Saturday, November 22, 2014

Tikus dan makanan

Semenjak dua menjak ni mata  susah betul nak lelap. Malam sebelum ni tak tidur langsung sebab tikus. Bukan real tikus pun, ini pasal tikus mekanikal yang disambung kat pc tu. Memang hal dunia ni boleh buat manusia ni jadi sasau jugak. Yelah time2 selalu sedap tidur boleh pulak tak boleh tidur hanya disebabkan mouse. Allahuakbar...

Sekarang ni tak boleh tidur sebab makan pulak. Semenjsk sambung belajar ni, mana ada masa untuk luang dengan family bila weekend. Yelah.. Kelas memang on weekend dari pagi sampai petang pulak tu.

Yang menjadi masalah sekarang ni, banyak kenduri. Kalau kenduri kawan jauh bolehla buat buta mata pekak telinga tak datang. Kalau dah kenduri kawan baik & saudara mara....hawla?????  Sehari kelas tu dah macam attend kelas untuk seminggu. Kedatangan tu pun diambil kira untuk exam. Nanti tak pasal-pasal ada yang tak pass sebab kedatangan tak cukup.

Kalau kenduri dekat dekat boleh lari kejap time lunch hour. Tapi kalau jauh-jauh tu memang 1hari kelas tak boleh datang. Kalau bagi alasan ada kenduri kahwin, masalahnya lecturer pun sama jugak. Dia orang pun ada yang terpaksa miss kenduri kahwin saudara mara & kawan-kawan sebab mengajar.

Serba salah dibuatnya bila ada yang bagi kata putus kenduri orang tu atau sipolan dan sipolan nak tak nak kena datang. Dahla jauh. Kenduri sabtu, ahad belum tentu boleh balik shah alam lagi. Tak ke dah 2 hari miss kelas tu

Tuesday, November 18, 2014

I am work at home momma

Okay.. Dah tukar http blog dari yuzaimara.blogspot.com kepada i-am-workathome-momma.blogspot.com selepas lebih setahun resign & jadi surirumah. Hurm... Dah setahun dua bulan rupanya jadi surirumah ni. Buat masa sekarang ni memang tak terfikir nak ada kerja walaupun kadang2 dlm urusan harian pon dok calculate risk bagai buat macam dlm risk dept lagi. Rindu nak kerja tapi tak kot.. Tak nak jadi pekerja yang terpaksa kerja ikut time employer. I want my own working time.. Hahaha.. Adakah kerja begitu??? Demand betul!!! Mmg spai sudah xde siapa nak bagi kerja kat ko.

Monday, October 27, 2014

Master of Applied Entrepreneurship UiTM


UiTM sekarang offer Master of Applied Entrepreneurship untuk yang berminat nak buat business sendiri. Course baru ni diletakkan di bawah fakulti Business Management tapi yang sebenarnya di bawah pengurusan Malaysian Academy of SME & Entrepreneurship Development (MASMED) dengan kerjasama Malaysia Technology Development (MTDC).

Course ni hanya ditawarkan secara separuh masa dan kelas dibuat pada hari Sabtu & Ahad. Subject untuk course ni:-


Untuk pelajar first batch, smester pertama hanya perlu ambil 2 subject sahaja iaitu ENT 701 & ENT 702. Second batch kena ambil 3 subject iaitu ENT 701, ENT 702 & ENT 702.


Subject untuk semester kedua pula ialah ENT 703, ENT 704 & ENT 705.


ENT 705 ke atas adalah untuk semester 3 keatas. Setakat ni baru masuk semester dua.  


ENT 710 ni masa last semester. Pelajar akan attach dengan company yang related dengan bidang pilihan pelajar.
  

Sunday, August 17, 2014

Apa diperlukan untuk mekap

Perkara, alatan, barang asas yang perlu ada untuk mekap

1. Puff (2)
Satu untuk jari jurumekap bagi mengelakkan terkena muka dan satu lagi untuk puff muka. Untuk puff muka, pilih yang ada span didalam.

2. Span untuk blend

3. Base
Sebelum memulakan mekap, semburkan fixed spray terlebih dahulu (Kalau MAC harga +-RM90++)

Kemudian sapukan Strobe dibahagian pipi (MAC +-RM180).

Akhir sekali Eye Primer untuk menyerlahkan eye shadow. (Mary Kay/MAC)

4. Foundation
Terdapat dua pilihan foundation. Pertama kryolan stick (heavy duty) than sehingga 8 jam tetapi tidak sesuai digunakan untuk kegunaan harian. 7w digunakan until shading, hijau until menutup jerawat dan oren untuk menutup cela. Kod FS38 sesuai untuk warna kulit asia manakala kod yang bermula dengan W lebih kepada warna pink. Walaubagaimanapun, mengikut tenaga pengajar Pusat Giat MARA, kod W4 sesuai untuk kulit kebanyakan orang melayu dan W5 untuk yang berkulit lebih gelap.

Warna selamat FS36-gelap, FS38-putih/kuning dan FS45. Sapu dirahang untuk melihat kesesuaian warna.

Area penting dan perlu diberi perhatian untuk sapuan foundation ialah bawah mata, area senyum dan ditepi lubang hidung.

Pilihan yang kedua ialah Naturactor dan boleh dipakai untuk kegunaan Harian. Kod 153 until shading, kod depan W pinkish dan kid depan FS yellowish dan sesuai until kulit Asia.

5. Liquid foundation
Boleh guna pelbagai jenama.

6.  Supra Kryolan

7. Eye shadow
Dua pilihan eye shadow iaitu matte dan shimmer.

8. Lain-lain barangan asas untuk mekap seperti maskara, berus Dan sebagainya.

Thursday, May 22, 2014

face = floor


face & floor. the only common they have is their spelling started with 'f' & I cannot find any to make a list. but I can make hundred list to differentiate them.

why am I writing this? because someone compares my face to the floor. but if u think to step on a face, then they will have in common. but they serve different purpose. it is normal to step on the floor because the purpose of floor is for us to step on it. but to step on a face...... lets imagine.

Tuesday, May 20, 2014

jantung pisang punya pasal


memang terbukti lagi berkesan jantung pisang merupakan milkbooster semulajadi. kalau tak takkanlah aku boleh demam sebab bengkak susu walaupun umur Zara bakal masuk 2 tahun 10 august nanti.

sakit bengkak susu, memang tersangatlah sakit. huhuhu.. menangis menahan sakit. demam menggigil2. ahad malam start bengkak hasil makan jantung pisang mentah cicah budu & tempoyak. kalau rebus tu tak adalah seteruk tu kot sebab separuh khasiat dia dh masuk dalam air rebusan. dah jadi pulak malam, nak buat apa la nak hilangkan bengkak. Zara la yang jadi mangsa. pulak tu sekarang ni dia bangun mintak susu 2 kali je semalam. Malam tu dok kejut Zara jelah kerjanya. nasib baikla mood budak kecik tu baik. tapi hari isnin, pukul 1130 baru bangun. Kesian... kena kacau tidur pun tak lena..

Thursday, May 15, 2014

because I dont like that name

may I.. can I.. should I..
if I can answer in sacarstic way, I will.

apa ada pada nama? hanya nama semata.

siapa yang bagitahu begitu? nama memberi banyak makna, nama itu panggilan yang boleh jadi doa dan kerana itu kita hendaklah menamakan anak dengan nama yang baik-baik.

and for me, ada kisah disebalik nama itu.. sebuah janji & pilihan. dan kerana nama itu, aku makan hati. hanya kerana nama.

kenapa? aku tak suka & tak pernah suka nama itu. apatah lagi bila ada yang mempertikaikan pilihan itu.

jika difikirkan, aku yang membesarkan perkara remeh. benar ianya remeh & kecil.. tapi setiap hari sudah bertahun lamanya nama itu dibaitkan dan selama itu juga tsk pernah aku menuturkan dengan rasa bermakna sebagaimana seharusnya.

sebuah janji, satu pilihan untuk tidak memilih & sebuah nama yang akan memeteri kehidupanmu..

Wednesday, May 7, 2014

Red sauce lasagna

instant lasagna

tomato sauce
olive oil
1 onion
1 head garlic
1 carrot
1 can tomato puree
1 cup tomato juice
1 cup water
2 tsp thyme
1 tsp salt

topping
1 cup parmesan
2 cup mozzarella
bocconcini

cheese sause
1 cup mascarpone
1 cup ricotta
1 cup parmesan
2 cup mozzarella
1 egg
1 bunch basil
1 lobster

meatball
daging kisar
1 egg
1/2 cwn bread crumbs
1 tbsp grainy mustard
1 tbsp fennel seeds
1/2 tsp salt

bake 200 c 10 minutes

layer:
sauce
instant lasagna
sauce
meatball
instant lasagna
sause
cheese sause
instant lasagna
sauce
topping

wrap with aluminium foil, bake 160 c 1 hr

gluten free spinach lasagna

cheese sauce
2 oz butter
1 onion
4 clove garlic
4 cups milk
2 tbsp dijon
2 bay leaves
nutmeg
4 tbsp cornstarch for thicken
stir in:
2 cups ricotta
2 cups parmesan
16oz spinach

assembly
rice lagagna noodles
parmesan
mozzarella

bake 1 hr

Gluten free flour recipe

8 cups rice flour
2 2/3 cup potato starch
1 1/3 cup tapioca
3 tbsp xanthan gum

Saturday, April 5, 2014

First class

Assalamualaikum...

Hari ni 1st class master kat uitm. Semalam dah rasa macam ada kupu2 terbang dalam perut. Dah lama tinggal waktu belajar rasa risau pulak tak dapat nak catch up.

Seriously, 1st class boleh kata aku tak paham...hahaha... Memandangkan kelas on weekend, yang paling aku risau nk makan kat mana. Yelah lunch hour sejam je. Mana nak solat, makan lagi. Kelas pulak kat mtdc-uitm. Tapi tadi masa tea break makanan disediakan. Woahhh!!!!! Nganga jap... Kami diberitahu juga, ahad 3 Kali makan. Gituu... Tadi kelas start pukul 3, so tea break jelah dia sedia makan. Esok kelas dari pagi sampai petang, dari minum pagi, lunch & minum petang makanan disediakan. Dash macam pegi training pulak...

Kelas sepatutnya habis pukul 6, taping harini pukul 635 baru habis. Sampai rumah dah pukul 7 & Zara baru je tido. Tak tido dari pagi tu.. Kesian budak tecik ni kena tinggal. Esok lagi la sehari suntuk.

Thursday, April 3, 2014

Throwback


Tadi bawak Iman pegi makan sushi kat Sushi King, Giant Kelana Jaya. Singgah jap opis lama nk bagi souvenir dari Sabah kat member2 lama. 

Teringat zaman kat opis dulu, kalau sesi mengepam tu mesti beramai2. Sekarang ni dah takde pam2 dah. Bagi je direct terus sebab 24/7 dengan Zara je. Kalau dulu, 2 plug utama satu pakai extension macam gambar atas tu lah gayanya. Satu lagi yang dah datang awal, pasang plug direct kt plug utama. Itu tak termasuk lagi yang pakai bateri. Seronok je berjemaah mengepam susu. 

Tapi tulah...
Walaupun mengepam berjemaah tu seronok, lagi seronok bagi susu direct sambil tengok muka budak tecik Zara tu. Walaupun selalu dok marah sebab dah buat Mama dia punya Cik B macam pacifier tapi tetap happy bila dia dok mintak nen..


Mode: Happy


Yeahaaaaa!!!!!!

sambil senyum sorang2 dari pukul 12 tengahari tadi.. Hehe.. mana taknya, teacher sir tetiba bawak balik sesuatu. Elok je berbungkus dengan pembalut hadiah..

Me: Apa ni?
Teacher Sir: bukak la
Me: Hadiah sape?
Teacher Sir: Hadiah Yang la
Me: Hadiah apa? Saper bagi?
Teacher Sir: Hadiah Birthday...
Me: Birthday lambat lagiii...sape bagi???
Teacher Sir: tak nak sudahhh......

heheheh.. Zara dah dok depan excited nak bukak hadiah jugak.
memey pun abe wei.. birthday adek lambak lagi. Tapi bagi hadiah anvance pulop..
Tapi dah orang bagi, amek jela kan sambil bukak sambil dok teka aperla yang Incik suami ni bagi. Isi dalam macam padat, xde goyang2. Bukak bucu sikit je takut koyak kertas pembalut. Ehhh!!! ni macam kotak enpon!!!!

Me: Yeay enpon!!
Zara: Tercengang
Teacher Sir: Kotak je kotak handphone
Me: Yeay Mama dapat kotak enpon Zara....

dah tengok kotak enpon, maka dengan penuh excitednya kertas pembalut tu kena koyak terus.. haaa.. susah sangat kan.

and TADAAAAA

memang enpon pun... huhuhu.. terus keluar airmata seronok sangat den dapek enpon..

ni feeling seronok & beronok ronok tak abeh lagi la ni.. dapat birthday present in advance...ngeh..ngeh..ngeh..

21hb ni bertambah lagi umur.. tapi semenjak umur makin tua ni, umur sendiri dah tak ingat dah..

Tuesday, April 1, 2014

pearl

kitaorang sampai kk dalam pukul 1 24hb, 25hb kami dibawa ke taman buaya & rumah terbalik. 26hb kitaorang ke kundasang di kaki gunung kinabalu.

27hb pulak dalam pukul 2 dari tuaran kami ke KK. kalau dah sampai sini tak sah kalau tak pegi pasar philiphine. kat sini nak beli brooch, gelang ,rantai dari pearl suma ada.tapi sila jangan percaya dengan harga yang dipamerkan. sila mintak tawar sampai sekurang kurangnya separuh harga. silap2 hb boleh rendah lagi harga dia.

kalau tengok harga yang dia pamer tu, memang boleh tersedak jugak. sblm datang sini, abang ipar aku dh bagitau g beli kat mana. so bila sampai kitaorg memang terus pegi kedai yang dia bgtau tu& beli terus. memang takde round2 dulu survey harga ke apa. kalau kedai tu takde barang yang kita nak, bgtau je nanti dia akan cari kat kedai lain. 

lagi satu, kedai kat sini akan berubah setiap 3 bulan sekali. kitaorang kt aini sekejap je, pastu terus ke one borneo mall utk makan.  malam baru sampai rumah.

28hb kitaorang dok rumah packing barang. last day kitaorg kat sini. pukul 3 gerak ke airport nak balik dah... bye bye kk, bye bye tuaran, bye bye sabah..

Thursday, March 27, 2014

Gunung Kinabalu!!! here we come!!!


Jam empat setengah lebih aku sudah bangun bah!! awal gilak. mana taknya, jam 6 sudah mau bertolak ke Kundasang. Tapi disini kalau jam 6 sudah seperti jam 8 di semenanjung.. 
APAKAHHHHHHH!!! kenapa aku sudah mau terikut ikut cakap sabah??? seronok bila dengar anak sedara aku cakap dengah abahnya.. dah gaya macam kawan dah dorang. Tapi, kalau pekat sangat tu, aku nganga jelah.. tak paham..

okay sambung balik..

kat sini, nak g satu2 tempat tu agak jauh. Sbb tu smlm kami bertolak ke kundasang awal. bertolak pukul 615, pukul 8 lebih baru sampai. amek masa 2 jam lebih gakla.

Mula2 sampai, kitaorang g tempat urut kaki ikan. Bear2 ikannya. tak takut orang pulak tu.Kemudian kami keladang teh. Kat sana, kami dibawa masuk kilang untujk tengok prosespembuatan teh. teh kat sini organik. lebihan teh yang kualiti dia xleh pakai untuk dijual dorang akan simpan untuk buat baja. nanti sorang tourist guide akan bawak sambil terangkan operasi buat teh ni. pastu dia akan ajar, camna nak bezakan teh yang dibubuh pewarna & asli daun teh saja tanpa pewarna. 

Antara gred teh yang senang aku nk paham bahasa adalah teh tarik, teh uncang & teh bancuh. teh tarik ni teh dia halus sangat. Teh uncang pulak kasar sikit je pastu teh tarik yang paling besar la antara 3 ni. suhu yang sesuai untuk bancuh teh 80-100 darjah celcius. teh tarik & teh uncang tak boleh bancuh lebih dari 3 minit & teh bancuh tu tak boleh lebih dari 5 minit. 

Untuk nak uji samaada teh tersebut guna pewarna tiruan atau tak, masukkan 2 sudu teh dalam air sejuk dan biarkan sebentar. Kalau teh organik, warnanya akan sekata. Tapi kalau teh yang guna pewarna tiruan, warnanya akan jadi bertali turun dari teh kebawah sebab tindakbalas pewarna tiruan. bagus jugak tour ni. baru aku tau pasal ni.

Selesai tour di kilang teh, masing2 akan dapat souvenir satu bungkus teh kecil. Tapi aku lupa kat mana aku letak teh tu. acaner ni??? Lepas tu le masjid dulu & singgah makan di kfc kemudian gerak ke ladang lembu.

Kat ladang lembu ni, nanti kita akan dapat tengok macamana baik & mengikut peraturannya lembu2 ni beratur ikut giliran untuk diperah susunya. Kita boleh tengok dari balik cermin je. kat sini jugak adala aktiviti bagi makan kambing & bagi susu kat kambing & anak lembu. yang lainnya kat sini, lembu2 dia lembu hitam putih ala2 lembu new zealand tu. Bukan lembu coklat yang kita dok biasa tengok. So rasala konon2 kat new zealand gitu.. ngehngehngeh..tapi pemandangan dia memang tersangat cantik.

kalau ikutkan, dorang akan jual susu fresh kat sini, tapi masa kitaorg datang ni tak jual pulak. ingat nak beli susu fresh dari ladang untuk bawak balik minum sementara kat tuaran ni. kat sini banyak sesi ambil gambar la sebab view yang sangat shantekkk!!

selesai bergambar kat konon2 New Zealand ni, kami gerak ke kaki gunung kinabalu tempat bermulanya pendakian ke gunung kibalau. tapi tak masuk pun. Snap gambar kat luar tu je pun. Hari dah nak gelap dah. Jauh perjalan balik kitaorang nanti. Pukul 5 lebih sikit kitaorang gerak balik tuaran. Nak balik rasa sekejap je. Masa datang tu punya lama rasa..




Tuesday, March 25, 2014

Sabah bah!!!


Yeay!!! kami di Sabah!!!

Plan asal nak dtang dengan family SIL, tapi akhirnya family aku & MIL je yang ke Sabah. Flight dari LCCT pukul 1020, kitaorang sampai Kota Kinabalu lebih kurang pukul 1.00pm. Dah sampai airport, SIL (Kak Ni) and husband (ustaz) dah tunggu kitaorang. 

Sebelum balik rumah SIL, dia bawak pegi makan dulu dan singgah beli *kelapa' puding*. memang yummeh la.Malam pulak kami beramai2 meratah ketam cicah sambal kicap. Wahhhh!!!! first time makan ketam fresh, rasa dia manis & sedap gilerrrr!!!!! harga ketam pun soploh hengget je sekilo!!!! aiyaaaa... 

Pagi ni pukul 5 lebih bangun tido. kunun2 awal la tu..chettt!!! ye la kalau kt semenanjung tu time sedap lena diulit mimpi lg tu. konon2 bangun awal dari biasa sebelum henpon rosak aku tu vibratekan alarm dia..sekali pukul 6 pagi matahari dh kluar dah... hahahaha.. ini belum pegi obersi lagi dh x tentu arah tgk jam & waktu..

untuk hari ni, ustaz bawak kitaorang pegi rumah terbalik dan taman buaya. Tapi MIL @ SIL x ikut. Aku 1 famili, ustaz & sorang anak dia. Masa kat rumah terbalik tu, Iman Zara x faham apa pun, kitaorg yg Excited lebey.. Tang g taman buaya tu barula budak2 ni seronok tengok binatang2 yang ada dalam tu. Nama je taman buaya tp dalam tu ada jugak ular, monyet, burung, rama2, rusa, ikan & ada jugak persembahan tarian tradisi sabah.

On d way balik, kami singgah makan lokan panggang & air kelapa dulu. puding kelapa pun ustaz tapau sekali. 

insyaAllah esok kami akan ke kundasang.. aku dah google.. rsnya kami akan ke gunung kinabalu esok..


Friday, February 7, 2014

Baking & Cooking Class


Ahad lepas aku join kelas demo snow cheese kek, nasi arab, ayam panggang, roti bun & pizza kat rumah kawan aku kat Alam Budiman. Aku pegi sebab excited nak belajar snow cheese cake tu. Tak sangka pulak buat nasi arab senang rupanya. Sedap pulak tu. Tak sia-sia pegi. Bayar pun murah je walaupun banyak benda yang diajar.

Resepi Snow Cheese Cake

Bahan-Bahan Kek
6 biji telur
100gm gula
100gm tepung naik sendiri / tepung gandum
60gm tepung jagung
1tb ovallette
1ts cheese powder / esen vanilla
1ts double action baking powder
50ml air sejuk (optional)
75gm butter (dicairkan)

Cara-Cara
1. Panaskan oven
2. Masukkan kesemua bahan kedalam mangkuk kecuali melted butter.
3. Pukul sampai kembang 2-3x ganda.
4. Tuangkan melted butter & kaup balik hingga sebati.
5. Bakar dengan suhu 165 c selama 40 min. 
6. Apabila kek dah masak, keluarkan dari oven & kek hendaklah dikeluarkan terus dari loyang untuk mengelakkan kek dari turun/mendap.

Bahan-Bahan untuk topping
1/2 tin susu pekat (Guna 1/3 untuk kurangkan manis)
3tb whipping cream
250gm cream cheese
1/2 cawan air / susu cair

* Block cheddar cheese untuk diparut.

Cara-Cara
1. Campurkan kesemua bahan dan pukul hingga gebu.
2. Curahkan atas kek.
3. Parutkan cheddar cheese atas kek yang telah diletakkan topping.

Resepi Nasi Arab

Bahan-Bahan
1 biji bawang besar (potong dadu
1 biji tomato (size besar) (potong dadu)
1 peket rempah kurma adabi / 20gm@2tb rempah nasi arab (boleh guna mana2 rempah)
2 tb minyak sapi
1 ekor ayam (potong 4)
1kg beras basmati (dibasuh)
1 liter air
1tb garam
1 kiub ayam

Cara-Cara
1. Panaskan minyak sapi, tumis bawang kemudian masukkan tomato.
2. Masukkan rempah dan garam.
3. Tambah air dan masukkan beras. Kacau hingga rata.
4. Susunkan ayam diatas beras dan ayam dibiarkan terendam didalam air. Masak nasi seperti biasa.


Ayam Panggang

Bahan2
1 ekor ayam
4 sudu besar brown sauce
2 sudu besar sos tomato
3 sudu kicap

Cara2
1. Gaul kesemua bahan. Perap ayam yang dah dibasuh setengah jam dan bakar.

Sambal

Bahan2
5 biji cili siam
3 biji tomato (potong kecil)
1 biji bawang besar (potong kecil)
1 biji lemon (perah jus)
1 rumpun daun ketumbar
1 sudu besar garam
5 sudu besar gula

Cara2
1. Blend semua bahan.

Setakat hari ni dah 2 kali aku buat nasi arab. Tapi aku olah sikit cara buat mengikut kesesuaian periuk aku yang kecik tu. Teacher Sir suka siap soh buat lagi. Sambal dia yang jadi penyedap rasa.


Monday, January 20, 2014

Tempat jatuh lagi dikenang...


Sebenarnya tak pernah nak kenang-kenangkan pun. Dah jatuh sakit buat apa la nak dikenangkan lagi. Yang aku nak cerita kat sini, seronoknya rasa dapat balik kampung. Iman dengan Zara pun seronok tak ada sebut pun nak balik Shah Alam.. Aku lagi la seronok. Nama pun kampung halaman sendiri kannnnn.....


 Duduk kat kampung, meriah dengan adik beradik, Iman & Zara.. Hari-hari gaduh, hari-hari terjerit-jerit tapi kebanyakan masa, kami seronok bersama beramai-ramai. Bangun pagi keluar rumah sedut udara segar dulu, jalan-jalan sambil exercise.


Dah dekat sebulan dah aku balik Shah Alam ni. Tapi hati dok teringat-ingat je nak balik kampung. Dah mula mengira berapa lama lagi nak cuti sekolah. Boleh aku balik kampung.. Tak taula kenapa hati dok teringat ingat je kat kampung.

 



Saturday, January 11, 2014

Balik Kampung


Kebosanan kat rumah.. Tengah tengok Art Attack dengan Iman & Zara. Pagi tadi  ajak Teacher Sir pergi ronda ronda sambil cari kedai nak sewa. Tapi dia keluar entah kemana. Bila bosan macam ni teringat masa duduk kat kampung seminggu haritu. Best je rasa. Ramai orang, tak rasa bosan walaupun kat kampung je & tak ada pasaraya bagai. Bosan bosan boleh p kebun tanam sayur. 

Urm.. Sejak sebulan lepas berhenti kerja aku terfikir nak balik duduk kat kampung. Lepas jebalik dari kampung & dengan kebosanan yang sentiasa melanda kami bertiga iaitu aku Iman & Zara lagi membahkan perasaan nak balik duduk kat kampung. 

Kena fikir lagi & aku harap jadila plan nak bukak petrol station kat sana. Kalau jadi, memang aku balik la kot. Duduk kat sini pun walaupun rumah sendiri, tapi tak rasa seronoknya. Walaupun seronok duduk dengan anak anak kat rumah, tapi aku fikir kalau aku balik kampung, ramai yang tolong aku tengokkan budak berdua ni & tak adala rasa sunyi sangat. Bukan aku tak boleh tengokkan. tapi bila kami tinggal bertiga je, rasa takut mula la datang bila malam malam tu. Mana tau tetiba hantu kak limah datang ke masa kitaorang tengah tidur.. huhuhu...

Taktaula kenapa, tapi aku rasa, kami tak serasi lagi di Shah Alam. Boleh gitu?? Alasan!!!! Macam mana pun kena habiskan prasekolah Iman dulu. Kena fikir & buat keputusan sebelum register darjah 1 la ni.




Friday, January 10, 2014

Daily Routine


Lama menghilang.. :-) 

Busy kununnya.. Alhamdulillah.. Sekarang cuba menyesuaikan diri dengan jadual sebagai suri rumah. Walaupun tak sepenuhnya aktiviti yang sepaptutnya untuk seorang suri rumah tu aku buat, tapi sekarang aku dah boleh sesuaikan diri sikit-sikit dan tak adalah macam mula-mula dulu.

Zara?? masih lagi melekat malah lebih 'erat' lepas balik dari kampung sehari sebelum sekolah mula baru-baru ni. Seminggu lebih duduk kat kampung bila balik sini, langsung tak boleh berenggang budak kecik tu. 

Memandangkan Iman dah masuk pra sekolah tahun ni, jadual lebih teratur sikit sekarang. Mana taknya, pukul 9.30 dah gesa Iman & Zara tidur. Pukul 10 tu kalau tak tidur lagi, memang tergesa-gesa paksa budak berdua tu tidur.

Pukul 5-6 waktu aku bangun tidur. Kalau nak buat breakfast wajib bangun antara 5.00 - 5.30 pagi. Kalau tak tergesa-gesa nak buat breakfast. Hari isnin setakat ni hari wajib buat breakfast sebab ada perhimpunan kat sekolah. So, breakfast sekolah tak sedia. Minggu pertama Iman sekolah, aku memang tak buat breakfast. memang pagi-pagi tu terjah ke Wira Sejati la kerjanya. Lepas tu aku dah start buat breakfast walaupun sekadar pisang goreng. 

Kadang-kadang, time aku bangun pagi tu, Zara pun ikut sama bangun gak. Terpaksala baring balik tidurkan dia dulu. Selalunya time kejutkan Iman, Zara pun ikut sama bangun jugak. Abang dia mandi, dia pun ikut sama mandi. 

Balik dari hantar Iman, lepak-lepak, guling-guling dengan Zara nak tidurkan dia semula. Kalau Zara tidur, boleh la masak jap. Kalau tak, sekadar tanak nasi jelah. Lauk sambung masak lepas Iman balik sekolah. Pukul 11.30-11.45 siap-siap gerak nak amek Iman kat sekolah. Walaupun boleh naik kereta, tapi aku lagi suka jalan kaki pegi amek Iman kat sekolah. Zara aku kendong dalam jumpsac. At least boleh jugak exercise. Teacher Sir dok sibuk nak suruh tanya bas sekolah nak amek Iman balik dari sekolah. Padahal dekat je sekolahnya. Jalan kaki 5-10 minit. Boleh kami bertiga exercise. Kalau tak memang takkan punya nak jalan kaki macam tu kalau sesaja kan.... ooo aku dengan Iman je yang exercise.. Zara aku kendong macam kanggaroo dok dalam sac.

Dah sampai rumah, Iman pun dah berpeluh, dia dengan Zara mandi, makan nasi, lepas tu dua-dua budak terlentang tidur. Kalau bukan sebab letih, susah Iman nak tidur siang ni. 

Aku boleh update blog ni pun, sebab budak berdua tu tengah tidur. Hari ni, balik sekolah tengok tv dulu tu lambat sikit tidur. Kalau tak dah riuh rendah dah gaduh budak berdua tu masa-masa ni.
 
 Walaupun poket tak berduit macam zaman kerja dulu, tapi rasa seronok dengan anak-anak lebih dari rasa seronok pegang duit sekepuk.. Alhamdulillah..


**************