Saturday, January 11, 2014

Balik Kampung


Kebosanan kat rumah.. Tengah tengok Art Attack dengan Iman & Zara. Pagi tadi  ajak Teacher Sir pergi ronda ronda sambil cari kedai nak sewa. Tapi dia keluar entah kemana. Bila bosan macam ni teringat masa duduk kat kampung seminggu haritu. Best je rasa. Ramai orang, tak rasa bosan walaupun kat kampung je & tak ada pasaraya bagai. Bosan bosan boleh p kebun tanam sayur. 

Urm.. Sejak sebulan lepas berhenti kerja aku terfikir nak balik duduk kat kampung. Lepas jebalik dari kampung & dengan kebosanan yang sentiasa melanda kami bertiga iaitu aku Iman & Zara lagi membahkan perasaan nak balik duduk kat kampung. 

Kena fikir lagi & aku harap jadila plan nak bukak petrol station kat sana. Kalau jadi, memang aku balik la kot. Duduk kat sini pun walaupun rumah sendiri, tapi tak rasa seronoknya. Walaupun seronok duduk dengan anak anak kat rumah, tapi aku fikir kalau aku balik kampung, ramai yang tolong aku tengokkan budak berdua ni & tak adala rasa sunyi sangat. Bukan aku tak boleh tengokkan. tapi bila kami tinggal bertiga je, rasa takut mula la datang bila malam malam tu. Mana tau tetiba hantu kak limah datang ke masa kitaorang tengah tidur.. huhuhu...

Taktaula kenapa, tapi aku rasa, kami tak serasi lagi di Shah Alam. Boleh gitu?? Alasan!!!! Macam mana pun kena habiskan prasekolah Iman dulu. Kena fikir & buat keputusan sebelum register darjah 1 la ni.