Monday, March 11, 2013

Naikkan supply EBM


Start hari raya cina, aku cuti 2 minggu. Dengan Zara demam, Iman pulak masuk HDU, jadual mengepam aku memang kelaut.

Natijahnya bila aku masuk opis balik, supply susu untuk Zara tak cukup. Selalu short 1 botol (4oz). Risau yang amat aku ni bila susu aku drop. Sesi pagi selalunya boleh dapat 8-9 oz, cuma boleh dapat 5-6 oz. Setiap sesi mengepam, ebm dah merosot 1-2oz.

Dengan keadaan supply yang kurang, aku dengan gigihnya sabtu lepas tengahari tu aku buat power pumping untuk bagi susu aku banyak balik. Memang patuh dengan aturan masa. 10 minit tepat aku buat.

Hasilnya 2 jam selepas tu bila Zara boleh hisap susu dengan gembiranya. Kalau tak, mau 2 jam lepas kena geget dengan Zara cik N sebab baru 2 jam lepas dipam. Malam pun dah boleh rasa bengkak susu.

Pam pagi tadi dah boleh dapat 7oz compare dgn 6oz paling byk lepas cuti 2 minggu tu. Tengahari pulak dah boleh dapat 5oz. Sebelum ni tengah hari nak dapat 4oz tu sakit pinggang aku menunggu.

Setakat ni memang power pumping satu2nya cara yang paling berkesan kat aku untuk menaikkan supply susu dalam masa singkat. Kalau makanan tu, untuk aku lebih kepada nak maintain supply susu. Antara makanan yang aku makan setakat ni biji habbatus sauda, chia seed. makanan yang aku baru start nak makan minyak za'faran, cuka kurma.

Semoga Allah permudahkan aku untuk menyusukan anak2ku sekurang2nya sehingga mereka berumur 2 tahun. Aminn..