Saturday, November 7, 2015

Resepi Goreng Pisang

Resipi dari FB Dapur Ummi Abdullah

Bahan-Bahan

1 pkt (600gm) Tepung beras brand Erawan
1 biji telur
pewarna kuning 258 (dicampur air)
1 sb kapur
2 sb garam


Cara-Cara

1. Masukkan tepung beras didalam bekas.
2. Pecahkan telur.
3. Tambah kapur & garam.
4. Tambah air dan pewarna kemudian digaul sebati. 

Puding Sedut

Bahan-Bahan

1 liter air
1 cawan susu tepung
1 cawan susu cair
1/2 cawan gula
1st serbuk gelatin


Cara-Cara

1. Masukkan kesemua bahan dalam periuk dan didihkan.
2. Bila dah masak, asingkan dalam 3 bekas untuk perasa yang berlainan.
3. Sejukkan dalam peti ais selepas masukkan lapisan pertama dalam botol.
4. Masukkan lapisan kedua dengan sengetkan botol supaya lapisan pertama tidak pecah.
5. Ulang step 4 & 5 untuk lapisan seterusnya.

Thursday, November 5, 2015

Fruitilicious Cake Recipe


Bahan-Bahan Kek

Bahan A
312gm telur gred A baru keluar dari peti ais 
(+-6 biji) - Kalau terlebih buang putih telur
21gm gliserin
195gm gula kastor
75gm air
25gm ovalet
1 sudu makan esen vanila

Bahan B
180gm tepung superfine
5gm baking powder
(Diayak bersama)

Bahan C
70gm minyak / mentega cair


Cara-Cara

1. Panaskan oven terlebih dahulu (suhu 180)
2. Masukkan kesemua bahan A dan pukul dengan high speed sehingga soft peak)
3. Masukkan bahan B, pukul dengan low speed sehingga sebati.
4. Masukkan bahan C dan pukul sebentar sahaja sehingga sebati (low speed)
5. Masukkan dalam loyang 9 inci yang telah dilapik dengan baking sheet didalamnya.
6. Bakar dengan suhu 160 selama 45 minit.
7. Keluarkan dari oven tunggu 5-10 minit dan keluarkan dari loyang untuk elak mendap. Jika kek dibiarkan lama dalam loyang, kek akan mendap.


Inti Kek

Bahan-Bahan
1/2 tin buah koktel (ditapis)
1/2sb serbuk gelatin
1/4 cawan air buah koktel
250gm cream cheese
1/4 cawan susu pekat
1/4 cawan non dairy fresh cream

Cara-Cara
1. Campurkan gelatin bersama air buah koktel dan biarkan kembang. Cairkan gelatin menggunakan kaedah double boil.
2. Pukul cream cheese sehingga lembut (jangan lama) dan campurkan dengan susu pekat.
3. Tambah gelatin cair dan pukul sebati. 
4. Masukkan fresh cream cair & buah koktel dan kaup balik sehingga sebati.
5. masukkan dalam piping bag dan sejukkan dalam peti ais.


Bahan Lepa & Hiasan

500gm non dairy fresh cream
Strawberri
Kiwi
Anggur
peach dalam tin

Cara-Cara
1. Pukul fresh cream sehingga kembang. Isi sedikit dalam piping bag dan biar sebahagian dalam mangkuk.
2. Belah kek kepada 3 bahagian. 
3. Tingkat pertama, pipekan tebing di keliling kek. Kemudian pipekan inti kek (cream cheese) di bahagian tengah kek.
4. Ulang untuk tingkat kedua.
5. Lengkapkan dengan tingkat ketiga sebelum melepa fresh cream di sekeliling kek. sejukkan dalam peti ais.
6. Potong buah-buahan & hiaskan di atas kek.


Monday, November 2, 2015

Tiket Murah Konvensyen Pejuang Hartanah 2015

Konvensyen Pejuang Hartanah 2015 bakal berlangsung selama dua hari pada 21 & 22 November 2015 di Malaysia Global Innovative and Creative Centre (MaGIC) di Cyberjaya. Tiket untuk dua hari dijual dengan harga RM499.

Orang ramai boleh mendapatkan kod diskaun RM100 di FB Konvensyen Pejuang Hartanah 2015 dengan mengikuti arahan seperti yang tertera di dalam gambar.

Tapi!!! Tapi kod diskaun ni dah tamat tempoh pada 31 Oct 2015. So melepasla siapa yang lambat tu.

Tapi!!!... Tapi!!! Ada lagi tapi dia.. Kalau nak pergi jugak dengan tiket yang murah dari harga sebenar, korang masih berpeluang lagi. Ada yang offer tiket dengan diskaun RM150. Jadi dari harga tiket RM499 dah turun jadi RM349.

Whatsapp 019-303 2580 kalau nak diskaun RM150 untuk tiket ke Konvensyen Pejuang Hartanah 2015 yang akan berlangsung hujung bulan ni.

Khabarnya ada lebih 15 speaker yang akan berkongsi maklumat berkenaan hartanah ni dari macam mana nak miliki hartanah dalam masa 10 bulan dan macam mana nak selesaikan hutang rumah dalam masa 10 tahun.

Konvensyen ni walaupun tak dinyatakan secara spesifik untuk orang melayu tapi sebenarnya untuk galakkan pemilikan hartanah untuk orang melayu.

Gambar sebelah ni adalah barisan speaker yang akan berkongsi pengetahuan mereka tentang hartanah pada sesi dua hari tersebut. Ganas-ganas dan hebat-hebat semuanya.

Antara maklumat berguna yang discreen captured dari FB Ahyat Ishak.

Malas dah nak cerita panjang-pangjang. Kalau rasa nak ada rumah sendiri untuk dijadikan pasif income, bolehla korek ilmu dalam Konvensyen Pejuang Hartanah ni.

Nanti bolehla kita bersara awal dengan gembiranya sebab ada duit berkepuk-kepuk dari pasif income hasil pembelian harta-tanah setelah kita menyertai Konvensyen Pejuang Hartanah ni.