Friday, August 16, 2013

Kenduri Kahwin


Hari raya kedua baru baru ni, adik aku nombor tiga dah selamat jadi laki orang. Orang GM gak, kampung sebelah sebelah je pun. 

Hari raya kedua malam majlis akad nikah, raya ketiga walimatul urus rumah perempuan dan hari raya ketiga kenduri kesyukuran rumah kitaorang. Selaku, satu-satunya adik beradik perempuan yang besar dan yang boleh nak harap untuk buat kerja (kerja2 mendekorasi je pun), aku awal awal lagi dah balik GM. Buat hantaran, siapkan bilik pengantin dan buatla apa apa yang patut lagi. 

 Masa kenduri tu takdela letih sangat. Dah abeh kenduri pun tak rasa letih. Tapi bila dah sampai Shah Alam, aku dah mula rasa sakit badan. Mana malam ni nak balik kedah lagi. Sakit pinggang jawabnya nanti.

Sebelum adik aku kawin, dah dengar ada saudara belah perempuan (sekarang dah jadi isteri) dia tak bagi kawin dengan adik aku. Alasan, "lembu sekor pun tak boleh nak beli nak buat kenduri nanti". Okay.. sentap tak dengar? Kalau aku jadi adik aku tu, serius aku sentap. Aku xdela rasa sangat. Tapi ma & abah aku tersentap jugak sebab cakap anak dia gitu.

Makanya masa kenduri kawin adik aku baru baru ni, dua ekor lembu tumbang kat walimatul urus belah perempuan dan tiga ekor lembu yang tumbang kat kenduri kesyukuran rumah kitaorang. Nasib baik habis ketiga tiga ekor lembu kat rumah kitaorang tu. Ramai jugak yang datang masa tu. Ketiga tiga ekor lembu kenduri kat rumah kitaorang tu, suma adik aku beli sendiri. Abah aku tolong belikan, dia pakai duit dia sendiri la. Yang abah aku sponsor khemah je pun.

Anak lelaki pantang dicabar gitu. ngehngehngeh...

Adik aku tu sekolah tak tinggi setakat SPM je, yang perempuan tu ada kerja belajar sampai STPM. Adik aku ni pulak kerja sendiri. Mungkin orang tu merasakan adik aku tak layak agaknya. Tapi takpelah, kalau belah perempuan yang demand nak bakal suami anaknya atau saudaranya berharta, dia mungkin mahukan perempuan itu terbela dengan baik sebagaimana mereka menjaganya.

Jangan pulak belah lelaki yang demand nak perempuan kaya. Apa kejadahnya tu. Bukan ke tanggungjawab menyediakan rumah makan pakai itu terletak kat tangan suami. Yang ni memang la aku sangat hangin. Siap ada orang cakap, "jangan kawin dengan orang kelantan sebab orang kelantan ni miskin miskin" Hello!!! sebelum kau cakap tu kau tilik dulu kat cermin dulu. Kau tengok saudara kau tu kaya ke tak sebelum nak memilih nak orang kaya.