Iman dok mintak je nak buat cactus ni. Itu yg rajin nak buat.. kecik2 dulu, kalau nak buat benda2 gini mesti ma & abah dok bebel...
Ini hasil lepas iman dah kaler
Aktiviti ni kalau buat dengan anak2 sangat sesuai sebab budak2 ni suka nak menguli2, nak koyak2 kertas..
Tutorial
Gunting kotak cardboard mengikut bentuk cactus. Gunakan bekas sebagai pasu. Nak guna pasu terus pun boleh. Kalau tak guna pasu, make sure buat lubang macam lubang pasu supaya air dari kelembapan kertas boleh tersejat keluar.
Koyak suratkhabar dan rendam semalaman. Lagi lama lagi bagus. Hancurkan macam gambar sebelah kiri.
Tapis kertas suratkhabar, perah untuk keluarkan air dan campurkan gam. Uli sehingga sebati dan sehingga suratkhabar betul2 hancur.
Dirikan carboard dan isi adunan dalam pasu dan lekatkan keliling carboard. Agak2 berat sangat cucuk kayu panjang atau lidi sate untuk elakkan carboard dari tumbang. Paper basah lagi dan cardboard mungkin tak boleh menampung berat paper.
Dan siap.. Jemur sehingga betul2 kering sebelum diwarnakan. Proses pengeringan mungkin akan mengambil masa sehingga satu minggu.





