Monday, December 2, 2013

UiTM oh UiTM


Sebelum ni aku ada apply ACCA kat UiTM & aku dah check online dan dengan bangganya bila aku key in no. IC aku, keluar permohonan anda TIDAK BERJAYA. Agak kecewa jugak masa tu. Tapi aku fikir, takpelah bukan rezeki aku. 

Aku baru je nak tidur ni, aku saja gatal tangan online jap nak tengok opening untuk ambilan seterusnya bila. Saja jugak gatal tangan aku bukak keputusan temuduga. Sekali bila aku key in no IC aku dia tulis BERJAYA. Seronokla kunun-kununnya. Sekali tengok date interview 26 November 2013. Dah lepas!!!!! Sakit hati aku.Kalau tak dapat langsung aku tak kisah. Ini dapat tapi interview dah lepas. Salah siapa sekarang ni?? Aku ke? Aku dah check sebelum ni. Masa tu tulis TAK BERJAYA. Sekali dapat pulak. Kalau adik beradik atau laki aku yang buat gitu memang aku tanya POTONG KE TAK? Mula-mula kata lain lepas tu cakap lain pulak. Mesti yang update result ni lelaki, sebab tu keputusan berubah. Memang sah nak kena potong la. Elok pulak hujung tahun ni, memang musim. Tak nak tok mudin, klinik biasa pun boleh buat. Haishh geram aku.

Aku nak buat apa sekarang ni??? Penin arrr!!!!

Monday, November 25, 2013

??


Lama hilang.. 

Sekarang ni pun tak tau nak tulis apa..

2 minggu lepas, handphone hilang kena sorok dengan Zara. Terputus hubungan dengan masyarakat rasa. Padahal hilang handphone je pun. Lepas dekat 2 minggu dah puas cari tak jumpa, akhirnya buat keputusan nak war-warkan kat FB nak mintak nombor. Tapi sebelum tu kena pegi celcom dulu nak kena beli nombor yang sama. Malam sebelum tu, cari habis-habisan dulu. Alhamdulillah.. rezeki masih ada. Jumpa jugak HP aku. Tak payah susah-susah pegi ofis celcom nak beli nombor sama.

Sejak tak kerja ni, Zara makin melekat. Tak boleh tinggal langsung. Nak buat kerja pun tak boleh. Sebab tu semua benda terabai. Itu sebab masuk ofis pun lepas Zara dah tidur. Ni hujung bulan, nak setelkan akaun gaji sebab tu on PC update blog jap. Kat HP, dok problem je malas nak layan.
 


Sunday, October 27, 2013

Italian Buttercream


Bahan2
300gm gula icing
90gm air
4 biji putih telur
30gm butter
300gm shortening

Cara2
1. Masak gula dengan air hingga mendidih dan biarkan dengan api kecil selama 20 minit sehingga air gula menjadi pekat.
2. Pukul putih telur hingga kembang dan masukkan air gula dalam mixer yang sedang diputar.
3. Putar sehingga bertanduk
4. Masukkan butter & shortening & putar sehingga kembang dan lembut.


Saturday, October 26, 2013

Tuning


Am a housewife.. Tapi still tak dapat tune housewife.. tulun..tulun.. Stress sebab tak dapat nak biasakan diri dengan tugas baru.. BOLEH??? pirah!!!!! Macam besar sangat je masaloh mung ni!!! 

Sepatutnya aktiviti biasa dirumah begini..

530 am bangun tido, mandi..
6.00 Solat, siapkan bekpes Teacher Sir, Iman & Zara & opkoslah bekpes aku sekali.
7.00 Sapu sapu, lap sana sini
7.30 Anto Teacher Sir pegi keje kat pintu je ponnnn.. Pastu aku ngap bekpes dulu..
7.45 kejutkan & mandikan Iman & Zara.
8.15 Bagi Iman & Zara bekpes dulu.
9.00 Ajar Iman & Zara ngaji
11.00 Tidokan Zara & Masak
1.00 Bagi Iman & Zara makan kenyang-kenyang
2.00 Tunggu Teacher Sir balik & makan sama-sama
2.30 Nap jap
3.30 Lepak-lepak dalam rumah sambil tengok telenovela sambil tidurkan Zara.
5.00 Bawak Iman & Zara pegi taman
6.00 Balik rumah mandikan Iman & Zara
7.00 Siap untuk maghrib & mengaji
8.00 Tengok berita
9.00 Teman Iman tengok cartoon
10.00 Masuk tidur

Wahhhhh.. sungguh teratur jadual itu... 

Tapi begini jadinya.. sob..sob..


5.30 jam loceng bunyik...nak bangun je Zara waaa..waaaaa nangis!!! Okay baring balik susukan Zara..
6.00 Zara dok nyoyot lagi.. Nak bangun je waaa..waaa... nangis macam budak kena dera
6.30 dok nyoyot jugak lagi.. kadang-kadang boleh lepas, kadang kadang terlajak subuh.. Time cuti selamat laaa...
7.45 Teacher Sir pegi sekolah.. Pandai-pandai la pegi sendiri.. Zara dok nyonyot lagi ni
8.00 Dok baring sebelah Zara lagi teman dia tidur.. Bangun karang, melalak pulak budak nih!!! Ada sensor agaknya boleh tau Mama dia nak bangun..
8.30 Tiga beranak semua turun bawah carik makan.. Masa ni I am a SuperMama.. Buat bekpes sambil dokong Zara
9.30 "Mama!! Iman nak tengok ultraman" tak pun "Mama!! tolong tukar citer boboiboy"
10.00 Masa ni baru Iman & Zara dalam mood nak mandi. (dalam hati, aku celup jugak budak dua orang ni dalam tong air)
11.00 Nak masuk dapur nak memasak. Baru je angkat bontot Zara dah "waaaawaaaawaaaaa"
11.30 Letak beras dalam rice cooker. Keluarkan sekali ayam/ikan/daging yang dalam freezer. Pastu lari keluar dapatkan Zara yang tengah nangis
12.00 Siang bawang putih.. Zara lari-lari kedapur sambil "waaaaa". Okay balik keruang tamu duduk balik sambil tengok Zara main.
12.30 Zara dah ralit main. Masuk dapur siang bawang merah, & potong apa apa yang patut. Zara "waaaa" lagi. Teman Zara lagi..
1.00 Masuk dapur senyap-senyap sambung masak. Dengar minyak panas berdesir Zara pun "waaaaa"
1.30 Bagi Iman Zara makan dulu. Makanan Mama & Ayah depa ni tak siap masak lagi ni!!!
2.00 Teacher Sir balik. Sambung masak
2.30 Baru nak mandi, solat, pastu baru boleh makan.
4.00 Zara nak tidur, susukan dia sambil Mamanya pun ikut tidur sama.
5.30 Zara bangun. Iman & Zara main-main kat laman kejap.
6.30 Mandikan Iman & Zara. Lepas tu makan yang kadang-kadang berperang time nak bagi makan.
7.30 Solat, ajar Iman mengaji sambil Zara menyibuk.
8.15 Iman tengok cartoon
10.00 Zara tidur. Iman sambung tengok cartoon.
11.00 Time Zara tidur, masa ni baru nak masuk SOHO, siapkan tender, akaun & kerja-kerja ad-hoc. Itupun kalau Zara tak ada bunyik..
12.00 Tak tido lagi.. Kalau masuk tidur pun, tak boleh nak tidur. pusing kanan pusing kiri tengok tengok jam dah pukul 1 takpun pukul 2 pagi..
Kebanyakan masa tidur pukul 2 pagi, kadang-kadang bawak sampai ke 4 pagi..

Nipun dok busy melayan blog lagi. Padahal nak kena buat akaun ni. Adoiyai!!!

OOOOH AURA POSITIF DATANGLAH KAU KEPADAKU..SYOOOHH PERGI JAUH_JAUH AURA NEGATIF..AKU TIDAK MAHUKAN KAMU..


I DON'T LIKE CHOCOLATE BUT I LOVE DESSERTS!!

Thursday, October 24, 2013

Strudle Dough


Resepi struddle masa pergi kelas anjuran Persatuan Wanita Berdaya bertempat di Kolej PTPL

Bahan2
375gm tepung diamond (tepung high protein/untuk pastri)
70gm air panas
30gm melted butter
secubit garam
2 biji telur
1 sudu besar cuka

cara2
1. Ayak gandum yang telah dicampurkan dengan garam atas ditempat menguli. Buat lubang dan masukkan melted butter. Gaul rata.
2. Campurkan telur bersama cuka dan masukkan sedikit demi sedikit dalam adunan.
4. Tambah air sedikit demi sedikit jika perlu.
5. Uli doh. Jika doh masih belum lembut hanya dapkan tangan diatas air dan uli adunan semula. Dap air lagi sekiranya perlu sehingga doh betul2 lembut.
6. Uli selama10-15 minit untuk mengeluarkan gluten.
7. Rehatkan selama sejam
8. Canaikan mengikut bentuk yang dikehendaki. Setelah agak2 nipis, lapikkan kain bersih untuk dicanai.
9. Tekan atau tebar sehingga betul2 nipis & boleh dilihat tangan disebalik adunan untuk mendapatkan kulit yang nipis & garing.
10. Seteleh nipis, letakkan apple filling/banana filling dan lipat kulit pastri dengan menggunakan kain lapik.
11. Setiap kali lipat, sapukan melted butter supaya kulit akan menjadi garing bila dibakar.
12. Seteleh siap dilipat, sapukan egg wash dan taburkan gula perang/almond dsb bergantung pada selera masing2.

Resepi apple/banana filling boleh tengok kat SINI.

Tuesday, October 22, 2013

Banana/Apple Filling for Strudle


Bahan2
5 biji pisang @ 5 biji epal
3 sudu besar gula
3 sudu besar gula perang
1 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk kayu manis
1/2 cawan air
200gm ground almond/hazelnut
200gm kismiss

Cara2
1. Kupas kulit & hiris nipis.
2. Rendam dalam air garam supaya tidak hitam.
3. Campurkan semua bahan dalam pot dan masukkan pisang.
4. Masak sehingga keluar jus. Boleh tambah tepung jagung untuk menjadikan kuah pekat.
5. @ tapis isi agar air jus dapat diasingkan.

Vanilla Pastry Cream untuk Cream Puff & Puding Roti


Bahan2
250gm gula
2 littre susu cair
8 biji kuning telur
4 biji telur
150gm tepung jagung
125gm butter
30ml esen vanilla

Cara
1. Larutkan gula dan susu dalam pot sehinga mendidih.
2. Pukul kuning telur dan telur di dalam mangkuk.
3. Masukkan tepung jagung & gula, pukul hingga lembut.
4. Masukkan susu yang telah dipanaskan ke dalam adunan telur.
5. Letakkan semula adunan atas api dan didihkan. Kacau.
6. Masukkan mentega & vanilla.

Untuk puding roti adunan hendaklah sedikit cair dan kacau sehingga pekat untuk filling cream puff.

Basic Choux Paste - Cream Puff / Eclair


Resepi dapat masa kursus di Kolej PTPL anjuran Persatuan Wanita Berdaya.

Bahan2
250ml air
100gm butter
3gm garam
150gm tepung
4 biji telur

Cara2
1. Panaskan air, butter, garam dan gula sehingga mendidih.
2. Setelah mendidih, masukkan tepung dan kacau rata sehingga teepung bercampur dengan air & mentega.
3. Matikan api dan kacau sehingga adunan ss
4. Bila adunan suam2 kuku, masukkan telur satu persatu dan gaul sehingga adunan berkilat. 
5. Masukkan adunan kedalam piping bag untuk dibetulk dalam dulang pembakar.
6. Bakar Selama 10-15 min atau sehingga kekuningan dalam suhu 180c.

Filling
1. Boleh guna whipping Cream untuk filling atau boleh guna Vanilla Pastry Cream


Steam Chocolate Cake


Resepi ni dapat Masa Kursus Masakan di Kolej PTPL anjuran Persatuan Wanita Berdaya.

Bahan2
1 cawan gula kastor
1 cawan susu cair
1 cawan butter (dicairkan)
1/2 cawan susu pekat
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda
1 sudu teh esen vanilla (tak ada pun takpe)
1 cawan serbuk koko
3 biji telur

Cara2
1. Cairkan butter.
2. Pukul gula & telur hingga kembang.
3. Campurkan susu cair, susu pekat, esen vanilla didalam bekas dan sebatikan. Panaskan diatas api kecil hingga mendidih.
4. Biarkan campuran susu @ no. 3 suam dan campurkan bersama adunan no. 2 (gula & telur).
5. Campurkan tepung gandum, serbuk koko, baking powder & ayak sehingga rata. 
6. Masukkan adunan 5. kedalam adunan 4 dan kacau rata. 
7. Masukkan butter dan gaul sebati. 
8. Tuang dalam bekas & kukus.

Cara kukus
Kukus dengan periuk kukus biasa atau guna teknik waterbath.

Hasilnya bila buat kat rumah.. ngehehe.. dah pandai...

* Kalau tak ada cup sukatan, boleh guna tin susu je. Yang 1 cawan tu anggap je 1 tin. Masa kelas, kitaorang pakai je tin susu cair. Senang tak payah fikir nak kena cari cup sukatan bagai & tak ada alasan untuk tak nak buat kek ni.

Resepi Apam Beras


Resepi ni aku dapat masa joint Kursus Masakan di Kolej PTPL sabtu baru ni. Kakak yang join kursus ni share resepi.

Bahan2
1 peket tepung beras cap bunga teratai
1 cawan tapai nasi
1 cawan gula
4 cawan air
1 peket eno warna biru

Cara2
1. Blender semua bahan kecuali eno.
2. Rehatkan selama 4 jam.
3. Selepas 4 jam, masukkan eno dan kacau sebati. Bila nak kukus baru masukkan eno.
4. Masukkan dalam bekas apam dan kukus. Pastikan bekas apam masih diluar periuk pengukus ketika memasukkan adunan dalam bekas apam.

Cara buat tapai nasi
1. 1 mangkuk lebihan nasi (orang kelantan panggil nasi dingin)
2. taburkan 1/2 ragi dan biarkan selama 2 malam. 
3. Simpan dalam peti ais. Ambil bila nak guna.



Kelas Masakan di Kolej PTPL Shah Alam anjuran Pusat Wanita Berdaya Dun Batu Tiga & Dun Kota Anggerik



Sabtu dua tiga hari lepas, aku joint Kelas masakan anjuran Pusat Wanita Berdaya Dun Batu Tiga & Kota Anggerik. Dari pagi sampai ke petang kelasnya & kami berjawa bawak balik cream puff filling cusstard, eclair, kek coklat kukus, apple strudle & banana strudle.

Dah rasa cam masterchef dah gayanya sebab dok dalam dapur commercial. Memang best!!

Chef Halim tengah bagi penerangan

YB Dun Batu Tiga datang melawat melihat hasil peserta & tak ketinggalan cuba buat cream puff.

Nanti nak try buat kek coklat kukus untuk jualan. Hopefully buat kat rumah jadi macam buat kat dalam kelas.

Monday, October 21, 2013

Mashed Potato - Masterchef Australia (Masterclass)


Resepi ni dari 2nd Masterclass Masterchef Australia named the perfect Mashed Potato

1. Rebus kentang. Tambahkan garam.
2. Cucuk dengan garfu untuk pastikan kentang dah masak. Bila dah lembut, lenyek dengan penapis biasa dengan menggunakan pemotong pastri.
3. Masukkan kembali dalam periuk, potong dadu butter dan campurkan bersama dengan kentang yang dah dilenyek.
4. Tambah sedikit susu dengan suhu 60 c dan gaul sebati.


Sunday, October 13, 2013

Tutorial awning tudung express

 1. Lipat dua kain yang telah dipotong dan iron ditengahnya sebagai sempadan untuk tampal chrome. Ironkan chrome di bahagian tepi. Jangan tekan telalu kuat & iron bahagian tengah sahaja untuk elak awning jadi kelepet. Kemudian jahit 1 tapak kedalam di tepi kedua dua bahagian chrome.

2. Lipatkan kain menutupi chrome dan sematkan pola awning dengan peniti. Kemudian lukis diatas kain mengikut pola.

3. Jahit satu tapak kedalam garisan yang telah dilukis atas kain.



4. Potong mengikut lakaran yan gtelah dibuat di atas kain. 

Dah siap

Friday, October 11, 2013

Puding Suji Berkuah


Bahan-Bahan
1 cawan tepung suji
1/2 cawan gula
1 liter susu segar
1 sudu kecil esen vanilla
1 tin susu cair

Cara-cara
1. Panaskan susu dan masukkan gula. Kacau sehingga gula larut. Biarkan mendidih.
2. Masukkan tepung suji dan kacau sehingga pekat dengan api kecil.
3. Tuang dalam bekas dan sejukkan.
4. Keluarkan dari bekas dan tuang susu cair sebelum dimakan.

Wednesday, October 9, 2013

CGC Staff Dinner - Glitz & Glamour

 05 October lepas, CGC buat dinner kat Sunway Hotel & Resort Spa. 2 tahun lepas buat kat Concorde Hotel Shah Alam. 


Stater.. Sedap..
Sup tak berapa nak okay. Mungkin tak kena dengan selera.

Apa benda dah ni aku pun tak ingat aku penah makan benda alah ni..  

Ikan dengan roti. Tak abeh pun ikan tu sebab hanyir.. Tapi roti dia sedap walaupun member sebelah aku cakap berminyak.

Udang celup minyak I can say.. Goreng sendiri lagi sedap.. 

Brokoli memang tak laku

Nasi goreng yang tak berperisa 

Aiskrim coctail. Tapi tak rasa apa pun.  

Bab makanan aku rasa harap nama hotel je yang gah. Makanan fail. Balik rumah lapar balik. padahal nk balik amek masa tak sampai 15 minit je pun sebab jalan clear. Kawan aku siap singgah tapau kedai mamak lagi. Amekau.

Antara gambar masa dinner.. Kalau kawan aku tengok gambar gambar mereka ada disini mau kena saman heheheh...
 

Farewell lunch

Farewell lunch last thursday kat Serai Paradigm Mall. 


Boss lama belanja, En. Hakma boss yang sporting & boleh mix around dgn staff. Kalau bab keje, serius beb.. 

Menapau pavlova. Dahla orang belanja. Nak tapau tapau pulak
 

Thursday, October 3, 2013

Payment in lieu


Semenjak notis tender 2 bulan aritu, berganti2 notis menyusul notis tender. Hari ni satu lagi surat aku anta lepas aku request early release with waiver yang mana dh direject. Kali ni request for early release with payment.

Tak sanggup dah tinggalkan Zara. Hari pertama Zara dijaga ayah dia, menangis je keje dia & tak tido seharian. Makan pun tak nak. Bila aku sampai rumah suapkan dia makan, dia makan macam orang kebulur. Nganga mulut luas luas bila makanan lalu depan mata.

Hari kedua dia tido pukul 3. Okay sikit dari tak tido langsung. Tapi balik tu tetap kelaparan jugak si kecik ni.

So minggu ni disebabkan banyak fikir dan risaukan Zara, kerja aku banyak silap remeh temeh. Kadang-kadang, bila ada yang cakap tu, rasa macam melayang je kepala aku ni. Lebih kurang macam jasad je ada kat ofis, tapi otak, hati dan perasaan sebenarnya tak ada kat situ.

Sunday, September 29, 2013

Farewell Party

Jumaat lepas RMD buat farewell party untuk kawan aku, Qila & aku sekali. Tapi sebenarnya aku dua minggu lagi ada kat sini. Last day aku sepatutnya 14 October ni.

Dorang bagi voucher giant RM100. Aku request sebenarnya. Plan nak beli non stick pan. Nanti bolehla aku buat durian crepe dan segala jenis crepe yang ada kat dunia ni.. Heheh tak agak2. Nak buat crepe pun cari alasan nak ada kuali yang bagus dulu ke. Padahal pemalas.

Walimatul urus



Kenduri adik aku dah lama lepas. Tapi rasa tak puas hati kat pakej pelamin, mekap, photography tetap ada. Harga pakejnya aku tak tau, tapi dalam pakej, termasuk pelamin, pakaian, jurumekap & photography. Yang paling bestnya, mak andam and photograper adalah orang yang sama. Gila punya nak untung. Abeh tu gambar ape je yang ada pun. Gambar suasana tak de sebab ko sibuk dok mekapkan dan siapkan pengantin. Mak andam kejar masa, sebab lepas siapkan pengantin perempuan, berkejar pulak siapkan pengantin lelaki nak pakai sampin bagai. Pastu bila masa nak amek gambar?? 

Pasang pelamin malam sebelum majlis. Pukul dua tiga pagi baru siap. Yang pasang pelamin pun anak-anak perempuan dia & husband dia. Memang betul-betul family business.

Khemah yang kejauhan nun disana tu tempat band ntah nama apa yang bakan buat persembahan kat situ.

Akad nikah malam hari raya kedua.

Kenduri belah perempuan pada hari raya ketiga


Belah lelaki aku tak sempat nak snap sebab busy bebenor. 

Barang barang hantaran dari belah lelaki. Tepak siri ni aku buat dari bunga plastik sebab adik aku cakap taku t layu pulak kalau pakai bunga hidup. 

Asalnya ini tepak sirihnya. Dua biji epal sepatutnya ada jugak kat tepak sirih ni. Saja gatal tangan letak buah epal kat tepak siri. Takde orang buat lagikan. So aku buatla.. hehe

Ini pulak pulut semangat. Dia buat bahagian pulut tu lepas tu aku sambung letak bunga & buah epal. Adik aku beli buah epal hijau banyak sangat, sebab tu aku letak buah epal.

Beberapa buah buku

3 helai tudung ariani

Buah-buahan

Tuala

Set avon

Kasut

Telekung

Jam

Kain pasang

Sejadah

Beg takde gambar la pulak..

Balasan dari pihak perempuan.