kitaorang sampai kk dalam pukul 1 24hb, 25hb kami dibawa ke taman buaya & rumah terbalik. 26hb kitaorang ke kundasang di kaki gunung kinabalu.
27hb pulak dalam pukul 2 dari tuaran kami ke KK. kalau dah sampai sini tak sah kalau tak pegi pasar philiphine. kat sini nak beli brooch, gelang ,rantai dari pearl suma ada.tapi sila jangan percaya dengan harga yang dipamerkan. sila mintak tawar sampai sekurang kurangnya separuh harga. silap2 hb boleh rendah lagi harga dia.
kalau tengok harga yang dia pamer tu, memang boleh tersedak jugak. sblm datang sini, abang ipar aku dh bagitau g beli kat mana. so bila sampai kitaorg memang terus pegi kedai yang dia bgtau tu& beli terus. memang takde round2 dulu survey harga ke apa. kalau kedai tu takde barang yang kita nak, bgtau je nanti dia akan cari kat kedai lain.
lagi satu, kedai kat sini akan berubah setiap 3 bulan sekali. kitaorang kt aini sekejap je, pastu terus ke one borneo mall utk makan. malam baru sampai rumah.
28hb kitaorang dok rumah packing barang. last day kitaorg kat sini. pukul 3 gerak ke airport nak balik dah... bye bye kk, bye bye tuaran, bye bye sabah..