Wednesday, August 28, 2013

Sepang Gold Coast Golden Palm Tree


Mula mula dengar tempat ni wujud, memang teringin sangat nak pegi. Tapi fikir fikir balik, mahal sangat, lagipun dekat je & banyak pilihan hotel lain yang lebih murah. So aku fikir, mungkin aku takkan pergi sini. Bila dah ada peluang nak pergi dan bermalam kat sana, excited la jugak kan.. Kalau dah rezeki tu, bukan datang dengan cash je. Inipun rezeki jugak.. Alhamdulillah..

Jom tengok apa ada kat sana..

check in time pukul 3 petang dan check out time pukul 12 tengahari. Memandangkan nak tunggu teacher sir balik kerja dulu tengahari tu, kitaorang check in dalam pukul 4.

Bilik dia dipanggil villa.

Dalam villa ada 2 katil single

ada sofa panjang


kalau nak tengok tv, boleh buka bidai dan tengok tv dengan pemandangan laut sekali

ada peti besi yang diletak dalam wardrobe

tempat letak payung dengan 1 payung disediakan 

2 kerusi rehat kat balkoni mengadap pemandangan laut 

2 pasang selipar 

jug kettle beserta minuman segera. Peti ais pun ada kat bawah kabinet tv.

bilik air dia pula kalau kita nak mandi sambil tengok pemandangan kat luar pun boleh.. 

okay boleh poo poo sambil gayut dengan receptionist..

Cermin dalam bilik air je ada.. Dah gaya omputih dah gayanya..

dalam bilik air ada hair dryer & barang keperluan mandian.. berus gigi & ubat gigi pun ada

Yang tak best kat sini, parking jauh. Walaupun ada shuttle van tapi tetap tak selesa.. Dari lobi nak ke villa, kalau nak exercise, boleh la jalan. Tapi buggy service ada. Pastu kat sini dia sediakan basikal. Jumpa je basikal kat mana mana boleh je ambil dan boleh tinggalkan kat mana mana dalam kawasan villa & lobi. Jangan g sorok masuk bilik pulak sebab tak bagi orang lain ambil.

Pada aku, kalau nak bawak anak anak kecik bergembira nak huha huha, sini bukanla tempatnya. Kat sini kalau nak tenangkan fikiran atau tengah frust nal lari dari pakwe makwe bolehla. 

 

Friday, August 16, 2013

Kenduri Kahwin


Hari raya kedua baru baru ni, adik aku nombor tiga dah selamat jadi laki orang. Orang GM gak, kampung sebelah sebelah je pun. 

Hari raya kedua malam majlis akad nikah, raya ketiga walimatul urus rumah perempuan dan hari raya ketiga kenduri kesyukuran rumah kitaorang. Selaku, satu-satunya adik beradik perempuan yang besar dan yang boleh nak harap untuk buat kerja (kerja2 mendekorasi je pun), aku awal awal lagi dah balik GM. Buat hantaran, siapkan bilik pengantin dan buatla apa apa yang patut lagi. 

 Masa kenduri tu takdela letih sangat. Dah abeh kenduri pun tak rasa letih. Tapi bila dah sampai Shah Alam, aku dah mula rasa sakit badan. Mana malam ni nak balik kedah lagi. Sakit pinggang jawabnya nanti.

Sebelum adik aku kawin, dah dengar ada saudara belah perempuan (sekarang dah jadi isteri) dia tak bagi kawin dengan adik aku. Alasan, "lembu sekor pun tak boleh nak beli nak buat kenduri nanti". Okay.. sentap tak dengar? Kalau aku jadi adik aku tu, serius aku sentap. Aku xdela rasa sangat. Tapi ma & abah aku tersentap jugak sebab cakap anak dia gitu.

Makanya masa kenduri kawin adik aku baru baru ni, dua ekor lembu tumbang kat walimatul urus belah perempuan dan tiga ekor lembu yang tumbang kat kenduri kesyukuran rumah kitaorang. Nasib baik habis ketiga tiga ekor lembu kat rumah kitaorang tu. Ramai jugak yang datang masa tu. Ketiga tiga ekor lembu kenduri kat rumah kitaorang tu, suma adik aku beli sendiri. Abah aku tolong belikan, dia pakai duit dia sendiri la. Yang abah aku sponsor khemah je pun.

Anak lelaki pantang dicabar gitu. ngehngehngeh...

Adik aku tu sekolah tak tinggi setakat SPM je, yang perempuan tu ada kerja belajar sampai STPM. Adik aku ni pulak kerja sendiri. Mungkin orang tu merasakan adik aku tak layak agaknya. Tapi takpelah, kalau belah perempuan yang demand nak bakal suami anaknya atau saudaranya berharta, dia mungkin mahukan perempuan itu terbela dengan baik sebagaimana mereka menjaganya.

Jangan pulak belah lelaki yang demand nak perempuan kaya. Apa kejadahnya tu. Bukan ke tanggungjawab menyediakan rumah makan pakai itu terletak kat tangan suami. Yang ni memang la aku sangat hangin. Siap ada orang cakap, "jangan kawin dengan orang kelantan sebab orang kelantan ni miskin miskin" Hello!!! sebelum kau cakap tu kau tilik dulu kat cermin dulu. Kau tengok saudara kau tu kaya ke tak sebelum nak memilih nak orang kaya.


Tender of Resignation


Untuk kali keduanya, harini jam 9.30am aku dah bagi sekali lagi surat tender kat boss aku. Berat nak bagi, tapi lagi berat kalau tak bagi.

Last day aku mungkin lepas raya haji. InsyaAllah. Tapi boss aku dh siap pesan, kalau tetiba berubah fikiran bagitau je dia, walaupun HR dah bagi surat penerimaan resign aku tu.

Bagi sesetengah orang, mungkin ada yang cakap aku bodoh sebab nama aku dh naik untuk naik grade. Tapi ada aku kisah. Dah lama aku hold benda ni. Kalau ikutkan first surat tender aku dulu, sekarang ni aku dh officially jadi manager. hahahahaaa. Manager kat rumah la.

Bulan ni 2 orang hantar surat tender. nasib baik lain unit. takdela aku rasa bersalah sangat. Bertambah kurang rasa bersalah, sebab yang tender tu pun kawan yang rapat dengan aku kar RMD ni. Kalau tak sebelum ni macam2 aku pk. Hopefully decision yang aku buat ni adalah yang terbaik untuk aku, keluarga aku dunia & akhirat. InsyaAllah.

Benda pertama yang aku nak buat bila aku officially jd manager kat rumah nanti, aku nak balik kampung Teacher Sir & nak jaga mak mertua aku kat kedah nun. Kesian dia tengah tak sihat sekarang. Bukanla jaga selama2nya. Jaga seminggu dua jer. Kalau tak nanti terabai pulak teacher sir kat Shah Alam ni.