Wednesday, April 17, 2013

Bengkel Bunga Reben


13 April lepas joint bengkel sulaman reben anjuran Kolej Komuniti. Memang dah lama nak belajar buat sulaman reben ni especially tang buat bunganya tu. Alhamdulillah tercapai hasrat hati..

Belajar kelas asas je dan inilah hasilnya..


Hasilnya xdela berapa cantik sangat, tapi bolehla untuk first time buat. Dah selalu practice nanti, lebih senonohla sikit..

Sukarnya membuat pilihan


Bila tiba masanya untuk membuat pilihan antara keluarga & kerja, rasa susah hati nak membuat pilihan. Tak ada paksaan untuk membuat pilihan sebenarnya. Tapi sejak Iman kena warded, terasa anak2 dah jadi no. 2 lepas kerja.

Nak kerja, tapi dalam masa sama bila pandang muka anak2, alangkah bagusnya kalau dapat jaga anak2 sendiri. Susah hati memikirkan..

Last week ada orang share picture yg lebih kurang ayatnya 'jika kita harus membuat pilihan antara kerjaya & keluarga, pilihlah keluarga. Anak2 cepat membesar sehingga kita tidak menyedarinya'

Adakah itu petunjuk?????

Dan ada juga yang share keresahan hati seorang ibu apabila terpaksa meninggalkan anak2 ditangan orang lain kerana bekerja..

Kalaulah benar ia adalah petunjuk, semoga dipermudahkan semuanya..

Monday, April 8, 2013

Lawak di waktu kerja



Anta email kat suma hod tapi aku lupa nak buang boss aku punya remark "Amended...okay to send"

Bila aku tgk balik, rasa cam nak gelak guling2 camna aku boleh anta email itu. Rasanya aku dh check byk kali dah.. maklumla nak anta ke org2 besar dari aku... aku ni kuli cabuk je..

jgn nanti aku dpt show cause letter sbb tu dah lerrr...

mentang2 la 60% nak T... keje pun main2 je ek??????

okay.. aku tak main2 sebenarnya.. tapi may be sbb aku nebes nak anta e-mail kat bos2..


Chocolate Ganache - Bake with Anna Olson


Bahan2

4 oz coklat pahit manis
1/4 cawan whipping cream
2 sudu besar butter

Cara
1) Panaskan coklat dengan menggunakan waterbath
2) Tambahkanwhipping cream dan mentega
3) kacau sehingga cair

Kemudian boleh dicelupkan apa saja yang ingin disaluti dgn coklat Ganache

Friday, April 5, 2013

Tutorial Cactus versi art attack


Iman dok mintak je nak buat cactus ni. Itu yg rajin nak buat.. kecik2 dulu, kalau nak buat benda2 gini mesti ma & abah dok bebel...
 
Ini hasil lepas iman dah kaler

Aktiviti ni kalau buat dengan anak2 sangat sesuai sebab budak2 ni suka nak menguli2, nak koyak2 kertas..

Tutorial

Gunting kotak cardboard mengikut bentuk cactus. Gunakan bekas sebagai pasu. Nak guna pasu terus pun boleh. Kalau tak guna pasu, make sure buat lubang macam lubang pasu supaya air dari kelembapan kertas boleh tersejat keluar.

Koyak suratkhabar dan rendam semalaman. Lagi lama lagi bagus. Hancurkan macam gambar sebelah kiri.

Tapis kertas suratkhabar, perah untuk keluarkan air dan campurkan gam. Uli sehingga sebati dan sehingga suratkhabar betul2 hancur.

Dirikan carboard dan isi adunan dalam pasu dan lekatkan keliling carboard. Agak2 berat sangat cucuk kayu panjang atau lidi sate untuk elakkan carboard dari tumbang. Paper basah lagi dan cardboard mungkin tak boleh menampung berat paper.

Dan siap.. Jemur sehingga betul2 kering sebelum diwarnakan. Proses pengeringan mungkin akan mengambil masa sehingga satu minggu.


Buah Ulat Bulu


Minggu lepas, masa keluar dari pagar parking, aku nampak buah ulat bulu bergayutan. Tapi semua masih hijau lagi. So tiap kali aku balik melewati pokok ulat bulu tu mesti aku tengok dah masak ke belum. 2 hari lepas, aku tengok ada yang dah masak masa aku nak balik. Tapi aku pk, amek esok pagila, xde orang nampak. Sekali esok pagi, aku tengok berbiji2 buah ulat bulu yang dah masak dusah diambil orang. frust betul.

Pagi tadi aku intai tengok dah ada yang masak 2-3 biji. terus aku ambil sebiji. sebijik je pun. aku nak buat benih bagi anak aku kenal pokok ulat bulu. Nanti sambil dia makan, sambil aku nak cerita kenangan aku masa kecik2 yang mencari buah ulat bulu ni dalam semak dekat kubur.

Buah kenangan zaman kecik2 ni..

Hopefully bernasla buah yang aku ambil untuk buat benih ni..