Bukanlah marah sangat sebenarnya, tapi lebih kepada frust sebab early release aku boss tak approve. Last day aku sepatutnya 14 October, tapi last minute aku diberitahu yang baby sitter aku punya flight dengan tabung haji 29 September atau 01 October.
Sah sah la aku akan bermasalah mencari pengganti sementara nak jaga Zara. Iman tu aku tak kisah sangat. Jadi aku mintak la early release 2 minggu awal tanpa bayaran. Tapi boss aku tak bagi approval. Frust la jugak. Tapi nak buat macamana kan. Kita meminta dengan orang, orang tak bagi terpaksalah terima seadanya. Tak boleh nak marah-marah sebab itu hak mutlak dia untuk buat keputusan.
Memandangkan aku meninggalkan CGC bukan sebab dapat kerja lain, haruslah aku kena datang selama dua minggu tanpa baby sitter tu. Kalau tak, aku kena bayar balik 2 minggu gaji aku. Tak sanggup den. Dahla lepas ni income kami akan menyusut untuk sementara waktu. (insyaAllah untuk sementara waktu sahaja), dengan minyak dah naik harga lagi dan bakal menyaksikan barang2 lain akan naik harga juga ekoran kenaikan harga minyak. Takpelah kalau aku datang kerja 2 minggu dengan Zara Zulaikha. Terpaksa. Nak buat macam mana. Itu je yang aku boleh pk setakat ni untuk meyelesaikan masalah aku ni.
Tak pe Mama Iman... Pasti ada sebab & hikmah di sebalik sesuatu yang berlaku..
Kenapa aku beria sangat nak berenti kerja ni?? Sebabnya..
Tahun lepas aku dapat AM baru. Bila aku tak suka dia mula la aku mengomel nak resign la.. nak resign la.. Orang cakap, kalau dh 40 kali sebut benda sama, makbul nanti. Betul makbul. Eh!! apa aku merapu ni???
Atas tu merupakan penyumbang jugak. Sebab bila hati dah tak happy, kerja pun jadi tak berapa okay. Jadi biarlah aku keluar dari see G sea di hatiku ini sebelum aku dapat nama buruk sebab kerja aku dah jadi marang kerapu kepunden parang skeper..
Bulan 2, tahun ni Iman kena hospitalized sebab food poisoning. Masa tu aku punya rasa bersalah tahap ultraman king dah. Punya rasa bersalah sebab aku rasa aku tak mampu nak sediakan makanan yang baik untuk Iman sampai dia kena food poisoning walaupun makanan tu babysitter yang belikan.
Aku menangis tengok Iman nak angkat jari pun tak boleh sebab dehydrated sampai dia kena tahan kat HDU (high dependency unit kalau tak silap. Adik kepada ICU). Masa tu aku dah terdetik, kalau aku nak anak-anak aku terjaga, aku kena resign. Aku tak mampu nak buat kedua duanya dengan baik.
Lagi rasa bersalah bila aku refresh balik, aku sebenarnya lebih pentingkan kerja aku dari family aku. Berapa kali aku hantar Iman pegi rumah nenek dia, walaupun masa tu Iman tak kebah lagi dari demam sebab cuti aku dah nak habis dan kerja aku berlambak menunggu. Masa tu jugak baru aku tau, betapa aku pentingkan diri sendiri sebab letakkan anak sama penting dengan kerja aku. Masa tu betapa...betapa...betapa..mula bermain dalam kepala aku. Nasib baik aku tak pergi bertapa je..
Maka bermula hari tu, mindset aku dah berubah. Bila Zara & Iman tak sihat sikit je, terus aku cuti. Aku tak nak jadi aku yang dulu sayangkan anak tapi pentingkan kerja. Aku dah tak kisah cuti aku habis banyak yang penting aku nak berada dengan anak-anak ketika mereka memerlukan. Secara logiknya, anak anak lebih cepat sihat bila berada bersama ibubapa mereka. Ketika inilah mereka sangat memerlukan orang yang mereka sayang untuk mengadu dan bermanja.
Selepas itu juga, aku cuba slow talk dengan Teacher Sir tentang keinginan aku untuk berhenti kerja. Pada mulanya dia membantah. Tapi aku beritahu sebab kenapa aku nak berhenti. Aku nak didik anak anak aku dengan tangan aku sendiri. Aku nak anak anak aku menjadi orang yang berjaya dunia akhirat hasil didikan ibunya sendiri dan bukan pengasuh yang dibayar ibunya.
Benar. Besar kemungkinan kami akan mengalami masalah kewangan. Tapi aku tahu, niat aku ketika itu adalah untuk mendidik khalifah Allah dimuka bumi untuk menjadi orang yang berguna kepada agama. Aku tahu Allah akan tolong aku.
Berkali aku lakukan solat istikharah supaya ditunjukkan apa yang terbaik untuk aku, keluarga dan agamaku. Alhamdulillah. Aku tahu apa keputusannya.
May lepas, aku hulurkan surat menyatakan kengininan aku untuk resign. Bila tahu aku akan meninggalkan see G see dihatikan tanpa sebarang kerja, dia minta aku fikir lagi. Untuk sementara, aku tahan seketika niat aku untuk resign. Keputusan aku betul ketika itu. Kerana ketika itu, aku ingin keluar segera dari see G see kerana aku sangat tak boleh blah dengan seperior aku. Ikutkan niat asal, aku akan hantar surat resign selepas 24 July setelah increment. Mestila aku nak last gaji aku lebih tinggi dari ketika itu.
Ketika seorang rakan aku menyuarakan keinginan untuk keluar dari see G sea disebabkan offer lebih baik. terus dalam hati 'aku boleh hantar sekali'. Tapi aku tak nak nanti boss aku terkejut pulak terima dua surat resign sekaligus. Maka aku memutuskan untuk hantar surat aku 2 minggu selepas dia iaitu selepas raya.
Tapi tulah.. Silap jugak aku ni, kesian kat orang lain last-last terpaksa kesian kat diri sendiri sebab last minute rupanya babysitter aku last boleh jaga Iman Zara 29 atau 30 hb ni.
Nak nyesal pun tak guna, benda dah jadi terpaksa cari jalan lain nak datang ofis 2 minggu tanpa babysitter ni.
Satu cara yang aku dok nampak, bawak Zara datang kerja selama dua minggu. Memang akan jadi kerja nanti.