Tuesday, May 20, 2014

jantung pisang punya pasal


memang terbukti lagi berkesan jantung pisang merupakan milkbooster semulajadi. kalau tak takkanlah aku boleh demam sebab bengkak susu walaupun umur Zara bakal masuk 2 tahun 10 august nanti.

sakit bengkak susu, memang tersangatlah sakit. huhuhu.. menangis menahan sakit. demam menggigil2. ahad malam start bengkak hasil makan jantung pisang mentah cicah budu & tempoyak. kalau rebus tu tak adalah seteruk tu kot sebab separuh khasiat dia dh masuk dalam air rebusan. dah jadi pulak malam, nak buat apa la nak hilangkan bengkak. Zara la yang jadi mangsa. pulak tu sekarang ni dia bangun mintak susu 2 kali je semalam. Malam tu dok kejut Zara jelah kerjanya. nasib baikla mood budak kecik tu baik. tapi hari isnin, pukul 1130 baru bangun. Kesian... kena kacau tidur pun tak lena..