Friday, February 7, 2014

Baking & Cooking Class


Ahad lepas aku join kelas demo snow cheese kek, nasi arab, ayam panggang, roti bun & pizza kat rumah kawan aku kat Alam Budiman. Aku pegi sebab excited nak belajar snow cheese cake tu. Tak sangka pulak buat nasi arab senang rupanya. Sedap pulak tu. Tak sia-sia pegi. Bayar pun murah je walaupun banyak benda yang diajar.

Resepi Snow Cheese Cake

Bahan-Bahan Kek
6 biji telur
100gm gula
100gm tepung naik sendiri / tepung gandum
60gm tepung jagung
1tb ovallette
1ts cheese powder / esen vanilla
1ts double action baking powder
50ml air sejuk (optional)
75gm butter (dicairkan)

Cara-Cara
1. Panaskan oven
2. Masukkan kesemua bahan kedalam mangkuk kecuali melted butter.
3. Pukul sampai kembang 2-3x ganda.
4. Tuangkan melted butter & kaup balik hingga sebati.
5. Bakar dengan suhu 165 c selama 40 min. 
6. Apabila kek dah masak, keluarkan dari oven & kek hendaklah dikeluarkan terus dari loyang untuk mengelakkan kek dari turun/mendap.

Bahan-Bahan untuk topping
1/2 tin susu pekat (Guna 1/3 untuk kurangkan manis)
3tb whipping cream
250gm cream cheese
1/2 cawan air / susu cair

* Block cheddar cheese untuk diparut.

Cara-Cara
1. Campurkan kesemua bahan dan pukul hingga gebu.
2. Curahkan atas kek.
3. Parutkan cheddar cheese atas kek yang telah diletakkan topping.

Resepi Nasi Arab

Bahan-Bahan
1 biji bawang besar (potong dadu
1 biji tomato (size besar) (potong dadu)
1 peket rempah kurma adabi / 20gm@2tb rempah nasi arab (boleh guna mana2 rempah)
2 tb minyak sapi
1 ekor ayam (potong 4)
1kg beras basmati (dibasuh)
1 liter air
1tb garam
1 kiub ayam

Cara-Cara
1. Panaskan minyak sapi, tumis bawang kemudian masukkan tomato.
2. Masukkan rempah dan garam.
3. Tambah air dan masukkan beras. Kacau hingga rata.
4. Susunkan ayam diatas beras dan ayam dibiarkan terendam didalam air. Masak nasi seperti biasa.


Ayam Panggang

Bahan2
1 ekor ayam
4 sudu besar brown sauce
2 sudu besar sos tomato
3 sudu kicap

Cara2
1. Gaul kesemua bahan. Perap ayam yang dah dibasuh setengah jam dan bakar.

Sambal

Bahan2
5 biji cili siam
3 biji tomato (potong kecil)
1 biji bawang besar (potong kecil)
1 biji lemon (perah jus)
1 rumpun daun ketumbar
1 sudu besar garam
5 sudu besar gula

Cara2
1. Blend semua bahan.

Setakat hari ni dah 2 kali aku buat nasi arab. Tapi aku olah sikit cara buat mengikut kesesuaian periuk aku yang kecik tu. Teacher Sir suka siap soh buat lagi. Sambal dia yang jadi penyedap rasa.