Lama menghilang.. :-)
Busy kununnya.. Alhamdulillah.. Sekarang cuba menyesuaikan diri dengan jadual sebagai suri rumah. Walaupun tak sepenuhnya aktiviti yang sepaptutnya untuk seorang suri rumah tu aku buat, tapi sekarang aku dah boleh sesuaikan diri sikit-sikit dan tak adalah macam mula-mula dulu.
Zara?? masih lagi melekat malah lebih 'erat' lepas balik dari kampung sehari sebelum sekolah mula baru-baru ni. Seminggu lebih duduk kat kampung bila balik sini, langsung tak boleh berenggang budak kecik tu.
Memandangkan Iman dah masuk pra sekolah tahun ni, jadual lebih teratur sikit sekarang. Mana taknya, pukul 9.30 dah gesa Iman & Zara tidur. Pukul 10 tu kalau tak tidur lagi, memang tergesa-gesa paksa budak berdua tu tidur.
Pukul 5-6 waktu aku bangun tidur. Kalau nak buat breakfast wajib bangun antara 5.00 - 5.30 pagi. Kalau tak tergesa-gesa nak buat breakfast. Hari isnin setakat ni hari wajib buat breakfast sebab ada perhimpunan kat sekolah. So, breakfast sekolah tak sedia. Minggu pertama Iman sekolah, aku memang tak buat breakfast. memang pagi-pagi tu terjah ke Wira Sejati la kerjanya. Lepas tu aku dah start buat breakfast walaupun sekadar pisang goreng.
Kadang-kadang, time aku bangun pagi tu, Zara pun ikut sama bangun gak. Terpaksala baring balik tidurkan dia dulu. Selalunya time kejutkan Iman, Zara pun ikut sama bangun jugak. Abang dia mandi, dia pun ikut sama mandi.
Balik dari hantar Iman, lepak-lepak, guling-guling dengan Zara nak tidurkan dia semula. Kalau Zara tidur, boleh la masak jap. Kalau tak, sekadar tanak nasi jelah. Lauk sambung masak lepas Iman balik sekolah. Pukul 11.30-11.45 siap-siap gerak nak amek Iman kat sekolah. Walaupun boleh naik kereta, tapi aku lagi suka jalan kaki pegi amek Iman kat sekolah. Zara aku kendong dalam jumpsac. At least boleh jugak exercise. Teacher Sir dok sibuk nak suruh tanya bas sekolah nak amek Iman balik dari sekolah. Padahal dekat je sekolahnya. Jalan kaki 5-10 minit. Boleh kami bertiga exercise. Kalau tak memang takkan punya nak jalan kaki macam tu kalau sesaja kan.... ooo aku dengan Iman je yang exercise.. Zara aku kendong macam kanggaroo dok dalam sac.
Dah sampai rumah, Iman pun dah berpeluh, dia dengan Zara mandi, makan nasi, lepas tu dua-dua budak terlentang tidur. Kalau bukan sebab letih, susah Iman nak tidur siang ni.
Aku boleh update blog ni pun, sebab budak berdua tu tengah tidur. Hari ni, balik sekolah tengok tv dulu tu lambat sikit tidur. Kalau tak dah riuh rendah dah gaduh budak berdua tu masa-masa ni.
Walaupun poket tak berduit macam zaman kerja dulu, tapi rasa seronok dengan anak-anak lebih dari rasa seronok pegang duit sekepuk.. Alhamdulillah..
**************