Tuesday, September 10, 2013

Bodoh Lama Tak Habis Lagi Dah Buat Bodoh Baru


Hari ni nak buat kerja pun tak ada mood sebab nak marah punya pasal. Mana taknya. kerja yang aku hantar dah berkepuk lama, AM baru hantar kat hod semalam. Itupun lepas aku tanya. Takkan kerja kau nak kena aku tanya setiap masa. Sekali tanya baru nak gerak. Dari 2 minggu lepas aku dok 'tepuk bontot' dia soh clearkan aku punya slide tu. Semua nak kena tanya. Dah kalau ada amendment pass terus. Jangan nak kena tanya dulu baru nak cakap ada amendment bagai. Yang dok peram tu kenapa????

Dah nak kena present Jumaat ni kau nak tambah itu nak tambah ini, memang aku hangin la. Ikutkan hati aku yang amarah ni, nak je aku hempuk muka 'mak nen' ni.  

Boleh naik hantu kalau setiap masa aku kena deal dengan orang macam ni. Kerja tak jalan. Kerja orang kata kerja dia. Dia tak buat kerja, oraang lain yang kena.

Heyyylaaaa!!! nasebla tinggal sebulan je lagi aku nak mengadap mak nen ni. Kalau tak boleh jadi mereng kepala otak aku ni!!!