Monday, February 25, 2013

Tiramisu - Bake with Anna Olson


Bahan2

Lady Fingers secukupnya.
3 biji kuning telur
2 biji putih telur
1/4 cawan gula
1 sudu teh vanilla
1 cawan mascarpone cheese

*1/2 cawan kopi pekat yang dicampur 1 sudu besar gula
* Whipping cream yang telah dipukul.

Cara2

1. Pukul kuning telur, gula dan vanilla dan masak guna teknik waterbath. Sekiranya titisan telur dari pemukul boleh membentuk no 8 lengkap, telur dah cukup masak. Kalau tak, kena biarkan lagi atas api.
2. Bila telur dah masak, masukkan mascarpone cheese dan kacau.
3. Dalam bekas lain, pukul putih telur sehingga medium stiff.
4. Masukkan adunan no. 3 dalam adunan 1&2 dan kacau dengan spatula.

Finishing

1. Gunakan bekas untuk individu.
2. Celup Lady Fingers dalam kopi pekat dan masukkan dalam bekas 1.
3. Tuang adunan telur&mascarpone. Parut halus sedikit coklat.
4. Ulang kembali langkah 2 - 3.
5. Sendukkan sedikit whipping cream.
6. Taburkan serbuk koko.