Saturday, November 22, 2014

Tikus dan makanan

Semenjak dua menjak ni mata  susah betul nak lelap. Malam sebelum ni tak tidur langsung sebab tikus. Bukan real tikus pun, ini pasal tikus mekanikal yang disambung kat pc tu. Memang hal dunia ni boleh buat manusia ni jadi sasau jugak. Yelah time2 selalu sedap tidur boleh pulak tak boleh tidur hanya disebabkan mouse. Allahuakbar...

Sekarang ni tak boleh tidur sebab makan pulak. Semenjsk sambung belajar ni, mana ada masa untuk luang dengan family bila weekend. Yelah.. Kelas memang on weekend dari pagi sampai petang pulak tu.

Yang menjadi masalah sekarang ni, banyak kenduri. Kalau kenduri kawan jauh bolehla buat buta mata pekak telinga tak datang. Kalau dah kenduri kawan baik & saudara mara....hawla?????  Sehari kelas tu dah macam attend kelas untuk seminggu. Kedatangan tu pun diambil kira untuk exam. Nanti tak pasal-pasal ada yang tak pass sebab kedatangan tak cukup.

Kalau kenduri dekat dekat boleh lari kejap time lunch hour. Tapi kalau jauh-jauh tu memang 1hari kelas tak boleh datang. Kalau bagi alasan ada kenduri kahwin, masalahnya lecturer pun sama jugak. Dia orang pun ada yang terpaksa miss kenduri kahwin saudara mara & kawan-kawan sebab mengajar.

Serba salah dibuatnya bila ada yang bagi kata putus kenduri orang tu atau sipolan dan sipolan nak tak nak kena datang. Dahla jauh. Kenduri sabtu, ahad belum tentu boleh balik shah alam lagi. Tak ke dah 2 hari miss kelas tu

Tuesday, November 18, 2014

I am work at home momma

Okay.. Dah tukar http blog dari yuzaimara.blogspot.com kepada i-am-workathome-momma.blogspot.com selepas lebih setahun resign & jadi surirumah. Hurm... Dah setahun dua bulan rupanya jadi surirumah ni. Buat masa sekarang ni memang tak terfikir nak ada kerja walaupun kadang2 dlm urusan harian pon dok calculate risk bagai buat macam dlm risk dept lagi. Rindu nak kerja tapi tak kot.. Tak nak jadi pekerja yang terpaksa kerja ikut time employer. I want my own working time.. Hahaha.. Adakah kerja begitu??? Demand betul!!! Mmg spai sudah xde siapa nak bagi kerja kat ko.