Bila tiba masanya untuk membuat pilihan antara keluarga & kerja, rasa susah hati nak membuat pilihan. Tak ada paksaan untuk membuat pilihan sebenarnya. Tapi sejak Iman kena warded, terasa anak2 dah jadi no. 2 lepas kerja.
Nak kerja, tapi dalam masa sama bila pandang muka anak2, alangkah bagusnya kalau dapat jaga anak2 sendiri. Susah hati memikirkan..
Last week ada orang share picture yg lebih kurang ayatnya 'jika kita harus membuat pilihan antara kerjaya & keluarga, pilihlah keluarga. Anak2 cepat membesar sehingga kita tidak menyedarinya'
Adakah itu petunjuk?????
Dan ada juga yang share keresahan hati seorang ibu apabila terpaksa meninggalkan anak2 ditangan orang lain kerana bekerja..
Kalaulah benar ia adalah petunjuk, semoga dipermudahkan semuanya..