan B, pukul dengan low speed sehingga sebati.
4. Masukkan bahan C dan pukul sebentar sahaja sehingga sebati (low speed)
5. Masukkan dalam loyang 9 inci yang telah dilapik dengan baking sheet didalamnya.
6. Bakar dengan suhu 160 selama 45 minit.
7. Keluarkan dari oven tunggu 5-10 minit dan keluarkan dari loyang untuk elak mendap. Jika kek dibiarkan lama dalam loyang, kek akan mendap.
Inti Kek
Bahan-Bahan
1/2 tin buah koktel (ditapis)
1/2sb serbuk gelatin
1/4 cawan air buah koktel
250gm cream cheese
1/4 cawan susu pekat
1/4 cawan non dairy fresh cream
Cara-Cara
1. Campurkan gelatin bersama air buah koktel dan biarkan kembang. Cairkan gelatin menggunakan kaedah double boil.
2. Pukul cream cheese sehingga lembut (jangan lama) dan campurkan dengan susu pekat.
3. Tambah gelatin cair dan pukul sebati.
4. Masukkan fresh cream cair & buah koktel dan kaup balik sehingga sebati.
5. masukkan dalam piping bag dan sejukkan dalam peti ais.
Bahan Lepa & Hiasan
500gm non dairy fresh cream
Strawberri
Kiwi
Anggur
peach dalam tin
Cara-Cara
1. Pukul fresh cream sehingga kembang. Isi sedikit dalam piping bag dan biar sebahagian dalam mangkuk.
2. Belah kek kepada 3 bahagian.
3. Tingkat pertama, pipekan tebing di keliling kek. Kemudian pipekan inti kek (cream cheese) di bahagian tengah kek.
4. Ulang untuk tingkat kedua.
5. Lengkapkan dengan tingkat ketiga sebelum melepa fresh cream di sekeliling kek. sejukkan dalam peti ais.
6. Potong buah-buahan & hiaskan di atas kek.