Wednesday, October 28, 2015

Bulan 10 tahun ni masuk 2 tahun den pecat boss lama saya. Tahun pertama ‘tak buat apa’ kat rumah sangat mencabar sampaikan stress level melangkaui tahap meroyan dan mencecah level nak bertukar jadi raksasa gorgon.

Masa kerja, kawan ramai nak sembang. Time lunch boleh sembang-sembang, gelak-gelak dengan kawan-kawan. Kadang-kadang time lunch panjang hari jumaat, boleh keluar window shopping sambil melilau cuci mata.

Tapi lepas pecat boss sendiri, bila den kat rumah setiap masa, dunia rasa terhenti kejap. Kat rumah, anak-anak adalah segalanya. Merekalah boss, mereka kawan-kawan, mereka customer. Setiap masa tak kira waktu mereka sentiasa ada. Even time nak buat pelaburan pun, mereka bersama-sama dalam bilik kecik. Tu belum lagi kira terpaksa tahan segala keinginan nak masuk bilik kecik sebab ada yang menangis macam kena sawan.

Bila den pecat boss lama tanpa mencari boss baru, maka ramailah akan cakap ‘bodoh betul. Dah belajar tinggi-tinggi tapi berhenti kerja. Pastu sijil-sijil tu semua buat apa??’. Mula-mula terkesan, tapi bila difikirkan balik, sampai bila den nak dengar ‘kata orang’. Mereka sekadar berkata tapi den yang merasa. Lagipun Allah tak janji, siapa ada paling banyak sijil, dia akan kaya. Janji Allah, siapa berusaha dia akan berjaya. So, kalau den tak berjaya, itu bukan sebab den tak guna sijil den untuk mintak kerja. Tapi sebab den belum cukup berusaha.

Hidup sebagai seorang ‘stay at home mom’, tidak bergaji, tiada kwsp, tiada socso, tapi den dibayar dengan pelukan & ciuman setiap masa. Saya tidak bekerja, tapi denlah pengasuh kanak-kanak, denlah tukang masak, denlah doktor, denlah nurse, den juga seorang tukang masak & kadang-kadang bertindak sebagai pakar pemakanan kanak-kanak.