Tuesday, January 15, 2013

Cabaran Breastfeeding


Semalam terbaca 1 post kat kumpulan ibu menyusukan, semua stock EBM dia kena buang. Katanya orang yang membuangnya, baby x kenyang, susu cair.. Kalau tengok picture baby tu, memang kena cucuk mata sape yang kata baby tak kenyang tu. Pipi bambam comel gile boleh kata baby tak kenyang.. Memang kena pegi optometri pegi check mata dh tu.. Kalau baby x kenyang, takkanla dia boleh bambam.. Otak dah jem kot sampai xleh pk dah..

Aku memang hangin dan emo sikit kalau baca pasal orang dok kata baby yang breastfeed ni tak lengkap & dia tak kenyang kalau tak bagi formula milk sbb aku pun dapat problem yg sama..

Ingat2 balik memang boleh meroyan & kalau tak sabar serta kuat semangat, FM mungkin dah jadi pilihan.. Tapi bila kita fikir pasal kebaikan anak, dan pengalaman bagi anak FM aku cekalkan hati dan kuatkan semangat untuk BF. Walaupun Zara baru umur 5 bulan, alhamdulillah, aku berjaya laluinya..

Antara cabaran aku nak fully breastfeed Zara.

1. Sebelum baby keluar dah ada orang tanya nak bg susu apa. Bila aku kata nk fully BF, tak cukup katanya. Aku senyap je. Malas nak layan.

2. Bila nak siapkan/beli barang BF, ada yang cakap macamla banyak sangat susu tu atau nak buat apa beli benda tu?

3.  Bila Zara dah keluar, Eh!! kau kena bagi FM ni. Nanti anak kau tak kenyang. Hek kau!!

4. Soklan sama lagi. Tak bagi FM ke? Bagi FM nanti dia kenyang, tak nangis & cepat dia tidur nanti. Dia baby, kau expect apa? Tak nak bagi baby nangis & nak suruh dia gelak tergolek2. Hampagas betul..

Eh!!! 4 jerk.. rasa cam banyak jer.. Rasa banyak sebab tiap kali jumpa dok tanya/cakap benda sama. Tak ke kau tension???

Satu lagi yang buat aku emo.. Pantang lepa sikit nk soh bagi air masak. kadang2 sampai satu botol yg 2 oz tu dibaginya Zara minum (dahla aku penah terbaca baby xleh minum air lebih dr 2oz kalau tak bahaya kat dia). Cakap pun tak guna kalau kau dh hidup dengan pengetahuan yang baby wajib kena minum air masak... Kalau aku explain pun, kau dok jeling balik kata aku salah macamana????

Yelah. orang muda kena dengar kata orang tua kan.. Kalau camtu, kau tak payah hantar anak2 kau pegi sekolah belajar tinggi2. Sbb kadang, apa yang diajar tu bercangggah dengan pemahaman orang tua..

Soklan2 yang boleh menjatuhkan semangat mummy2 nk BF ni selalunya datang dari orang2 terdekat dengan kita. Saudara mara, mak ayah, adik beradik dan tak terkecuali jiran tetangga.

Yang penting, pekakkan telinga buat tak tahu & cekalkan semangat nak BF baby. Orang boleh cakap apa sahaja, yang penting kita tau apa yang kita buat tu untuk kebaikan baby. Kalau dorang dok cakap lagi BF tak bagus, cakap balik kebaikan BF disebut dalam Quran. Kau nak sanggah kata2 Allah?? Dah ada susu manusia, kau nak bagi jugak susu lembu??? Kalau dia pilih BF, itu pilihan dia. Kalau dia pilih FM pun, itu pilihan dia. Masing2 ada pilihan mereka sendiri kan.. Kadang2 manusia ni seronok mengata dan bercakap. Bagi FM pun tak kena, BF pun salah..

Kalau kita dok dengar dan terpengaruh dengan kata2 orang sekeliling yang cakap BF tak cukup untuk baby, maka memang akan tak cukupla susu ibu tu. Sebab selain demand & supply, pengeluaran susu juga bergantung pada emosi dan fikiran kita.

"Ya Allah, permudahkanlah aku dan ibu2 lain untuk menyusukan anak kami sehingga umur mereka 2 tahun. Amin.."