Sunday, September 29, 2013

Farewell Party

Jumaat lepas RMD buat farewell party untuk kawan aku, Qila & aku sekali. Tapi sebenarnya aku dua minggu lagi ada kat sini. Last day aku sepatutnya 14 October ni.

Dorang bagi voucher giant RM100. Aku request sebenarnya. Plan nak beli non stick pan. Nanti bolehla aku buat durian crepe dan segala jenis crepe yang ada kat dunia ni.. Heheh tak agak2. Nak buat crepe pun cari alasan nak ada kuali yang bagus dulu ke. Padahal pemalas.

Walimatul urus



Kenduri adik aku dah lama lepas. Tapi rasa tak puas hati kat pakej pelamin, mekap, photography tetap ada. Harga pakejnya aku tak tau, tapi dalam pakej, termasuk pelamin, pakaian, jurumekap & photography. Yang paling bestnya, mak andam and photograper adalah orang yang sama. Gila punya nak untung. Abeh tu gambar ape je yang ada pun. Gambar suasana tak de sebab ko sibuk dok mekapkan dan siapkan pengantin. Mak andam kejar masa, sebab lepas siapkan pengantin perempuan, berkejar pulak siapkan pengantin lelaki nak pakai sampin bagai. Pastu bila masa nak amek gambar?? 

Pasang pelamin malam sebelum majlis. Pukul dua tiga pagi baru siap. Yang pasang pelamin pun anak-anak perempuan dia & husband dia. Memang betul-betul family business.

Khemah yang kejauhan nun disana tu tempat band ntah nama apa yang bakan buat persembahan kat situ.

Akad nikah malam hari raya kedua.

Kenduri belah perempuan pada hari raya ketiga


Belah lelaki aku tak sempat nak snap sebab busy bebenor. 

Barang barang hantaran dari belah lelaki. Tepak siri ni aku buat dari bunga plastik sebab adik aku cakap taku t layu pulak kalau pakai bunga hidup. 

Asalnya ini tepak sirihnya. Dua biji epal sepatutnya ada jugak kat tepak sirih ni. Saja gatal tangan letak buah epal kat tepak siri. Takde orang buat lagikan. So aku buatla.. hehe

Ini pulak pulut semangat. Dia buat bahagian pulut tu lepas tu aku sambung letak bunga & buah epal. Adik aku beli buah epal hijau banyak sangat, sebab tu aku letak buah epal.

Beberapa buah buku

3 helai tudung ariani

Buah-buahan

Tuala

Set avon

Kasut

Telekung

Jam

Kain pasang

Sejadah

Beg takde gambar la pulak..

Balasan dari pihak perempuan. 






Resepi Puding Trifle

Puding ni aku buat untuk farewell party kat office.

Bahan2
1 tin fruit coctail
Sebiji kek span
2 cawan tepung custard
2 tin susu cair
2 tin air
1 cawan gula
1 kotak kecil jeli nona
2 cawan non dairy whipping cream (optional)
Buah-buahan (anggur/kiwi/dragon fruit/strawberry) (optional)
Hirisan badam (optional)

Cara2
1.  Potong dadu kek span dan ratakan dalam bekas.
2. Basahkan kek dengan air manis fruit coctail dan bubuh fruit coctail.
3. Campurkan tepung custard, susu, air & gula dalam periuk. Kacau supaya tak berketul. Masak atas api kecil sehingga berkilat. Lapiskan atas fruit coctail.
4. Masak jeli nona mengikut arahan masakan & tuang atas lapisan custard.
3. Pukul non dairy whipping cream sehingga kembang dan buat lapisan atas jeli.
4. Boleh ditabur buah & hirisan badam.

Serius sedap. Teacher sir sangatlah tak suka dengan dessert macam ni tapi siap request buat lagi. Jumaat tu dia bawak bekal g kelas swimming, offer trainer tu makan, last2 abeh kat orang tu je..

Saturday, September 21, 2013

resepi stok ayam untuk bayi


Stok ayam untuk Zara

Bahan Bahan

Rangka ayam
Bawang putih
Bawang merah
Halia
celery

bunga lawang & kulit kayu manis bubuh sekali sbb malas nak tambah kalau nk buat sup. Nanti kalau nak bagi Iman sup just tambah garam dari stok yang sedia ada ni. Senang. 

Semua bahankat atas tu potong kecil.

Buang semua lemak kat rangka ayam

Campak semua bahan termasuk rangka ayam dalam periuk & isi air sampai penuh. Pastu letak atas api sampai air tinggal suku.

Tuesday, September 10, 2013

Bodoh Lama Tak Habis Lagi Dah Buat Bodoh Baru


Hari ni nak buat kerja pun tak ada mood sebab nak marah punya pasal. Mana taknya. kerja yang aku hantar dah berkepuk lama, AM baru hantar kat hod semalam. Itupun lepas aku tanya. Takkan kerja kau nak kena aku tanya setiap masa. Sekali tanya baru nak gerak. Dari 2 minggu lepas aku dok 'tepuk bontot' dia soh clearkan aku punya slide tu. Semua nak kena tanya. Dah kalau ada amendment pass terus. Jangan nak kena tanya dulu baru nak cakap ada amendment bagai. Yang dok peram tu kenapa????

Dah nak kena present Jumaat ni kau nak tambah itu nak tambah ini, memang aku hangin la. Ikutkan hati aku yang amarah ni, nak je aku hempuk muka 'mak nen' ni.  

Boleh naik hantu kalau setiap masa aku kena deal dengan orang macam ni. Kerja tak jalan. Kerja orang kata kerja dia. Dia tak buat kerja, oraang lain yang kena.

Heyyylaaaa!!! nasebla tinggal sebulan je lagi aku nak mengadap mak nen ni. Kalau tak boleh jadi mereng kepala otak aku ni!!!

Wednesday, September 4, 2013

Bila hati ada rasa marah


Bukanlah marah sangat sebenarnya, tapi lebih kepada frust sebab early release aku boss tak approve. Last day aku sepatutnya 14 October, tapi last minute aku diberitahu yang baby sitter aku punya flight dengan tabung haji 29 September atau 01 October.

Sah sah la aku akan bermasalah mencari pengganti sementara nak jaga Zara. Iman tu aku tak kisah sangat. Jadi aku mintak la early release 2 minggu awal tanpa bayaran. Tapi boss aku tak bagi approval. Frust la jugak. Tapi nak buat macamana kan. Kita meminta dengan orang, orang tak bagi terpaksalah terima seadanya. Tak boleh nak marah-marah sebab itu hak mutlak dia untuk buat keputusan.

Memandangkan aku meninggalkan CGC bukan sebab dapat kerja lain, haruslah aku kena datang selama dua minggu tanpa baby sitter tu. Kalau tak, aku kena bayar balik 2 minggu gaji aku. Tak sanggup den. Dahla lepas ni income kami akan menyusut untuk sementara waktu. (insyaAllah untuk sementara waktu sahaja), dengan minyak dah naik harga lagi dan bakal menyaksikan barang2 lain akan naik harga juga ekoran kenaikan harga minyak. Takpelah kalau aku datang kerja 2 minggu dengan Zara Zulaikha. Terpaksa. Nak buat macam mana. Itu je yang aku boleh pk setakat ni untuk meyelesaikan masalah aku ni.

Tak pe Mama Iman... Pasti ada sebab & hikmah di sebalik sesuatu yang berlaku..

Kenapa aku beria sangat nak berenti kerja ni?? Sebabnya..

Tahun lepas aku dapat AM baru. Bila aku tak suka dia mula la aku mengomel nak resign la.. nak resign la.. Orang cakap, kalau dh 40 kali sebut benda sama, makbul nanti. Betul makbul. Eh!! apa aku merapu ni???

Atas tu merupakan penyumbang jugak. Sebab bila hati dah tak happy, kerja pun jadi tak berapa okay. Jadi biarlah aku keluar dari see G sea di hatiku ini sebelum aku dapat nama buruk sebab kerja aku dah jadi marang kerapu kepunden parang skeper..

Bulan 2, tahun ni Iman kena hospitalized sebab food poisoning. Masa tu aku punya rasa bersalah tahap ultraman king dah. Punya rasa bersalah sebab aku rasa aku tak mampu nak sediakan makanan yang baik untuk Iman sampai dia kena food poisoning walaupun makanan tu babysitter yang belikan.

Aku menangis tengok Iman nak angkat jari pun tak boleh sebab dehydrated sampai dia kena tahan kat HDU (high dependency unit kalau tak silap. Adik kepada ICU). Masa tu aku dah terdetik, kalau aku nak anak-anak aku terjaga, aku kena resign. Aku tak mampu nak buat kedua duanya dengan baik.

Lagi rasa bersalah bila aku refresh balik, aku sebenarnya lebih pentingkan kerja aku dari family aku. Berapa kali aku hantar Iman pegi rumah nenek dia, walaupun masa tu Iman tak kebah lagi dari demam sebab cuti aku dah nak habis dan kerja aku berlambak menunggu. Masa tu jugak baru aku tau, betapa aku pentingkan diri sendiri sebab letakkan anak sama penting dengan kerja aku. Masa tu betapa...betapa...betapa..mula bermain dalam kepala aku. Nasib baik aku tak pergi bertapa je..

Maka bermula hari tu, mindset aku dah berubah. Bila Zara & Iman tak sihat sikit je, terus aku cuti. Aku tak nak jadi aku yang dulu sayangkan anak tapi pentingkan kerja. Aku dah tak kisah cuti aku habis banyak yang penting aku nak berada dengan anak-anak ketika mereka memerlukan. Secara logiknya, anak anak lebih cepat sihat bila berada bersama ibubapa mereka. Ketika inilah mereka sangat memerlukan orang yang mereka sayang untuk mengadu dan bermanja. 

Selepas itu juga, aku cuba slow talk dengan Teacher Sir tentang keinginan aku untuk berhenti kerja. Pada mulanya dia membantah. Tapi aku beritahu sebab kenapa aku nak berhenti. Aku nak didik anak anak aku dengan tangan aku sendiri. Aku nak anak anak aku menjadi orang yang berjaya dunia akhirat hasil didikan ibunya sendiri dan bukan pengasuh yang dibayar ibunya. 

Benar. Besar kemungkinan kami akan mengalami masalah kewangan. Tapi aku tahu, niat aku ketika itu adalah untuk mendidik khalifah Allah dimuka bumi untuk menjadi orang yang berguna kepada agama. Aku tahu Allah akan tolong aku. 

Berkali aku lakukan solat istikharah supaya ditunjukkan apa yang terbaik untuk aku, keluarga dan agamaku. Alhamdulillah. Aku tahu apa keputusannya. 

May lepas, aku hulurkan surat menyatakan kengininan aku untuk resign. Bila tahu aku akan meninggalkan see G see dihatikan tanpa sebarang kerja, dia minta aku fikir lagi. Untuk sementara, aku tahan seketika niat aku untuk resign. Keputusan aku betul ketika itu. Kerana ketika itu, aku ingin keluar segera dari see G see kerana aku sangat tak boleh blah dengan seperior aku. Ikutkan niat asal, aku akan hantar surat resign selepas 24 July setelah increment. Mestila aku nak last gaji aku lebih tinggi dari ketika itu. 

Ketika seorang rakan aku menyuarakan keinginan untuk keluar dari see G sea disebabkan offer lebih baik. terus dalam hati 'aku boleh hantar sekali'. Tapi aku tak nak nanti boss aku terkejut pulak terima dua surat resign sekaligus. Maka aku memutuskan untuk hantar surat aku 2 minggu selepas dia iaitu selepas raya.

Tapi tulah.. Silap jugak aku ni, kesian kat orang lain last-last terpaksa kesian kat diri sendiri sebab last minute rupanya babysitter aku last boleh jaga Iman Zara 29 atau 30 hb ni. 

Nak nyesal pun tak guna, benda dah jadi terpaksa cari jalan lain nak datang ofis 2 minggu tanpa babysitter ni. 

Satu cara yang aku dok nampak, bawak Zara datang kerja selama dua minggu. Memang akan jadi kerja nanti. 


Seketika di Golden Palm Tree Resort

Golden Palm Tree, Sepang Gold Coast. Aku tak pernah terfikir pun aku akan bermalam kat sini. Tak ada sebab untuk aku stay kat sini.

Tapi rezeki aku gamaknya, aku dapat complimentary voucher untuk one night stay bersama family kat sini. Percuma tapi technically berbayar untuk dua hari gaji aku sebab aku pergi dengan unpaid leave. Tapi takpela sebab Iman & Zara happy boleh jalan2.

Excited nak check in..


Masuk bilik/villa, Zara & Iman kehulu kehilir meninjau. Budak dua orang ni terlampau happy and excited sampai tak boleh duduk diam. 



 Kitaorang biarkan Iman Zara melilau dalam bilik dulu.. Dah petang sikit, baru bawak budak2 berdua ni kepantai



 Iman main wau.. Zara tengok-tengok & main pasir jer. Terlepas pandang dimakannya pasir tu. Bila dia tau Mama tengah tengok dia, dia main-je dengan pasir tu.


 Pemandangan waktu malam..
 Ingat sebelah malam nak mandi kolam. Bila call pukul 7 tu, operator kata pool tutup pukul 7. Haish tutup pulak. Tapi bila pegi, tengok ada je orang mandi kolam. Dalam restolan buluh (kalau tak silap nama) tu ada foreign visitor dari taiwan tengah buat mini konsert. Dah macam kelab malam dah aku tengok. Tapi sebab nak bagi Iman mandi kolam, aku tunggu la jugak.

 Ni hari dah nak balik.. Pukul 9 lagi kitaorang dah check out


Shuttle van dah tunggu nak ke parking

Bubye Gold Coast Sepang bubye Golden Palm Tree

 Sebelum keluar dari kawasan kampung tu, singgah makan dulu.. Lapar sangat dah ni.. Zara pun boleh habiskan 2 biji telur separuh masak. Nampak sangat tahap kelaparannya.

Tengah tunggu roti canai. Tapi dah habiskan seketul kuih.


Selesai Sepang Gold Coast. Lepas ni Morib Gold Coast pulak. Tak tau nak pegi bila.

Blogspot bermasalah ke, aku yang tak pandai nak update. Susah betul nak update post sekarang ni. Ada font yang center, ada yang left jadinya post aku ni..