Thursday, March 28, 2013

A gift from Groupon


Haha yo yo o je a gift.. Dapat voucher RM10 je pun..


Maka mencarilah barang yang mungkin aku nak beli...

Jumpa pulak yang ni..

Discount34%PriceRM99

Antara wish list niiii.... Senang atenya nak purikan makanan Zara..

Apa tunggu lagiii.. Beli terus!!!


Upright Freezer dalam next wishlist. Tapi yang tu kena tunggu Vit B dulu..


Tuesday, March 26, 2013

Bunga untuk hantaran


Adik aku bertunang 24 March 2013. Dari Dec tahun lepas lagi Ma aku dah cakap. So hantarannya, akulah yang tukang buatnya. Mana ada orang lain yang nak tolong buat dah memandangkan kami ni ramai adik beradik lelaki.

Mula2 aku plan nak gubah hantaran dengan bunga dari crepe paper. Aku dah beli barang suma, time nak membuatnya tu, selalu kena kacau dengan Zara. Aku takut tak sempat nak siapkan bunga tu, aku g beli bunga foam. Senang bila sampai rumah, terus aku gubah jer. Aku nak gubah kat sini, barang2 hantarannya suma kat kampung. Aku takut nanti, aku dah gubah dulu, tak sesuai pulak nanti.

Konon2 ginilah gaya nak buat hantaran nanti. Tapi masa tu aku pun xtau apa barang yang bakal aku gubah. Ingat nak cucuk keliling je bunga foam ni, pastu letak je barang hantaran tu kat tengah..

Awal2 lagi aku dah ajak laki aku balik ikut cameron. Nanti boleh singgah beli fresh flower kat tgh jalan. Nak pakai fresh flower untuk sirih junjung je pun.

Ingat jumaat malam nak kemas2 barang, tapi MIL datang dari kedah pulak. Mintak maaf mak, tak leh layan sebab mak datang mengejut. Malam tu, pegi la dulu rumah SIL jenguk MIL. Lagipun dia dh rindu nak tengok cucu dia.

Sudahnya pagi sabtu tu pukul 10 jugak kami keluar rumah. Tengahari baru sampai cameron & sampai Gua Musang dah pukul 530 petang.

Sampai2 je memang aku terus bukak barang2 yang aku beli untuk buat hantaran. yelah, satu apa pun tak buat lagi. Dari petang sampai kemalam aku menggodek. Seb baik ada ramai jugak yang menolong tak kurang jugak ramai yang menengok. heheh..

Alhamdulilah la sempat jugak aku siapkan dengan jayanya. Aku rasa dah cukup cantik dah hantaran yang aku buat tu. Tapi takde sapa nak puji aku punya gubahan hantaran. huhuhu... Janji siap!!! Dah suruh pun orang yang bukan dalam bidang gubah menggubah ni, terima jelah hasilnya..

Tuala
Cucuk jarum peniti untuk nama.. Kosong je buruk rupenya..


Telekung buat bunga & kipaskan sikit tepi dia


Sejadah gulung jer


Jubah gulung jugak tapi buat versi diri punya..


Sirih junjung guna fresh flower


Ada foam flower lebih, buat hand bouquet..

bekas cincin beli siap. Dua cincin untuk risik & tunang..

Yang ni belah perempuan punya. Tukang snap gambar ni, bukannya nak amek gambar setiap dulang hantaran.. Nak amek sendiri dok sibuk dengan anak..


Ingat untuk kenduri kawin nanti nak buat dalam bekas kaca pulak...


Thursday, March 21, 2013

Wad Umum & Wad Kanak2 di KPJ Selangor



Iman dah lama kena warded. Dah sihat dah pun.

Kisahnya, Selasa malam Iman kena warded kat hdu. Rabu petang dh boleh transfer ke ward biasa. memandangkan ward kanak2 penuh, Iman kena transfer ke ward umum iaitu ward dewasa.

Nurse kat ward umum ni, kurang peramah & mesra kalau nak dibandingkan dengan nurse dari ward kanak2.

Hari khamis, kitaorang cakap kat nurse 'agak2 kalau discharge harini ok tak?' Nurse jawab 'td dr kata apa? kena tanya dr la boleh ke tak'

kalau nurse kt ward kanak2 dia akan jawab dgn lebih berhemah. seb baik dtg sorg nurse yg entah dr mana, explain betul2 sebab musabab xleh discharge lh.

Jumaat Iman dh boleh discharge. ubat semua dh bagi n nurse ckp 'kena keluar dlam masa x jam ye cik'

tapi tmpt nak msk drip kat tgk Iman tak bukak lagi. nak suh kami balik bukak sendiri ke? aku ckp dlm hati jelah. siap dh halau kami tp keja korang x siap. macam berak xnak basuh ma aku cakap.

aku g kaunter g amek time slip. alang2 terus aku ckp, tempat masuk drip x bukak lg. tgh akutunggu time slip aku nmpk sorg nurse msk dlm ward iman. dalam hati aku 'takkan dia nak bukak tmpt drip tu tanpa parent ada sekali. kurang asam betul'.

sekali betul dia nk bukak tanpa ditemani parent. kurang asam.


jumpsac


Zara sangat tak suka duduk dlm stroller. tiap kali berjalan, aku kena dukung dia. Kalau bwk stroller pun, dia xnak duduk dlm tu.

Laki aku bg cadangan 'kita beli baby carrierlah'

'baby carrier mahal la' tapi dlm ati aku ' betul gak tu. kalau ada baby carrier senang sikit'

so aku survey baby carrier yg ok. kawan opis aku bg aku try boba. tp panas. aku x suka. alang2 beli, biar yg selesa sikit. dan semestinya kena sesuai utk ayah Zara sekali.

aku nk yg ala2 msia. jd jumps & stork jd pilihan.

aku lebih berkenan dgn jumpsac sbb corak dia cantik. tp sblm beli aku e-mail dulu size min waistband dia. aku tgk review waist band jumsac agak besar.

jumpsac reply, min size 23.5 - 24 inci.

okla kalau 24 inci sbb pinggang aku 26 inci.

maka aku pun dgn gembiranya shopping jumpsac online.

sekali dpt, pinggang longgar la pulak. maksudnya size min waistband dia lg besar dr 26 inci la.

sakit pinggang bwk zara dalam ni.


tapi Zara lebih selesa dalam ni. pantang masuk carrier mesti dia tido..



Milk Booster


Ada yang beli Shaklee untuk dijadikan milk booster. Untuk orang yang tak berada macam aku ni, mungkin telan air liur jelah. Lagipun aku tak nak beli mahal end up dapat cerita sedih, beli shaklee mahal2 tapi susu tetap xnak keluar.

Oleh itu, aku memang akan mencari makanan2 yang boleh membuatkan supply susu aku maintain. Kalau boleh, biarlah masa pam kat opis tu dapat lebih sikit. Bolehla aku buat stock.

Macam2 aku makan.

Habbatus sauda ubat segala penyakit kecuali mati. aku amalkan setiap hari.

halba yang lebih berharga dari emas pun aku minum air rendaman dia. Sekarang aku jarang dah minum air halba. Kalau selsema bagus halba ni.

Kurma aku makan jugak.

Semalam pulak aku try cuka kurma. Sebaik2 hidangan. Antara khasiat dia, melancarkan pengeluaran susu.

Lepas je peristiwa supply susu aku merudum sejak Iman kena warded, sesi mengepam belah pagi aku cuma boleh dapat paling tinggi pun 6oz je.

pagi semalam sebelum gerak dari rumah, aku minum sesudu cuka kurma yang dicampur air. Alhamdulillah, sesi pagi aku dapat 7 1/2 oz.

Pagi tadi pun aku minum gak. Alhamdulillah, dengan izin Allah aku boleh dapat 9oz.

Makanan sunnah adalah yang terbaik


Friday, March 15, 2013

Heran dengan harga tudung


Bukan heran apa. Heran & pelik kenapa harga tudung sekarang melampau2 harga dia. Bagi aku la. Untuk orang lain yang berduit, mungkin harga RM329.00 untuk satu tudung tu kira celah jari je.

Macamana boleh terkeluar cite ni nih?? Sebab aku tengah survey tudung sebab ada orang mintak tolong belikan. Dia bagi bajet kat aku sehelai tudung RM100 -RM200. Mak aih!!! tak agak2 bajet tudung. Kalau aku, untuk RM200 tu aku boleh beli 8 helai tudung. Rasanya lebih kot sebab boleh beli dgn harga borong dah tu dengan RM200. hohoho.. Aku memang kedekut. Itu memang aku akui.

Memandangkan bajet yang diberi agak tinggi (sangat tinggi bagi aku), maka aku pun ajakla kawan opis aku g Seksyen 7 Shah Alam. Lunch hour jap g la kitaorg planning nak g. Bila aku cakap bajet aku RM150 untuk sehelai tudung, dia cakap kalau kat Fareeda, mungkin x dapat. Hahhh!!!! Bila aku survey online, mmg tak dapek pun. Hok oloh mahalnyoh hargo tudung nih!!! Tak tercapai aku di akal pikiran aku yang x berapa nak ado duit ni..

Kawan aku cakap lagi, kalau kat pearl haya, mungkin dapat la kot. Survey online lagi aku nih...semangat lagi nak beli. Sekali harganya pun boleh tahan juga..

Dahhhh... malas aku nak tengok dah. mahal sangat. seb baik orang kirim. kalau aku la yang nak beli sendiri. takdela kot.

1 tudung pearl haya aku yang harga RM75 tupun aku dah rasa mahal yang amat. inikan pulak sampai beratus2.

Tudung oh tudung.. kenapa kau mahal sangat.


Thursday, March 14, 2013

Diet


Hubby target nak turunkan berat badan to 85kg.

Semalam dia cuma makan sandwich kurma habbatus sauda. Bila lapar balik, dia mintak chia seed. Orang biasa makan banyak tetiba nak stop dengan drastik. Kan ke tak elok tu. Biarla perlahan2 asalkan consistent.

Tapi tuan punya badan kata dia okay kalau macam tu. Nak kata apa lagi...

Tuesday, March 12, 2013

Risau tertukar EBM


Pagi tadi bila aku bukak chiller bag, aku tgk 1 storage bottle (brand autumn) nampak lain macam. Sekali tengok, bukan storage bottle EBM Zara rupanya. Ini sah mesti baby baru punya ni. Haish!!! takkan la tertukar EBM kot!!

Aku memang pakai storage bottle autumn tp yang lama punya. Yang ada dalam chiller bag yang dipulangkan balik kat aku tu, autumn yang baru tu. Cepat je aku bersiap nak tanya nenek Zara ni.

Bila aku tanya, confident nenek Zara jawab, susu dia x tertukar sebab botol Zara & botol baby tu lain. Lagipun, baby baru tu punya dia isi banyak. Zara punya aku isi 4oz je untuk setiap botol.

Aku kena beli storage bottle baru untuk mengelakkan kes tukar2 ni. Bumble bee mmg dah reject awal2 sbb kat office ramai dah ibu2 mengepam pakai yang tu. Medela pun dah ada orang pakai. Lagipun medela mahal sangat.Sekarang ni pilihan aku MLO jelah. Itu je yang menarik hati aku pun..

Pelbagai species betul botol2 nk simpan EBM yang aku ada. Medela, bumble bee, autumnz, spectra. Yang paling aku tak suka Spectra. Tapi pam spectra memang aku sangatla suka. Yang paling aku suka medela sbb dia tutup terus.

Monday, March 11, 2013

Naikkan supply EBM


Start hari raya cina, aku cuti 2 minggu. Dengan Zara demam, Iman pulak masuk HDU, jadual mengepam aku memang kelaut.

Natijahnya bila aku masuk opis balik, supply susu untuk Zara tak cukup. Selalu short 1 botol (4oz). Risau yang amat aku ni bila susu aku drop. Sesi pagi selalunya boleh dapat 8-9 oz, cuma boleh dapat 5-6 oz. Setiap sesi mengepam, ebm dah merosot 1-2oz.

Dengan keadaan supply yang kurang, aku dengan gigihnya sabtu lepas tengahari tu aku buat power pumping untuk bagi susu aku banyak balik. Memang patuh dengan aturan masa. 10 minit tepat aku buat.

Hasilnya 2 jam selepas tu bila Zara boleh hisap susu dengan gembiranya. Kalau tak, mau 2 jam lepas kena geget dengan Zara cik N sebab baru 2 jam lepas dipam. Malam pun dah boleh rasa bengkak susu.

Pam pagi tadi dah boleh dapat 7oz compare dgn 6oz paling byk lepas cuti 2 minggu tu. Tengahari pulak dah boleh dapat 5oz. Sebelum ni tengah hari nak dapat 4oz tu sakit pinggang aku menunggu.

Setakat ni memang power pumping satu2nya cara yang paling berkesan kat aku untuk menaikkan supply susu dalam masa singkat. Kalau makanan tu, untuk aku lebih kepada nak maintain supply susu. Antara makanan yang aku makan setakat ni biji habbatus sauda, chia seed. makanan yang aku baru start nak makan minyak za'faran, cuka kurma.

Semoga Allah permudahkan aku untuk menyusukan anak2ku sekurang2nya sehingga mereka berumur 2 tahun. Aminn..

5th Anniversary


Hari ni anniversary kami yg kelima. Tapi xde nak celebrate pun..

2 @ 3 bulan lepas, aku beli voucher Gold Coast Morib daru Groupon. Dengan penuh confident aku ajak laki aku pegi 10 March. Semalam la tu. Aku siap sebut lagi, 11 hb 3 tu kita balik. Aku mmg plan nak cuti pun sempena anniversary kitaorang.

Tapi dia dengan penuh selamba cakap, tengoklah dulu. Malas nak cuti banyak sebab nak pegi Johor dengan bla bla bla... Aku pun bila sekali dia cakap gitu, malas aku nak cakap lebih lagi dah. Sukatilah.

Nak kata marah tak jugak sbb aku dah biasa. Jadi aku dah tak berperasaan. Dulu lagi la. aku siap kena marah sebab merajuk tanpa sebab katanya. Padahal birthday aku dah 2 hari berlalu. Sejak hari tu kot aku dah tak berperasaan lagi kalau laki aku tak ingat hari2 penting.

Aku sekarang pun, lagi suka kalau aku tak ingat hari2 penting kami. Asalkan aku ingat birthday anak2 aku dah la. Dorang lagi penting..



Thursday, March 7, 2013

Hari Hari Lambat!!!


Setiap hari dalam minggu ni aku datang opis lambat. Mesti sampai opis dalam pukul 845 am. Apo kono dengan minah tu? Itu agaknya yang opismate aku cakap.

Apa kono dengan aku?? Takda kono apo.. satu je yang aku boleh bagi alasan..

MALAS!!!

Sangat berat hati nak datang kerja bila selalu risaukan anak2 & yang paling aku tak boleh sekali bila datang kerja dah tak seronok macam dulu.

Sebabnya??? Penyebabnya sorang je.

Kenapa kerja yang best ni mesti kena ada orang yang tak best???? Aku rasa macam nak tukar department je. Tapi nak kemana?? Aku baru je setahun lepas ditukarkan ke department aku sekarang ni. Nak tukar kerja baru??? tak dapat2 lagi.. camna tu???

Hasilnya.. Hari2 aku datang kerja dengan perasaan tak best..

* Aku heran dengan diri sendiri. Kenapa aku tak dengar bunyi alarm sekarang. Hari2 bangun lambat.

Wednesday, March 6, 2013

Bengkel Bunga Reben


Dari last year lagi nak sangat pegi bengkel bunga Reben oleh Diari Ann. Tapi sejak ada Zara ni, susah sikit nak kemana2 kalau weekend. Taknak la pulak amek cuti untuk g bengkel tu. Sayang cuti yang ada seciput je. Lagi pulak, bengkel tu amek masa sehari suntuk gak. Nak mengepam camne nanti?

Rasa frust jugak la ni. Ntah dia buat lagi ke tak bengkel untuk sorang2 tu. Nak tanya lagi dh segan sbb aritu dah sms beria tapi tak pegi2 jugak!!

Lama lagi la kot nak belajar buat bunga reben ni. Seb baik Diari Ann yang baik hati ada letak tutorial untuk buat bunga reben. Boleh la tengok2. Buku dia pun dah beli. Cuma nak cari masa nak buat tu yang susah sikit bila si kecik Zara nak berkepit dengan Mama dia je kejenya.



Minyak Habbatus Sauda jadi Ubat Ruam Leher


Rasanya dah dekat sebulan Zara kena ruam kat leher. Doktor kata alergic peluh. Memang teruk sangat. Malam pun dia tak lena tidur. Mula2 kami ke KPJ Selangor untuk ubat dia, pegi farmasi dan kami pergi klinik. Tapi risau jugak bila bubuh ubat2 tu semua sebab Zara akan garu dan nanti masuk mulut tangan dia. Ubat2 tu semua kan racun. Selama 2 minggu jugak ruam leher Zara berlarutan merah2 dan tak kering pun.

Sekali tu, Mama suruh Ayah bubuhkan minyak jintan hitam (habbatus sauda) yang memang sekian lama dok ada kat rumah kitaorang. Keesokan harinya, ruam Zara dah kelihatan kering. Malam nak ticur pun sapu semua badan Zara. Siap terkentut2 lagi Zara bila kena sapu dengan minyak habbatus sauda tu. Tak risau kandungan dia dah. Kalau masuk mulut pun, jadi ubat.

Bersusah payah kitaorang cari ubat klinik, hospital & farmasi, sedangkan ubat segala penyakit memang dah lama ada dalam rumah kitaorang. Kat rumah baby sitter pun bekalkan jugak sebotol minyak habbatus sauda ni.

Lumurlah minyak tu seluruh badan pun tak payah risau ada kandungan yang tak elok untuk Zara. Lepas ni tak payah pegi hospital untuk ruam. Minyak habbatus sauda ubat terbaik untuk ruam.