Monday, June 24, 2013

Tanpa si putih yang kecil


Rentetan dari aku sentap sebab baby sehari diberi minum air masak, sambung lagi bila baby tak nak hisap susu mak dia dengan alasan xde susu..

Boleh kata setiap hari tiap kali aku pam susu, aku akan teringatkan baby baru tu. bukan apa, aku teringat aku dulu. nak menyusukan baby sampai 2 tahun, tp ilmu x cukup, pengetahuan xde makanya 2 tahun jd 2 bulan jer. tak boleh nak salahkan orang sekeliling. aku yg salah 100% masa tu.

Disebabkan tu aku yang ketika ini menjadi antara orang sekeliling untuk first time mother ni, rasa bersalah kalau aku x buat sesuatu utk ibu yang memang nak breastfeed baby dia. 

Dari minggu lepas lagi aku terfikir. Tp cuti sabtu ahad je takut x cukup pulak nk test pam susu. lagipun aku lupa nk bawak balik pam. Makanya, jumaat aritu aku bawak balik pam spectra aku yang dah ala2 xlarat nk sedut tu aku bagi menantu nenek Zara pinjam untuk 4 hari.  Isnin selasa aku cuti bolehla bagi pinjam jap kat dia.  Tapi pagi jumaat dan petang jumaat tu aku dah bagitau dia kepentingan susu ibu, kenapa kena pam macamana nak bagi susu ada (alasan x bg susu, susu xde) & macam2 lagila aku cakap. 

Sabtu pagi aku dpat call dari nenek Zara, kata pam tu langsung xde suction pun. Takkan rosak kot??? Tengahari tu aku pegi rumah nenek Zara nak tengok & ajar menantu nenek Zara cara guna pam tu. Jumaat tu aku dah ajar semua dah. Tapi mungkin ada yang aku tertinggal kot.. 

Masa nk assemble tu, laki dia yang buat. Aku tengok je dia cabut membrane putih tu. Memang patutla xde suction. Dah aku bagi semua & siap tolong pasangkan masa ajar tu. Siap dah cakap, jangan dicabut yang putih tu. Yang penting tu jugak yang dia bukak masa nak pam. haish!!!!

Aku amek balik yang putih tu, aku pasang balik & aku tolong pusingkan setting suction dia sampaila dia cakap ok dah ada suction. tupun aku tunggu lagi sampai aku nampak susu dah masuk dalam botol. baru aku mintak diri nk balik..

Menantu nenek Zara tu cakap.. "Diala cakap xpayah bubuh xde efek pun" sambil mulut dia moncong tunjuk kat laki dia.. aku dengar senyum jer..

Gitulah kisahnya. walaupun dia cuma kecik & nampak macam xde kepentingan, tanpa si putih kecil membrane tu, pam yang besar gabak tu jadi xde fungsi..

Dalam keje pun sama jugak la kot. walaupun pangkat dia kecik jer, tp dia tetap penting dalam kemajuan syarikat.. EH TETIBA!!!!