EXCITED, TAKUT, NERVOUS...itu sebelum hantar surat
MALU, SEDIH, RAGU2.. itu selepas hantar surat
Pagi ni aku dah hantar surat yang menyatakan isi hati aku untuk meninggalkan tempat ni. Part yang paling bodoh sekali aku rasa, bila aku dengar je boss aku cakap aku terus menangis.. Sedih dengar dia cakap.. Terus rasa berat hati..
Kenapa berat hati? sebab..
1. Aku kesian kat boss aku sbb mungkin susah nak cari pengganti bila aku tinggalkan tempat ni.
2. Nanti team aku akan kelam kabut sikit sebab dari 3 orang yang buat keje, nanti tinggal 2 orang je.
3. Aku tak nak boss aku ingat aku nak tinggalkan tempat ni sebab 2 orang kawan kerja aku.
3. Boss aku baik sangat. Ingat senang ke nak dapat boss yang baik macam dia.
4. Dah 6 tahun lebih aku keje kat sini. Tempat aku cari rezeki. Bukan senang nak dapat company yang bagus camni walaupun kadang2 aku kutuk jugak company aku ni.
5. Kat sini jelah aku ada kawan2 nak borak, mengutuk & bergosip. kalau dah dok rumah nanti aku kawan dengan Zara & Iman je.
6. aku sayang keje aku dan company tempat aku keje ni..
acane tu??
pastu surat resign aku boss hold dulu.. sebab aku emosi sangat agaknya.
