Monday, February 25, 2013

Raspberry Lemon Torte - Bake with Anna Olson


Bahan2

Adunan Lady Fingers

1/2 cawan fresh lemon dicampur 1/2 cawan gula
4 biji kuning telur
1/2 cawan gula
parutan kulit lemon
1/2 cawan unsalted butter (dipotong dadu)
1 1/2 cawan wwhipping cream yang telah dipukul kembang.
Buah berry


Cara2

Rangka
1. Isi adunan Lady Fingers dalam piping bag.
2. Bentukkan bulat untuk base.
2. Pipekan 4 inci panjang untuk rangka tepi.

Filling
1. Panaskan fresh lemon yang dicampur gula.
2. Dalam bekas lain, pukul kuning telur bersama gula.
3. Masukkan adunan 1 kedalam adunan 2 sedikit demi sedikit sambil pukul. 
4. Masukkan kembali dalam periuk untuk dipanaskan semula. 
5. Angkat bila buih kecil kelihatan dan masukkan dalam mixer bowl. Pukul selama +- 10 minit sehingga sejuk.
6. Tambah parutan kulit lemon.
7. Masukkan unsalted butter sedikit demi sedikit.
8. Tambah whipping cream.

Finishing

1. Susun base di bahagian bawah dulang dan rangka tepi. Potong dulu Lady Fingers untuk rangka tepi supaya sama rata di bahagian bawah.
2. Isikan dengan filling sebahagian sahaja. 
3. Susun buah berry.
4. Tambahkan filling lagi.
5. Sejukkan


Tiramisu - Bake with Anna Olson


Bahan2

Lady Fingers secukupnya.
3 biji kuning telur
2 biji putih telur
1/4 cawan gula
1 sudu teh vanilla
1 cawan mascarpone cheese

*1/2 cawan kopi pekat yang dicampur 1 sudu besar gula
* Whipping cream yang telah dipukul.

Cara2

1. Pukul kuning telur, gula dan vanilla dan masak guna teknik waterbath. Sekiranya titisan telur dari pemukul boleh membentuk no 8 lengkap, telur dah cukup masak. Kalau tak, kena biarkan lagi atas api.
2. Bila telur dah masak, masukkan mascarpone cheese dan kacau.
3. Dalam bekas lain, pukul putih telur sehingga medium stiff.
4. Masukkan adunan no. 3 dalam adunan 1&2 dan kacau dengan spatula.

Finishing

1. Gunakan bekas untuk individu.
2. Celup Lady Fingers dalam kopi pekat dan masukkan dalam bekas 1.
3. Tuang adunan telur&mascarpone. Parut halus sedikit coklat.
4. Ulang kembali langkah 2 - 3.
5. Sendukkan sedikit whipping cream.
6. Taburkan serbuk koko.


Kulit Pizza ~ Tart Flamble - Fresh with Anna Olson

Nama gah tapi nak share recipe kulit pizza jer. Anna punya recipe asal, filling dia dia bubuh bacon, sour cream & onion. Untuk bacon tu, aku nak ganti dengan sausage.

Bahan2 untuk kulit pizza

1 cawan air suam
sedikit yis segera
1 1/2 cawan tepung serba guna
1/2 cawan tepung pastri
1 sudu kecil garam

Cara2

1. Campurkan yis dalam air suam dan biarkan sehingga berbuih.
2. Masukkan tepung serbaguna, tepung pastri dan garam. Kacau sebati dengan senduk kayu.
3. Keluarkan dari mangkuk dan uli perlahan. Tak perlu lama sebab nanti dan uli bila jadikan kulit pizza.
4. Biarkan selama 20 minit sehingga kembang.
5. Bahagi kepada 4 adunan dan uli dengan pencanai untuk membentuk kulit pizza yang nipis.
6. Bakar.

* Tepung pastri akan membuatkan kulit pizza lebih garing dan berkerak.

Sunday, February 24, 2013

Lady Fingers - Bake with Anna Olson


Bahan2

1/2 cawan tepung serbaguna
5 sudu besar tepung jagung
3 biji telur pada suhu bilik (asingkan putih & kuning)
6 sudu besar gula (untuk putih telur)
3 sudu besar gula (untuk kuning telur)
4 oz coklat pahit manis (dicairkan - waterbath)

Cara2

1. Tapis tepung serbaguna & tepung jagung. Ketepikan.
2. Pukul putih telur, masukkan gula sedikit demi sedikit. Pukul sehingga stiff peak. Ketepikan.
3. Pukul kuning telur bersama gula. Boleh masukkan kesemua gula sekaligus. * Apabila titisan telur yg dipukul boleh membentuk no 8, telur dah cukup kembang. Tetapi, kalau no 8 hilang dengan cepat, kena pukul lagi.
4. Masukkan putih telur dalam kuning telur dan kacau sebati. 
5. Masukkan kesemua tepung dan kacau dengan spatula.
6. Isi dalam piping bag dangan tip bulat dan pipekan 4 inci atas dulang. 
7. Panaskan oven pada suhu 204 c. bakar selama 10 minit. 
8. Biarkan sejuk dalam dulang pembakar.
9. Celupkan hujung lady fingers dalam coklat cair dan biar kering. 




Sunday, February 17, 2013

2 + 1

Wajah2 dalam hidup aku.. 2 lelaki & sorang girl..
Ayah yg tebolah..
Abang yang nk katanya didengar...
dan adik yg lasak...



Friday, February 15, 2013

Port Dickson


Lama dah kami ke PD. Baru nak update ceritanya. 

Sempena cuti sekolah, ingat nak bawak adik2 g PD. Tup2, bukan adik2 je nak ikut, dengan Ma and Abah den sekali nak join. Uish!! Terkejut gak. Bukan senang dorang nak ikut pegi jenjalan nak perabihkan duit gitu.. Membazir kata Abah aku..

Kalau dh last minute punya plan, bilik pun susah nak dapat. Kebanyakan Apartment 3 bilik, suma dh kena booked. Ho..ho..ho.. Terpaksala jugak aku booking apartment 3 bilik kat Tiara Beach Resort. Kalau aku je yang nak pegi, memang aku tak nak duduk sini sebab aku dok bloghoping tulis pantai kat sini tak leh mandi. Kotor!!

Tapi sebab Ma and Abah aku yg nak ikut, untuk tak mengecewakan dorang aku booking la jugak. Lagipun aku tau, dorang bukan nak mandi pantai pun. Saja nak try jenjalan sekali sekala. Ntah boleh aku cakap sekali sekala ke tak, tak tau la. Rasanya sekali dalam berkala2 sesuai la kot.

Sewa apartment RM400 bilik 2 + 1. Apartment okay sebab yg jaganya staff hotel.


Kolam dia kalau ikutkan ok je. Tapi sebab terlampau ramai orang, jd tak seronok. Pulak tu ada yang buat kolam macam sungai dah. Lari2 pastu bedebummm terjun.


Suasana petang sangat cantik. Tapi sayang sebab pantainya sangat kotor.







Thursday, February 14, 2013

My Own Sweet Time


Akhirnya...

Aku ada masa untuk aku sendiri. yabedabedibedu!!!!!

Aku amek cuti rabu konon2nya Ma aku nk datang. sekali tak jadi datang pulak sebab jiran buat kenduri. Jumaat pun aku dh amek cuti, sbb laki aku ada hal. Alang2 tu aku apply cuti sekali hari ni. Habis cuti aku 3 hari.. Tapi puas hati akhirnya aku ada masa untuk diri aku sendiri. 

Setelah sekian lama, pagi ni aku boleh tengok movie tanpa rasa risau pasal kerja rumah & anak2. Iman  pegi tadika, si kecik Zara aku hantar rumah BS. Hasilnya, aku boleh mandi sepuas2nya. Siap boleh potong rambut lagi. Ingat senang nak dok dalam bilik air lelama. Kalau ada budak berdua tu, nak buat pelaburan pun tak senang..

Tapi half day jelah aku senang hati, half day petang sweat time pulak. Nak kemas rumah pulak..


Friday, February 8, 2013

Antara Avanza, Alza & Exora

Yang mana satu paling ok.

Aku memang dah lama pk nak tukar kete. Tkdela lama sangat.. dalam 3-4 bulan lepas. Tapi laki aku tu xnak. Sayang dengan Waja dia tu katanya. Kalau nk kete baru jugak, xleh tukar tapi kena beli yg baru. Kalau xleh tukar, buat apa aku nk amek yg baru. Bukannya kitaorg byk duit pun nak pakai 2 - 3 bijik kete.

Aku bukan saja2 nk tukar. Waja tu dok rosak je. Time dia rosak pulak tu time aku je yg bawak.. Sekali aritu dia rosak time laki aku yang bawak. Barulah dia kata nak tukar kereta. Tapi dia nk Preve @ Exora jerk.. Erk!!! tercekik aku dengar. Mana ada duit berkepuk nak bayar bulan2. Aku bajet Alza jer.

Urm.. Exora pun ok jugak sbenarnya. Bolehla gagah2 bayar bulan dia tu.

Tapi aku kalau dengan Proton ni, cukup x leh blah dengan after sale servise dia tu. Kalau pegi service keta and kita komplen, dia boleh jawab "Ooo yg ni memang dari dulu lagi akan selalu rosak.. Ramai yg komplen macam tu". Nampak tak, betapa dorang tak kisahkan tahap kualiti. Walaupun dah ramai orang yang komplen, & kau tau kerosakan tu selalu terjadi, tapi kau xleh nak amek response dari customer tu utk improvise kualiti Proton. Hangin aku!!!

Itu kalau kerosakan minor. Ada tu kereta tu baru dapat, sekali kereta dah rosak. Bila hantar pusat service dia, boleh dia cakap "Ha ah la bang, patula rosak, minyak hitam tak isi. Dah kering". Tanpa rasa bersalah boleh kau ckp macam tu kat customer!!! Semalam baru amek arini dh rosak. Memang mangkuk hayun..

Ada lagi kisah yang aku memang tak boleh blah.... Proton Warranty sampai sekian..sekian bulan. Sekali baru pakai tak sampai sebulan, stereng kereta dah rosak. Bawak pergi pusat service dia dengan selamba cakap "Ni sterengnya encik, kalau encik nak boleh pasang kat sini tapi kena bayar upah pekerja. Kalau tak, encik boleh pasang sendiri." Wah!!!wah!!! Ingat customer beli kereta DIY ke??? Beli part pasang sendiri. Tak sepatutnya kereta baru yang baru je dibeli sebulan, boleh rosak stereng kereta!!!!

E eh.. kenapa jauh sangat aku melalut sampai komplen pasal proton ni?

Okay.. back to the topic.. Aku nk sokong kereta tempatan, tapi sebagai pengguna aku nak yang terbaik. Aku ni bukannya byk duit pun. Kenala berhati2 sikit. Apatah lagi, dh bbanyak pengalaman tak elok dengan proton ni.

Kalau Alza pulak, service perodua memang bagus dan aku tak ada komplen apa pun. Lambat sikit bagi aku normal la tu. Kalau dah banyak kereta memang la lambat sikit. Pegi kedai cina pun lambat gak.. Harga dia yang paling murah compare dengan Exora & Avanza. Tapi laki aku tak nak. Kecik katanya. Dah poket kita pun kecik sayang ooiiii... Cukupla dengan kereta kecik..

Avanza untuk aku ok je. Tapi monthly payment dia lebih sikit. Kereta toyota ok la. Tahan lasak, kualiti ok.

Tengah pk2 lagi ni yang mana satu pilihan poket kami.

Friday, February 1, 2013

EBM siapa??


Terkesima sekejap bila teman mengepam bagitau EBM dia tertukar... OMG!!!!
Luckily dia kenal cover botle storage dia. Kalau tak, memang dia akan buang terus.. Sorang malay mummy & sorang lagi chinese mummy..

Dorang pakai storage bottle Bumble Bee. Aku punya Autumnz. Sebab tu selamat. Kawan aku sorang lagi baru balik dari maternity leave tupun pakai Autumnz jugak tu. Harap2 Bottle storage Autumnz yang baru tu.. hihi.. kalau tak, kena berhati2 jugak tu..