Wednesday, June 26, 2013

ACCA


Semenjak dua menjak ni terfikir nk sambung study.. Sebelum ni dok pk nak amek master in accounting. tp dr business tukar ke account, takut byk pulak yg tertinggal nanti.

Memandangkan aku ada amek keje-keje akaun, aku ingat nk sambung acca. kalau x bosan gak dok umah bila dh berenti keje nanti. Masa pun ada la jugak flexibility dia tu. xdelah keluar pagi balik petang.

ujung bulan ni baru nk keluar iklan utk kemasukan acca di uitm. boleh apply ni..



Monday, June 24, 2013

Staff Day


23 June 2012, first time department aku buat aktiviti luar.. Rasanya la.. Aku baru setahun setengah je pun dok kat dept ni. 

Ni kali kedua kitaorang datang midvalley. Seb baik parking byk lagi sbb baru pukul 10.


Seb baik x lama mencari..


Dah jumpa..

Geng bermain Iman masa kitaorang tengah main bowling.. catwoman..


Sesi bagi hadiah.. yang bagi hadiah tu boss kitaorang Mr. Perba..

on da way balik.. punya teruk jerebu ni..

 Sampai rumah, Iman & Zara mandi main & tengok tv kejap pastu terbongkang sampai malam..





Tanpa si putih yang kecil


Rentetan dari aku sentap sebab baby sehari diberi minum air masak, sambung lagi bila baby tak nak hisap susu mak dia dengan alasan xde susu..

Boleh kata setiap hari tiap kali aku pam susu, aku akan teringatkan baby baru tu. bukan apa, aku teringat aku dulu. nak menyusukan baby sampai 2 tahun, tp ilmu x cukup, pengetahuan xde makanya 2 tahun jd 2 bulan jer. tak boleh nak salahkan orang sekeliling. aku yg salah 100% masa tu.

Disebabkan tu aku yang ketika ini menjadi antara orang sekeliling untuk first time mother ni, rasa bersalah kalau aku x buat sesuatu utk ibu yang memang nak breastfeed baby dia. 

Dari minggu lepas lagi aku terfikir. Tp cuti sabtu ahad je takut x cukup pulak nk test pam susu. lagipun aku lupa nk bawak balik pam. Makanya, jumaat aritu aku bawak balik pam spectra aku yang dah ala2 xlarat nk sedut tu aku bagi menantu nenek Zara pinjam untuk 4 hari.  Isnin selasa aku cuti bolehla bagi pinjam jap kat dia.  Tapi pagi jumaat dan petang jumaat tu aku dah bagitau dia kepentingan susu ibu, kenapa kena pam macamana nak bagi susu ada (alasan x bg susu, susu xde) & macam2 lagila aku cakap. 

Sabtu pagi aku dpat call dari nenek Zara, kata pam tu langsung xde suction pun. Takkan rosak kot??? Tengahari tu aku pegi rumah nenek Zara nak tengok & ajar menantu nenek Zara cara guna pam tu. Jumaat tu aku dah ajar semua dah. Tapi mungkin ada yang aku tertinggal kot.. 

Masa nk assemble tu, laki dia yang buat. Aku tengok je dia cabut membrane putih tu. Memang patutla xde suction. Dah aku bagi semua & siap tolong pasangkan masa ajar tu. Siap dah cakap, jangan dicabut yang putih tu. Yang penting tu jugak yang dia bukak masa nak pam. haish!!!!

Aku amek balik yang putih tu, aku pasang balik & aku tolong pusingkan setting suction dia sampaila dia cakap ok dah ada suction. tupun aku tunggu lagi sampai aku nampak susu dah masuk dalam botol. baru aku mintak diri nk balik..

Menantu nenek Zara tu cakap.. "Diala cakap xpayah bubuh xde efek pun" sambil mulut dia moncong tunjuk kat laki dia.. aku dengar senyum jer..

Gitulah kisahnya. walaupun dia cuma kecik & nampak macam xde kepentingan, tanpa si putih kecil membrane tu, pam yang besar gabak tu jadi xde fungsi..

Dalam keje pun sama jugak la kot. walaupun pangkat dia kecik jer, tp dia tetap penting dalam kemajuan syarikat.. EH TETIBA!!!!




Tuesday, June 18, 2013

Pasti ada hikmah disebaliknya..


Semalam, Teacher Sir mintak balik awal. Katanya Acik Ju sebelh rumah dok cakap, nenek Zara komplen sbb aku selalu balik lambat. Memang pun, semenjak dua menjak ni, ada 2/3 kali aku terbabas sampai rumah nenek Zara masa azan maghrib. Paling banyak pun 5 kali la kot dalam tahun ni. Tapi bukanla hari2. kerja pun banyak sekarang.. 

Aku dengar hangin jugak kadang2. Kalau aku balik keje sharp pukul 530, bolehla aku sampai dalam kul 6. Kalau dah keje pun banyak, memang tak dapatla aku nk amek dia dalam pukul 6 tu. memang akan lajak ke 645.

Abeh tu nak soh aku balik kul baper? hari2 sharp pukul 530?? memang confirm keje aku tak siap la. silap2 hb, kena cop muka tak siap keje dengan bos. Nak bawak balik keje kerumah pun, bukan boleh nak buat keje pun dengan Zara.

Aku nak sedapkan hati, sambil drive balik semalam aku cakap kat diri sendiri. pasti ada hikmah di sebalik semua yang berlaku ni. pasti!!!

Macam yang teacher sir tunjuk kat aku bila aku balik semalam


Sekarang aku tau hikmah kenapa kitaorang tak dapat tukar kete.

Sebelum ni aku tertanya tanya jugak, kenapa cherry 2.0 ni, walaupun mileage dia masih baru, tapi dah nak jual. Bukan satu bukan dua, tapi banyak sangat. Aku selalu cakap macam tu kat teacher sir. Untuk mitigate aku punya query, dia siap tanya group kereta cherry. Dorang punya review memang okay & cakap cherry takde masalah.

sebab tu aku setuju dengan teacher sir nak tukar waja kitaorang dengan cherry. sekali, loan tak lepas pulak.

Bila baca iklan kat mudah ni semalam, aku tau. inilah yang terbaik untuk kitaorang. Waja pun dah cat cantik dah. walaupun tak menepati piawaian hitam yang aku nak. Tapi tetap rupa dia dh cantik.

Syukur alhamdulillah dengan apa yang aku kecapi..


Saturday, June 15, 2013

Intelligence??


hari ni hari sabtu dan aku datang opis utk nak buat kerja. Nak kejar deadline Credit Intelligence project aku tu. Haish apa ni... Sepatutnya ms ni aku dok umah.

Kepala otak ni dh enat pk, isi apa lagi yang aku nak masukkan dalam paper ni. Rehat jap sambil update blog yang dah lama x ter update nih..

Kalau aku dok pk pasal kerja ni, banyaknya keje aku yang nak kena buat. kerja kat opis, keje kat umah lagi. stress pulak den memikirkan keje yang banyak ni.

Kalau nk dilistkan, keje yang nak kena submit isnin ni byk tu.. Ikutkan hati aku nk dtg keje lagi esok. tapi teacher sir tu nk pakai kete pulak esok. kalau x mau aku tepon tanya nenek zara mintak tolong dia jagakan Zara sehari esok.

Rasa cam nak lari dari sini...
emosi aku terganggu..

TOLONGGGGGGGGG!!!!!!!!!

Wednesday, June 5, 2013

sentap


Sentap tengok nenek bagi air masak kt baby umur sehari.

menantu nenek Zara oficially dpt cucu 4 june 2013. Ptg td aku balik nk amek Zara, aku tgk ada sorg makcik yg tak dikenali. Aku agak besan nenek Zara.

Ms aku masuk dia tengah nk bungkus baby tu. apa namanya bungkus tu ek?? aku lupa..
Dia bungkus baby dengan kekoknya aku tgk & dalam ms sama baby nangis2. 

'nak susu kot..' aku cakap. tp xde respon. 'bagi la kat mak dia bg susu dulu' aku sambung lagi. 'xde susu' konfiden nenek baby tu jawab. aku dgr mmg ala2 sentap la.. sbb aku penah mengalami masalah sama ms Iman dulu bila aku nk bg susu, org kata xde susu.

takpe2 cucu ko lagipun kan.. sabarkan diri.. sambil aku tengok dia dok dodoi2 baby yg tengah menangis. terus aku kuar bwk beg Iman & Zara masuk kete dulu. Aku masuk balik tengok, ayah baby tu tengah hulur botol susu penuh air masak. 

2 kali sentap... masalah betul la aku ni. anak org lain yang aku nk sibuk2 knp????

nenek baby tu aka besan nenek Zara amek terus suap dlm mulut baby. 'dia dahaga..sian dia' nenek baby tu ckp sambil senyum2.

'tak bagi susu ke? ms kat hospital pun x bagi ek?' aku terus tanya mak baby.
'bagi, tp susu xnak keluar' mak baby jwb hampa. gayanya mcm dia nk breastfeed baby dia. 

masa tu aku dh tak tahan lagi dah..

'utk 4 hari pertama susu keluar memang tak macam air. dia akan keluar pekat. itu kolostrum. bagus utk baby'

'itula, nurse kt hospital pun ckp mcm tu. setitik pun dh cukup utk dia' sambil senyum, suara dh macam excited blk.

dalam hati aku.. mak baby gayanya macam nk bg breastfeed. tp mcm mak dia yg ada gaya2 menghalang..

terus la aku sambung potpet potpet lg terangkan pasal si perut baby, kena bg susu ibu blablabla sampai nenek baby tu serba salah & hulur baby kt mak dia.

Bila aku tgk mak baby susukan baby dia, baru aku balik. tupun sbb pk teacher sir nk pakai kereta sbb nk g kelas swimming. kalau tak, mau aku sambung khutbah lg..