Thursday, March 27, 2014

Gunung Kinabalu!!! here we come!!!


Jam empat setengah lebih aku sudah bangun bah!! awal gilak. mana taknya, jam 6 sudah mau bertolak ke Kundasang. Tapi disini kalau jam 6 sudah seperti jam 8 di semenanjung.. 
APAKAHHHHHHH!!! kenapa aku sudah mau terikut ikut cakap sabah??? seronok bila dengar anak sedara aku cakap dengah abahnya.. dah gaya macam kawan dah dorang. Tapi, kalau pekat sangat tu, aku nganga jelah.. tak paham..

okay sambung balik..

kat sini, nak g satu2 tempat tu agak jauh. Sbb tu smlm kami bertolak ke kundasang awal. bertolak pukul 615, pukul 8 lebih baru sampai. amek masa 2 jam lebih gakla.

Mula2 sampai, kitaorang g tempat urut kaki ikan. Bear2 ikannya. tak takut orang pulak tu.Kemudian kami keladang teh. Kat sana, kami dibawa masuk kilang untujk tengok prosespembuatan teh. teh kat sini organik. lebihan teh yang kualiti dia xleh pakai untuk dijual dorang akan simpan untuk buat baja. nanti sorang tourist guide akan bawak sambil terangkan operasi buat teh ni. pastu dia akan ajar, camna nak bezakan teh yang dibubuh pewarna & asli daun teh saja tanpa pewarna. 

Antara gred teh yang senang aku nk paham bahasa adalah teh tarik, teh uncang & teh bancuh. teh tarik ni teh dia halus sangat. Teh uncang pulak kasar sikit je pastu teh tarik yang paling besar la antara 3 ni. suhu yang sesuai untuk bancuh teh 80-100 darjah celcius. teh tarik & teh uncang tak boleh bancuh lebih dari 3 minit & teh bancuh tu tak boleh lebih dari 5 minit. 

Untuk nak uji samaada teh tersebut guna pewarna tiruan atau tak, masukkan 2 sudu teh dalam air sejuk dan biarkan sebentar. Kalau teh organik, warnanya akan sekata. Tapi kalau teh yang guna pewarna tiruan, warnanya akan jadi bertali turun dari teh kebawah sebab tindakbalas pewarna tiruan. bagus jugak tour ni. baru aku tau pasal ni.

Selesai tour di kilang teh, masing2 akan dapat souvenir satu bungkus teh kecil. Tapi aku lupa kat mana aku letak teh tu. acaner ni??? Lepas tu le masjid dulu & singgah makan di kfc kemudian gerak ke ladang lembu.

Kat ladang lembu ni, nanti kita akan dapat tengok macamana baik & mengikut peraturannya lembu2 ni beratur ikut giliran untuk diperah susunya. Kita boleh tengok dari balik cermin je. kat sini jugak adala aktiviti bagi makan kambing & bagi susu kat kambing & anak lembu. yang lainnya kat sini, lembu2 dia lembu hitam putih ala2 lembu new zealand tu. Bukan lembu coklat yang kita dok biasa tengok. So rasala konon2 kat new zealand gitu.. ngehngehngeh..tapi pemandangan dia memang tersangat cantik.

kalau ikutkan, dorang akan jual susu fresh kat sini, tapi masa kitaorg datang ni tak jual pulak. ingat nak beli susu fresh dari ladang untuk bawak balik minum sementara kat tuaran ni. kat sini banyak sesi ambil gambar la sebab view yang sangat shantekkk!!

selesai bergambar kat konon2 New Zealand ni, kami gerak ke kaki gunung kinabalu tempat bermulanya pendakian ke gunung kibalau. tapi tak masuk pun. Snap gambar kat luar tu je pun. Hari dah nak gelap dah. Jauh perjalan balik kitaorang nanti. Pukul 5 lebih sikit kitaorang gerak balik tuaran. Nak balik rasa sekejap je. Masa datang tu punya lama rasa..




Tuesday, March 25, 2014

Sabah bah!!!


Yeay!!! kami di Sabah!!!

Plan asal nak dtang dengan family SIL, tapi akhirnya family aku & MIL je yang ke Sabah. Flight dari LCCT pukul 1020, kitaorang sampai Kota Kinabalu lebih kurang pukul 1.00pm. Dah sampai airport, SIL (Kak Ni) and husband (ustaz) dah tunggu kitaorang. 

Sebelum balik rumah SIL, dia bawak pegi makan dulu dan singgah beli *kelapa' puding*. memang yummeh la.Malam pulak kami beramai2 meratah ketam cicah sambal kicap. Wahhhh!!!! first time makan ketam fresh, rasa dia manis & sedap gilerrrr!!!!! harga ketam pun soploh hengget je sekilo!!!! aiyaaaa... 

Pagi ni pukul 5 lebih bangun tido. kunun2 awal la tu..chettt!!! ye la kalau kt semenanjung tu time sedap lena diulit mimpi lg tu. konon2 bangun awal dari biasa sebelum henpon rosak aku tu vibratekan alarm dia..sekali pukul 6 pagi matahari dh kluar dah... hahahaha.. ini belum pegi obersi lagi dh x tentu arah tgk jam & waktu..

untuk hari ni, ustaz bawak kitaorang pegi rumah terbalik dan taman buaya. Tapi MIL @ SIL x ikut. Aku 1 famili, ustaz & sorang anak dia. Masa kat rumah terbalik tu, Iman Zara x faham apa pun, kitaorg yg Excited lebey.. Tang g taman buaya tu barula budak2 ni seronok tengok binatang2 yang ada dalam tu. Nama je taman buaya tp dalam tu ada jugak ular, monyet, burung, rama2, rusa, ikan & ada jugak persembahan tarian tradisi sabah.

On d way balik, kami singgah makan lokan panggang & air kelapa dulu. puding kelapa pun ustaz tapau sekali. 

insyaAllah esok kami akan ke kundasang.. aku dah google.. rsnya kami akan ke gunung kinabalu esok..