Friday, January 25, 2013

Croquembouche



Bahan2

Profiteroles yg diisi pastry cream
styrofoam berbentuk kon


Assembly

1. Celupkan Profiteroles dalam caramel dan lekatkan di styrofoam.
2. Ulang langkah dengan menyusun profiteroles.
3. Bila siap, celupkan garfu kedalam caramel dan pusing disekeliling kon.

* Sesuai untuk party


Gateau St. Honore



Bahan2

1 keping pastry puff (untuk base)
14 biji Profiteroles (belum isi filling)

Caramel

3 sudu besar air
1 cawan gula
1 sudu besar corn syrup

Fresh Cream

Whipped cream
Susu tepung skim
gula
vanila paste
puree berries

Cara2

1. Potong pastry puff berbentuk bulat sebesar 9 inci.
2. Cucuk dengan garfu.
3. Bakar dengan suhu 190 C selama 20 - 25 minit.


Caramel

1. Panaskan semua bahan atas api sederhana.
2. Untuk elakkan gula melekat, beruskan tepi periuk dengan berus yang telah dicelup air.
3. Bila bertukar warna keemasan, angkat periuk dan letakkan dalam bekas yang berisi ais.


Fresh Cream

1. Pukul shipped cream dan susu tepung sehingga menjadi soft peak.
2. Masukkan gula dan vanilla.
3. Bahagikan kepada 2 bahagian. 1 bahagian dibubuh puree.

Assembly
1. Celupkan profiteroles dalam caramel dan susun dalam dulang. Caramel di bahagian bawah. Biarkan sejuk.
2. Tuangkan pastry cream atas pastry puff.
3 Susun profiteroles di atasnya disekeliling pastry puff. Caramel bahagian atas.
4. Masukkan buah2an segar dibahagian tengah.
5. Pipingkan fresh cream kosong dan perisa berry secara berselang.





Profiteroles & Eclairs


Profiteroles - Bulat
Eclairs - Panjang


Bahan2

Pastry Cream
1 cawan susu segar
1 1/2 sudu teh vanila bean paste
2 sudu besar tepung jagung
3 biji telur kuning
2 sudu besar unsalted butter (potong kecil)
3 sudu besar gula


Chocolate Glaze

4 oz coklat pahit manis
1/4 cawan unsalted butter
1 sudu besar whitecorn syrup


Sugar Glaze

1 1/2 cawan gula icing
3 sudu besar susu segar
1 1/2 sudu besar unsalted butter, dicairkan


Cara2

Choux Paste

Sama seperti membuat Crullers

Pastry Cream

1. Panaskan susu atas api sederhana kemudian masukkan vanilla paste.
2. Dalam bekas lain masukkan telur kuning, tepung jagung & gula. Pukul rata.
3. Sediakan satu bekas lain untuk butter dan letakkan penapis.
3. Kemudian tuang susu yang telas panas dalam bekas 2. perlahan dan sedikit demi sedikit. Pukul setiap masa dan masukkan kembali kedalam periuk yang diletak atas api sederhana. kacau menggunakan sudip sehingga pekat dan berkilat.
4. Tapiskan dalam bekas butter dan pukul jika perlu.
5. Tutup dengan plastik dan biarkan sejuk pada suhu bilik sebelum dimasukkan dalam peti sejuk.


Chocolate Glaze

Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan panaskan diatas periuk yang didalamnya air sedang mendidih.


Sugar Glaze

1. Pukul gula icing di dalam susu sehingga lembut dan tuangkan butter cair. Boleh ditambah pewarna sekiranya suka.


Profiteroles

1. Panaskan ketuhar pada suhu 200 C
2. Masukkan Choux Paste dalam piping bag menggunakan bentuk bulat.
3. Pipekan Profiteroles sebesar 1 1/2 inci besar.
4. Basahkan jari dan tekan tanduk rofiteroles supaya terbentuk bulat dan tiada tanduk.
5. Bakar menggunakan suhu 190 C selama 15 minit.


Eclairs

1. Panaskan ketuhar pada suhu 200 C
2. Masukkan Choux Paste dalam piping bag menggunakan bentuk bulat.
3. Pipekan Eclairs sepanjang 4 inci dan lebar 1 1/2 inci.
4. Bakar menggunakan suhu 190 C sehingga bertukar warna coklat keemasan.


Finishing

1. Masukkan pastry cream ke dalam piping bag dengan menggunakan bentuk bulat yang kecil.
2. cucuk Profiteroles dan Eclairs menggunakan lidi sate.
3. Isi lubang yang telah dibuat dengan pastry cream sehingga ruang kosong penuh.
4. Celupkan Profiteroles dan Eclairs kedalam Chocolate Glaze dan Sugar Glaze.





Crullers



Bahan2
3/4 cawan air
3/4 cawan susu
5 oz butter
2 sudu teh gula icing
1/2 sudu teh garam
1 2/3 cawan tepung serba guna
5 biji telur
minyak sayuran

Cara2 
1. Panaskan periuk, campurkan bersama air, susu, butter, gula & garam.
2. Dalam bekas lain, tapiskan tepung.
3. Masukkan tepung dalam periuk sekaligus. Kacau sehingga menjadi doh.
4. Masukkan doh dalam mixer dan putar sebentar.
5. Masukkan telur sebanyak 2 biji setiap kali dalam mixer. Pukul rata.
6. Masukkan doh yang telah siap dalam piping bag dan bentukkan dengan menggunakan bentuk bintang.
7. Piping menjadi bentuk donut.
8. Pansakan minyak sayuran dan goreng selama 5 minit / sehingga berwarna keemasan.
9. Taburkan gula icing atas crullers.


* Doh hendaklah terus digunakan dan tidak boleh diletak dalam peti sejuk.


Tuesday, January 22, 2013

Dulce De Lechee Cup Cake



Bahan2

Dulce de lechee
2 cawan condensed milk
3 sudu besar gula perang
1 cawan whipping cream

Cupcake
1/2 cawan soft butter
1 cawan gula perang
3 biji telur

1 3/4 cawan all purpose flour
1 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh garam

1/2 cawan susu - suhu bilik
1 sudu teh vanilla

Frosting
2 cawan gula icing
1/2 cawan soft unsalted butter
1/4 cawan dulce de leche
1 sudu teh vanilla
1/4 sudu garam


Cara2

Dulce de lechee
1. Campurkan susu, whipping cream, dan gula perang didalam periuk.
2. Panaskan dengan api perlahan selama 15 minit. Sentiasa kacau.
3. Sejukkan dalam suhu bilik.

Cupcake
1. Pukul butter sambil masukkan gula perang.
2. Masukkan telur satu persatu sambil pukul.
3. Dalam bekas lain, tapis tepung, baking powder dan garam - bahan kering
4. Masukkan separuh bahan kering sedikit demi sedikit dalam bekas mixer.
5. Masukkan susu dan vanilla.
6. Masukkan separuh lgi bahan kering sedikit demi sedikit.
7. Pukul rata.

Frosting
1. Pukul unsalted butter, masukkan dulce de lechee. Pukul sehingga rata dan smooth.
2. Masukkan gula icing, esen vanilla dan garam. Pukul sebati. 

FINISHING
1. Sediakan ice cream cone yang bawahnya rata.
2. Isikan 1 sudu teh dulce de lechee dalam ice cream cone.
2. Masukkan 1 scoop tepung cupcake dalam ice scream cone.
3. Bakar dengan suhu 175 c selama 25 - 30 minit.

4. Piping frosting atas ice cream cone cupcake. 
5. Piping kecil atas frosting dulce de lechee.





Chocolate Spice Cup Cake



Bahan2
Truffle
1/2 cawan whipping cream
4oz coklat bittersweet

Cupcake
2 cawan all purpose flour
2/3 cawan serbuk koko
1 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh baking soda
1/2 sudu teh serbuk kayu manis
1/2 sudu teh serbuk lada
1/4 sudu teh garam
2 cawan gula icing

2 biji telur
1 cawan susu - suhu bilik
3/4 cawan kopi pekat
1/2 cawan minyak sayuran
1 sudu teh esen vanilla

Frosting - Cream Cheese
8 oz soft cream cheese
1/2 cawan butter
3 1/2 cawan gula icing
1 sudu teh esen vanilla

Chocolate Cream Cheese
3 oz bittersweet chocolate

Cara2

Truffle
1. Masukkan coklat dalam mangkuk.
2. Panaskan whipping cream dan masukkan dalam mangkuk coklat.
3. Kacau ssehingga coklat cair.
4. Biarkan sejuk dalam suhu bilik.

Cupcake
1. Dalam mangkuk mixer, masukkan all purpose flour, serbuk koko, baking powder, baking soda, serbuk kayu manis, serbuk lada, garam. Tapiskan dan pukul perlahan dengan mixer.
2. Masukkan gula dan pukul lagi.
3. Dalam mangkuk lain, pukul dua biji telur, masukkan susu, kopi, minyak sayuran dan esen vanilla.
4. masukkan bahan basah dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan tinggi.
5. Isikan dalam paper liner 2/3 penuh.
6. Preheat oven 175 c dan bakar selama 25 - 30 minit. Keluarkan dan biarkan sejuk.

Frosting - Cream Cheese
1. Masukkan  soft cream cheese dalam mangkuk mixer dan pukul perlahan.
2. Masukkan gula sedikit demi sedikit dan masukkan esen vanilla.
3. Putar hingga rata.

Chocolate cream cheese
1. Cairkan coklat. Biarkan suam/suam.
2. Campurkan 1/2 dari cream cheese yang telah siap dengan coklat cair.
3. Gaul rata.

FINISHING
 1. Korek bahagian tengah cupcake dengan melon scoop.
2. rendam melon scoop dalam air suam, scoopkan truffle dan isi dalam bahagian cupcake yang dikorek.
3. Dalam piping bag, isikan separuh cream cheese dan separuh chocolate cream cheese.
4. Piping atas cupcake.




Cream Cheese & Chocolate Cream Cheese


Cream Cheese
1/2 cawan butter
8 oz soft cream cheese
3 1/4 cawan gula icing
1 sudu teh esen vanilla

 Pukul sebati

Chocolate Cream Cheese
Campurkan cream cheese dengan melted chocolate.

separuh sukatan cream cheese diatas untuk 8oz melted chocolate.


Fresh Berries Creme Brulee



Bahan2
3 cawan whipping cream
esen vanilla
Buah beri
1 sudu teh parutan kulit lemon
10 biji telur kuning
1/2 cawan gula
1 1/2 sudu jus lemon

Cara2
1. Masukkan buah beri dalam bekas kecil.
2. Panaskan whipping cream dengan api sederhana.
3. Masukkan parutan kulit lemon dan kacau rata. Masak selama 5 minit.
4. Dalam periuk lain, panaskan air.
5. Dalam mangkuk lain, masukkan 10 biji telur kuning dan gula. Whisk to blend.
6. Sambil pukul, letakkan telur atas periuk air panas dan pukul sekata. Jika adunan dituang atas adunan sama dan membentuk mengikut gerakan tangan kita, boleh angkat.
7. Campurkan dengan adunan whipping cream dan tapis.
8. Panaskan sekali lagi selama 5 minit.
9. Tuang dalam bekas beri dan menutup semua beri. Biarkan sejuk dan masukkan dalam fridge.
10. Taburkan gula dan buat caramel dengan kitchen torch.





Bake Caramel Apple Creme Brulee



Bahan2

Creme Brulee
4 biji epal
1 1/2 cawan sour cream
6 biji telur kuning
esen vanilla
6 sudu besar gula perang
1/2 sudu teh serbuk kulit kayu manis

Caramel
1 sudu besar jus lemon
1 cawan gula
3 sudu besar air

Cara

Creme Brulee
1. Panaskan oven 176 C
2. Kupas kulit epal separuh dibahagian atas dan korek isi epal dengan menggunakan melon baller dengan ketebalan 1/2 inci. Masukkan epal dalam dulang pembakar.
3. Pukul sour cream dan kuning telur.
4. Masukkan gula perang, esen vanilla dan serbuk kayu manis. whisk to blend.
5. Tuang adunan kedalam epal.
6. Masukkan air panas dalam dulang pembakar tidak lebih separuh dari epal.
7. Tutup dengan aluminium foil. Untuk mengelakkan aluminium foil terkena epal & creme brulee, cucuk pencungkil gigi diatas epal. Balut dengan aluminium foil.
8. Bakar selama 25 minit dan keluarkan aluminium foil. 
9. Bakar lagi selama 10 minit.

Caramel
1. Panaskan periuk, masukkan gula, air dan jus lemon. 
2. sapu tepi periuk dengan berus yang dicelup air untuk caramel yang sekata.
3. Bila gula sudah bertukar menjadi caramel, cepat letakkan periuk atas ais untuk disejukkan.
4. Tuang 1 sudu caramel atas epal/creme brulee.





Classic Creme Brulee


Bahan2
2 3/4 Cawan whipping cream
Esen vanilla
4 biji telur kuning
1 biji telur
3/4 cawan gula

Cara2
1. Panaskan oven 162 C
2. Panaskan whipping cream atas api sederhana lebih kurang 5 minit.
3. Masukkan esen vanilla dan kacau sebati.
4. Dalam mangkuk lain, masukkan telur, gula - whisk to blend.
5. Kemudian masukkan whipping cream yang dipanaskan dalam mangkuk telur dan kacau sebati.
6. Susun bekas kecil untuk cream brulee dalam dulang pembakar.
7. Tapis adunan cream brulee dan tuang dalam bekas kecil dalam dulang pembakar. Tuang air panas dalam dulang pembakar.
8. Bakar selama 30 minit.
9. Keluarkan dari oven. Kalau ada buih, sentuhkan dengan kertas tisu. Sejukkan selama 10 minit dan keluarkan dari dulang pembakar.
10. Sejukkan selama 3 jam sebelum dihidang.


Bird Nest (Pavlova)



Bahan2

Nest
3 biji putih telur
3/8 sudu teh cream of tar tar - cott
3/4 cawan gula

Topping
3/4 cawan whipping cream
1 sudu teh besar gula
esen vanilla
buah beri

Cara2
Nest
1. Panaskan oven148 C
2. Buatkan 6 bulatan 2 1/2 inci dengan jarak setiap satu 2 inci diatas bakery paper.
3. Pukul whipping cream dan cott dengan kelajuan perlahan.
4. Bila putih telur sudah berbuih, naikkan tahap kelajuan sambil masukkan gula sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi stiff peak.
5. Masukkan adunan dalam piping bag dengan nozel bintang besar.
6. Pipe meringue mengikut bulatan yang telah dilukis. Pipekan sehingga terbentuk seperti mangkuk/nest.
7. Masukkan meringue dalam oven dan turunkan suhu kepada 135 C. Bakar selama 45 - 65 minit.


Wednesday, January 16, 2013

tak tau kenapa..


Semalam adalah hari yang paling stress buat kerja sejak dipindahkan ke department baru ni.

Stress bermula sebab hari ni ada commitee meeting which our dept kena buat presentation dan aku jadi oic yg kena buat preparation. Tapi bukan aku yg present pun... (kecoh lebih!!!)

Mula2 tak dapat data, pending nk dpt data lambat tu minggu ni jugak nk kena present. Kelam kabut la semalam. Sibuk aku ni bertemankan demam, terpaksa skip sesi mengepam, kena balik lambat, disindir2 lagi.

Tapi kagum jugak kat diri sendiri semalam sebab dalam demam boleh berjaya simpan susu dalam cik B selama 8 jam. Sampai rumah, memang confirm dah sakit. Silap2 hb boleh menambahkan level demam. Tapi alhamdulillah, aku lagi ok dari semalam walapun 8 jam tak pam dan menahan seksa dalam 5 jam terakhir.

Tapi malam tu aku rasa macam aku nak lari kat satu tempat yang sorang manusia pun takde dan aku sorang je ada. Bolehlah aku jerit sekuat hati aku!!

Hari ni pun sama terpaksa skip 1 sesi mengepam sebab meeting tu pagi. Tapi awal2 aku dah ready sbb sblm dtg keje aku dah perah sampai kering & dh sidai elok2 (Apakah....????)

Sekarang dah abeh meeting, pam pun sudah, merapu kat BELOG pulak...

-Aku lg stress kalau x dpt pam dr x dpt buat keje-

Tuesday, January 15, 2013

Cabaran Breastfeeding


Semalam terbaca 1 post kat kumpulan ibu menyusukan, semua stock EBM dia kena buang. Katanya orang yang membuangnya, baby x kenyang, susu cair.. Kalau tengok picture baby tu, memang kena cucuk mata sape yang kata baby tak kenyang tu. Pipi bambam comel gile boleh kata baby tak kenyang.. Memang kena pegi optometri pegi check mata dh tu.. Kalau baby x kenyang, takkanla dia boleh bambam.. Otak dah jem kot sampai xleh pk dah..

Aku memang hangin dan emo sikit kalau baca pasal orang dok kata baby yang breastfeed ni tak lengkap & dia tak kenyang kalau tak bagi formula milk sbb aku pun dapat problem yg sama..

Ingat2 balik memang boleh meroyan & kalau tak sabar serta kuat semangat, FM mungkin dah jadi pilihan.. Tapi bila kita fikir pasal kebaikan anak, dan pengalaman bagi anak FM aku cekalkan hati dan kuatkan semangat untuk BF. Walaupun Zara baru umur 5 bulan, alhamdulillah, aku berjaya laluinya..

Antara cabaran aku nak fully breastfeed Zara.

1. Sebelum baby keluar dah ada orang tanya nak bg susu apa. Bila aku kata nk fully BF, tak cukup katanya. Aku senyap je. Malas nak layan.

2. Bila nak siapkan/beli barang BF, ada yang cakap macamla banyak sangat susu tu atau nak buat apa beli benda tu?

3.  Bila Zara dah keluar, Eh!! kau kena bagi FM ni. Nanti anak kau tak kenyang. Hek kau!!

4. Soklan sama lagi. Tak bagi FM ke? Bagi FM nanti dia kenyang, tak nangis & cepat dia tidur nanti. Dia baby, kau expect apa? Tak nak bagi baby nangis & nak suruh dia gelak tergolek2. Hampagas betul..

Eh!!! 4 jerk.. rasa cam banyak jer.. Rasa banyak sebab tiap kali jumpa dok tanya/cakap benda sama. Tak ke kau tension???

Satu lagi yang buat aku emo.. Pantang lepa sikit nk soh bagi air masak. kadang2 sampai satu botol yg 2 oz tu dibaginya Zara minum (dahla aku penah terbaca baby xleh minum air lebih dr 2oz kalau tak bahaya kat dia). Cakap pun tak guna kalau kau dh hidup dengan pengetahuan yang baby wajib kena minum air masak... Kalau aku explain pun, kau dok jeling balik kata aku salah macamana????

Yelah. orang muda kena dengar kata orang tua kan.. Kalau camtu, kau tak payah hantar anak2 kau pegi sekolah belajar tinggi2. Sbb kadang, apa yang diajar tu bercangggah dengan pemahaman orang tua..

Soklan2 yang boleh menjatuhkan semangat mummy2 nk BF ni selalunya datang dari orang2 terdekat dengan kita. Saudara mara, mak ayah, adik beradik dan tak terkecuali jiran tetangga.

Yang penting, pekakkan telinga buat tak tahu & cekalkan semangat nak BF baby. Orang boleh cakap apa sahaja, yang penting kita tau apa yang kita buat tu untuk kebaikan baby. Kalau dorang dok cakap lagi BF tak bagus, cakap balik kebaikan BF disebut dalam Quran. Kau nak sanggah kata2 Allah?? Dah ada susu manusia, kau nak bagi jugak susu lembu??? Kalau dia pilih BF, itu pilihan dia. Kalau dia pilih FM pun, itu pilihan dia. Masing2 ada pilihan mereka sendiri kan.. Kadang2 manusia ni seronok mengata dan bercakap. Bagi FM pun tak kena, BF pun salah..

Kalau kita dok dengar dan terpengaruh dengan kata2 orang sekeliling yang cakap BF tak cukup untuk baby, maka memang akan tak cukupla susu ibu tu. Sebab selain demand & supply, pengeluaran susu juga bergantung pada emosi dan fikiran kita.

"Ya Allah, permudahkanlah aku dan ibu2 lain untuk menyusukan anak kami sehingga umur mereka 2 tahun. Amin.."


Friday, January 4, 2013

azam tahun baru


Asal masuk tahun baru je, pk apa azam tahun ni.. Usahkan azam tahun 2012, azam tahun2 sebelum tu pun x achieve pun..

Tapi nk jugak kena buat azam kan.. kalau tak nanti kalau ada orang tanya nak jawab hapa???

Azam tahun ni.. NAK BERENTI KEJE NAK JADI SURIRUMAH SEPENUH MASA!!!!
Hamboihhhh... tak agak2 punya azam... mampu ke??? Insyaa Allah..mudah-mudahan tercapai... *tp dlm kepala dok ckp cam xleh achieve je ni* aiyakkk!!!!

Itu azam tahun ni.. Targetnya pulak dh banyak ni...

Target 5 tahun lagi, Wooiii azam tahun ni pun belum tentu achieve lagi, dh target utk 5 tahun lg.. Aii.. kalau kita fail to plan, kita plan to fail kannn??? katenya..

LIMA TAHUN akan datang...
Nak beli rumah sebijik lagi... *memang den tamak haloba... Bukan apa, nak rumah lagi besar, lagi luas laman dia, boleh parking kereta sampai 10 bijik depan rumah...
Sekarang ni, rumah kos rendah je, 1 kete je yg boleh parking depan rumah.. laman pun xde...

SOPLOH TAHUN akan datang... urmm... yang ni kena pk dulu.. 

Wednesday, January 2, 2013

Pulanglah kau ketempat asalmuuu.....


Assalamualaikum...

Selamat Tahun Baru...

Memandangkan belog Iman macam dh lari dari tujuan asal iaitu nk post psl Iman je... Jadi dgn ini 2@1 create belog utk kami pulak..

hua..hua.. gile punya tamak...

Mak aihhh..byknya post yg nk didelete supaya belog armeenadika x dirasuki post2 yang lain yg nan ado kena mengena..