Saturday, April 5, 2014

First class

Assalamualaikum...

Hari ni 1st class master kat uitm. Semalam dah rasa macam ada kupu2 terbang dalam perut. Dah lama tinggal waktu belajar rasa risau pulak tak dapat nak catch up.

Seriously, 1st class boleh kata aku tak paham...hahaha... Memandangkan kelas on weekend, yang paling aku risau nk makan kat mana. Yelah lunch hour sejam je. Mana nak solat, makan lagi. Kelas pulak kat mtdc-uitm. Tapi tadi masa tea break makanan disediakan. Woahhh!!!!! Nganga jap... Kami diberitahu juga, ahad 3 Kali makan. Gituu... Tadi kelas start pukul 3, so tea break jelah dia sedia makan. Esok kelas dari pagi sampai petang, dari minum pagi, lunch & minum petang makanan disediakan. Dash macam pegi training pulak...

Kelas sepatutnya habis pukul 6, taping harini pukul 635 baru habis. Sampai rumah dah pukul 7 & Zara baru je tido. Tak tido dari pagi tu.. Kesian budak tecik ni kena tinggal. Esok lagi la sehari suntuk.

Thursday, April 3, 2014

Throwback


Tadi bawak Iman pegi makan sushi kat Sushi King, Giant Kelana Jaya. Singgah jap opis lama nk bagi souvenir dari Sabah kat member2 lama. 

Teringat zaman kat opis dulu, kalau sesi mengepam tu mesti beramai2. Sekarang ni dah takde pam2 dah. Bagi je direct terus sebab 24/7 dengan Zara je. Kalau dulu, 2 plug utama satu pakai extension macam gambar atas tu lah gayanya. Satu lagi yang dah datang awal, pasang plug direct kt plug utama. Itu tak termasuk lagi yang pakai bateri. Seronok je berjemaah mengepam susu. 

Tapi tulah...
Walaupun mengepam berjemaah tu seronok, lagi seronok bagi susu direct sambil tengok muka budak tecik Zara tu. Walaupun selalu dok marah sebab dah buat Mama dia punya Cik B macam pacifier tapi tetap happy bila dia dok mintak nen..


Mode: Happy


Yeahaaaaa!!!!!!

sambil senyum sorang2 dari pukul 12 tengahari tadi.. Hehe.. mana taknya, teacher sir tetiba bawak balik sesuatu. Elok je berbungkus dengan pembalut hadiah..

Me: Apa ni?
Teacher Sir: bukak la
Me: Hadiah sape?
Teacher Sir: Hadiah Yang la
Me: Hadiah apa? Saper bagi?
Teacher Sir: Hadiah Birthday...
Me: Birthday lambat lagiii...sape bagi???
Teacher Sir: tak nak sudahhh......

heheheh.. Zara dah dok depan excited nak bukak hadiah jugak.
memey pun abe wei.. birthday adek lambak lagi. Tapi bagi hadiah anvance pulop..
Tapi dah orang bagi, amek jela kan sambil bukak sambil dok teka aperla yang Incik suami ni bagi. Isi dalam macam padat, xde goyang2. Bukak bucu sikit je takut koyak kertas pembalut. Ehhh!!! ni macam kotak enpon!!!!

Me: Yeay enpon!!
Zara: Tercengang
Teacher Sir: Kotak je kotak handphone
Me: Yeay Mama dapat kotak enpon Zara....

dah tengok kotak enpon, maka dengan penuh excitednya kertas pembalut tu kena koyak terus.. haaa.. susah sangat kan.

and TADAAAAA

memang enpon pun... huhuhu.. terus keluar airmata seronok sangat den dapek enpon..

ni feeling seronok & beronok ronok tak abeh lagi la ni.. dapat birthday present in advance...ngeh..ngeh..ngeh..

21hb ni bertambah lagi umur.. tapi semenjak umur makin tua ni, umur sendiri dah tak ingat dah..

Tuesday, April 1, 2014

pearl

kitaorang sampai kk dalam pukul 1 24hb, 25hb kami dibawa ke taman buaya & rumah terbalik. 26hb kitaorang ke kundasang di kaki gunung kinabalu.

27hb pulak dalam pukul 2 dari tuaran kami ke KK. kalau dah sampai sini tak sah kalau tak pegi pasar philiphine. kat sini nak beli brooch, gelang ,rantai dari pearl suma ada.tapi sila jangan percaya dengan harga yang dipamerkan. sila mintak tawar sampai sekurang kurangnya separuh harga. silap2 hb boleh rendah lagi harga dia.

kalau tengok harga yang dia pamer tu, memang boleh tersedak jugak. sblm datang sini, abang ipar aku dh bagitau g beli kat mana. so bila sampai kitaorg memang terus pegi kedai yang dia bgtau tu& beli terus. memang takde round2 dulu survey harga ke apa. kalau kedai tu takde barang yang kita nak, bgtau je nanti dia akan cari kat kedai lain. 

lagi satu, kedai kat sini akan berubah setiap 3 bulan sekali. kitaorang kt aini sekejap je, pastu terus ke one borneo mall utk makan.  malam baru sampai rumah.

28hb kitaorang dok rumah packing barang. last day kitaorg kat sini. pukul 3 gerak ke airport nak balik dah... bye bye kk, bye bye tuaran, bye bye sabah..