Wednesday, May 29, 2013

Super Burger - Fresh with Anna Olson

Bahan2
1 pound daging kisar
sebiji bawang bombay dipotong dadu
sebiji telur
seulas bawang putih
2 sudu teh serbuk sawi
sedikit garam
sedikit serbuk lada hitam
sedikit serbuk lada putih
sedikit daun oregano
3 keping tomato kering
1 cawan parutan cheddar cheese

Cara2
1. Masukkan daging dalam mangkuk. Tambah bawang bombay, parutkan bawang putih, serbuk sawi, breadcrump, garam, black & white pepper & pecahkan telur.
2. cincang daun oregano & tomato kering & masukkan dalam daging.
3. Gaulkan & bahagi lapan.
4 Bentukkan menjadi bulat & letakkan parutan cheese dibahagian tgh.

Potato mushroom bruschetta - Fresh with Anna Olson

Bahan2
1 cawan cendawan butang yg dipotong
1 ulas bawang merah potong dadu
sedikit minyak & butter untuk menumis
beberapa biji tomato direbus
French loaf yg dipotong serong
1 cawan sour cream
1 cawan parutan asiago cheese


Cara2
1. Panaskan kuali, masukkan minyak & butter.
2. Masukkan bawang & cendawan serentak & masak dengan api tinggi.
3. Pre-heat oven dengan suhu 400f, tuang minyak diatas tray pembakar, ratakan dgn roti.
4. Susun roti dlm tray pembakar dan renjiskan minyak diatas roti. Bakar selama beberapa minit.
5. tambah bawang putih & tyme dalam cendawan yg sedang dimasak. Biarkan kering
6. Tapiskan kentang yg telah empuk, masukkan sour cream, lenyek & masukkan cendawan kemudian masukkan parutan cheese.
7. Letakkan sesudu diatas hirisan french loaf yg telah dibakar.

Tuesday, May 28, 2013

tender


EXCITED, TAKUT, NERVOUS...itu sebelum hantar surat

MALU, SEDIH, RAGU2.. itu selepas hantar surat

Pagi ni aku dah hantar surat yang menyatakan isi hati aku untuk meninggalkan tempat ni. Part yang paling bodoh sekali aku rasa, bila aku dengar je boss aku cakap aku terus menangis.. Sedih dengar dia cakap.. Terus rasa berat hati..

Kenapa berat hati? sebab..
1. Aku kesian kat boss aku sbb mungkin susah nak cari pengganti bila aku tinggalkan tempat ni.
2. Nanti team aku akan kelam kabut sikit sebab dari 3 orang yang buat keje, nanti tinggal 2 orang je.
3. Aku tak nak boss aku ingat aku nak tinggalkan tempat ni sebab 2 orang kawan kerja aku.
3. Boss aku baik sangat. Ingat senang ke nak dapat boss yang baik macam dia.
4. Dah 6 tahun lebih aku keje kat sini. Tempat aku cari rezeki. Bukan senang nak dapat company yang bagus camni walaupun kadang2 aku kutuk jugak company aku ni.
5. Kat sini jelah aku ada kawan2 nak borak, mengutuk & bergosip. kalau dah dok rumah nanti aku kawan dengan Zara & Iman je.
6. aku sayang keje aku dan company tempat aku keje ni..

acane tu??

pastu surat resign aku boss hold dulu.. sebab aku emosi sangat agaknya.


Saturday, May 25, 2013

Upright freezer untuk ebm

akhirnya..

dapat jugak upright freezer utk ebm zara. haha ebm dh tinggal x seberapa baru beria nak beli. lama tunggu fiamma warehouse sales ni, minggu lepas baru dia buat. Tupun 2 minggu sebelum tu aku dah cari kat kedai2 letrik biasa. Rezeki fiamma agaknya, banyak kedai tutup sebab hari ahad.

Seb baik teacher sir sanggup nak g beli sebab aku ada kelas belajar jahit tudung kat kolej komuniti. 

brand elba RM600 + RM70 delivery. hokey sgt la tu. tengok online pun harga dia lebih kurang 1k gak tu. target asal nk faber. kalau faber mungkin leh dpt murah lagi kot. dah abeh agaknya. masa teacher sir sampai sana pun, tinggal satu tu jer.

kecik jer freezer ni letak sebelah fridge LG.

Zara pun nak menyibuk sama

kebanyakan wishlist ni dh dpt. tinggal satu jer lagi. cloth dryer.. dasar pemalas!!!! Tapi list baru nk masuk lagik, bertambah balik la wishlist ni..

wishlist terbaru... mesin jahit tepi.. hohoho...

Butter mashed potato - Fresh with Anna Olson

Bahan2
ubi kentang dipotong sama besar
sedikit garam
1/4 cawan butter
1/2 cawan buttermilk
1/4 cawan sour cream

Cara2
1. rebus ubi kentang bersama sedikit garam
2. cairkan butter, masukkan ubi kentang yang dilenyek dalam butter yg telah cair. tambah sedikit lada hitam.
3. tambahkan buttermilk. kacau dan tambahkan sour cream.
4. kacau sehingga sebati.

Meat Loaf - Fresh with Anna Olson

Bahan2
1/2 pound cendawan cremini (dipotong nipis)*
bawang bombay*
sedikit tyme
seulas bawang putih
1/2 cawan breadcrumb
1 cawan puri tomato
1 1/2 pound daging kisar
3 sudu teh garam
sedikit lada hitam
sedikit lada sulah
sebiji telur

*Blend kedua2 bahan dalam food processor.

Cara2
1. Tumis bawang & cendawan, masukkan tyme yg dipotong halus & sagat bawang putih kedalam bahan tumisan. angkat bila kering.
 & sejukkan.
2. Dalam bekas lain masukkan breadcrumb & campurkan juga puri tomato. kacau sebati.
3. Dalam bekas lain, gaulkan daging, tambah garam, lada hitam, lada sulah, telur. gaulkan.
4. Masukkan bredcrumb & cendawan kedalam daging. Gaul rata.
5. Panaskan ketuhar pada suhu 350f terlebih dahulu.
6. Bahagikan kpd 8 bahagian dan masukkan dlm baking pan. 
7. Bakar selama 25 - 30 min

Wednesday, May 22, 2013

Breakfast Bread Pudding - Fresh With Anna Olson

bahan bahan

*french toast
2 biji telur
1 1/2 cawan susu
sedikit vanila
sedikit serbuk kayu manis
sedikit parutan buah pala
10 keping french bread

isi puding
beberapa biji pisang yg dipotong (boleh guna buah2an lain)
french toast*
oat mill
kismis

custard
3 biji telur
1 biji telur kuning
2 cawan susu
1/2 cawan mapel syrup
1/2 cawan yogurt
sedikit vanilla

cara2

french toast
1. kacau telur & tambahkan susu. kacau sebati
2. masukkan vanilla, kayu manis, buah pala. kacau.
3. Celupkan french bread dalam adunan telur n susu, kemudian bakar diatas non stick pan yg telah disapu minyak.
4.Setelah siap, potong roti menjadi kiub kecil.

isi puding
1. Susun roti yg telah dipotong
2. Masukkan pisang, kismis, oat mill
3. Tuang adunan kastard.



Bakar dengan menggunakan teknik waterbath (guna air panas) 75 - 85 min dengan suhu 350 f


Monday, May 20, 2013

What to do


Baru lepas abeh meeting & aku blurrr...
selalu jadi camtu.. kuar meeting xtau nk buat apa sambil pk.. apa yg dorang discuss td.. huh!!!

Memang dr pagi lagi aku tak tau nak buat apa.
Memandangkan waja kami, dihantar ke kedai cat setelah loan hp kami direject, semalam Teacher Sir baru g amek keta sewa. Kami sewa viva.

Teacher Sir pesan, minyak ada 2 bar lg, sempat pegi balik keje. masuk je kete, stgh jam jugak aku menyelongkar mana nak setting side mirror. tak jumpa!!!! dengan Zara dok meragam kat sebelah lagi. mana pulak tmpt control side mirror ni. last2 tanya Teacher Sir, dia betulkan manual jer. okay lepas setelah setengah jam kat situ. Kawan ni mmg dh sedia lmbt kan!!! pukul berapa nk gerak g keje.

Gerak kete je kuar simpang, lampu minyak dah lip lap lip lap dari 2 bar dia jatuh 1 bar.. takpe2.. nanti kat shell lepas tol boleh isi. Dah redah jem, sampai shell dkt opis & dah parking dah pun kat pump island tu. Confident amek wallet bukak pintu... e eh.. bukak tempat mintak dulu la.. cam biasa hulur tangan kat bawah sit tepi pintu.. eh!! mana pulak tmpt bukak nk bubuh mintak ni??? sekali lagi jem kepala otak mencarinya. Carik2 tak jumpa, tutup pintu terus keluar dr petrol station tu.. Lantak kau la nk lip lap ke apa ke.. Hampagas betul!!!

Kan dah sampai lambat kt opis.. 9 lebih baru sampai.. dahla pukul 1030 ada meeting.. itu yang aku jd blurr tu. tapi mmg selalu blur pun!!!

Tuesday, May 14, 2013

Lagi tiga...


Lagi 3 minggu...

dan lagi 3 bulan..

lebih kurang

Takut..berdebar..risau..tak sabar

semua perasaan berbaur

Semoga dimudahkan semuanya

dengan harapan agar famili & rakan2 merestui

keputusan ini

Semoga ALLAH memberkati pilihan ini, setelah pada DIA aku memohon

Semoga jalan yang aku pilih ini adalah sebaik2 pilihan untuk aku dan keluarga

Aku percaya sepenuhnya pada DIA yang telah menunjukkan jalan yang perlu aku pilih

Semoga aku dapat mendidik anak2ku untuk menjadi sebaik2 khalifah dimuka bumi

dan

aku mengharapkan rakan2 yang meneruskan perjuangan berjaya dalam perjuangan mereka..



***oh hati..oh perasaan.. oo rajin.. kemana kamu menghilang?kenapa rasa malas ini ada disini diketika ini ketika byk kerjaku yang tertangguh*** (tiba2!!) :-) :-) :-)

Monday, May 13, 2013

Transport EBM tanpa ice pack & chiller bag


Masa balik mengundi hari tu, tak terfikir pun nak bawak balik EBM dari Shah Alam ke Gua Musang mahupun sebaliknya. Sebelum hari mengundi, pam dulu konon2nya nk bawak bekal si Zara tula. Sekali lupa la pulak.

Takkan nak tinggal kt kampung pulak. 6oz tu dh sebotol setengah boleh anta rumah BS tu.. Kalau bg dalam kereta, sampai rumah belum tentu nk pam balik.

Seb baik, terlintas dlm otak yang geliga boleh buat batu cincin ni nk pakai diapers. Apalah sangat 2 keping diapers Zara kalau nak dibandingkan dengan EBM 6oz tu. 

Maka Mama Zara ni dengan tekun bubuh air batu + 6oz EBM yg diisi dalam botol dan dibungkus dengan kemas didalam 2 keping diapers.


Hohoho.. BERJAYA!!!!


EBM didalam diapers ditemani ais telah selamat sampai seperti diletak dalam chiller bag yang ada ais pack dalam merentasi perjalanan selama 5 jam.


**Dalam kereta baru ingat lupa nk tabur garam atas ais**

Thursday, May 9, 2013

Sepang Gold Coast

27 April lepas, selain dr pegi bengkel sulam bunga reben, kami sekeluarga pegi gold coast sepang. benkel bunga reben habis kul 1, terus gegas balik rumah & kul 2 memulakan perjalanan ke gold coast sepang. nama sepang, ingatkan dekat klia. rupanya jauh lg.

appointment pukul 3 ptg, kitaorg sampai sana pukul 430. dengan sesat lagi msk kot jln2 kg tu. dhlatu, punya susah nk jumpa signboard gold coast sepang kalau dr klia.

x smpt kitaorg nk meninjau bilik. cuma isi borang survey je.seb baik leh dpt voucher penginapan free. tp Iman smpt la bermandi manda jap.





cantik la view kt gold coast sepang ni. tp xde apa kt dlm tu. kalau dtg semata2 nk tenangkan fikiran mmg sgt2 direcommend. tp kalau nk bwk anak2 bercuti, setakat mandi pool jelah.


kalau nk mandi pantai, kena keluar dr kawasan c2 sikit. ombak di besar. parking pulak jauh. tp nanti shuttle van akan dtg amek bwk ke golden palm tree.