Tuesday, March 12, 2013

Risau tertukar EBM


Pagi tadi bila aku bukak chiller bag, aku tgk 1 storage bottle (brand autumn) nampak lain macam. Sekali tengok, bukan storage bottle EBM Zara rupanya. Ini sah mesti baby baru punya ni. Haish!!! takkan la tertukar EBM kot!!

Aku memang pakai storage bottle autumn tp yang lama punya. Yang ada dalam chiller bag yang dipulangkan balik kat aku tu, autumn yang baru tu. Cepat je aku bersiap nak tanya nenek Zara ni.

Bila aku tanya, confident nenek Zara jawab, susu dia x tertukar sebab botol Zara & botol baby tu lain. Lagipun, baby baru tu punya dia isi banyak. Zara punya aku isi 4oz je untuk setiap botol.

Aku kena beli storage bottle baru untuk mengelakkan kes tukar2 ni. Bumble bee mmg dah reject awal2 sbb kat office ramai dah ibu2 mengepam pakai yang tu. Medela pun dah ada orang pakai. Lagipun medela mahal sangat.Sekarang ni pilihan aku MLO jelah. Itu je yang menarik hati aku pun..

Pelbagai species betul botol2 nk simpan EBM yang aku ada. Medela, bumble bee, autumnz, spectra. Yang paling aku tak suka Spectra. Tapi pam spectra memang aku sangatla suka. Yang paling aku suka medela sbb dia tutup terus.