Friday, January 25, 2013

Profiteroles & Eclairs


Profiteroles - Bulat
Eclairs - Panjang


Bahan2

Pastry Cream
1 cawan susu segar
1 1/2 sudu teh vanila bean paste
2 sudu besar tepung jagung
3 biji telur kuning
2 sudu besar unsalted butter (potong kecil)
3 sudu besar gula


Chocolate Glaze

4 oz coklat pahit manis
1/4 cawan unsalted butter
1 sudu besar whitecorn syrup


Sugar Glaze

1 1/2 cawan gula icing
3 sudu besar susu segar
1 1/2 sudu besar unsalted butter, dicairkan


Cara2

Choux Paste

Sama seperti membuat Crullers

Pastry Cream

1. Panaskan susu atas api sederhana kemudian masukkan vanilla paste.
2. Dalam bekas lain masukkan telur kuning, tepung jagung & gula. Pukul rata.
3. Sediakan satu bekas lain untuk butter dan letakkan penapis.
3. Kemudian tuang susu yang telas panas dalam bekas 2. perlahan dan sedikit demi sedikit. Pukul setiap masa dan masukkan kembali kedalam periuk yang diletak atas api sederhana. kacau menggunakan sudip sehingga pekat dan berkilat.
4. Tapiskan dalam bekas butter dan pukul jika perlu.
5. Tutup dengan plastik dan biarkan sejuk pada suhu bilik sebelum dimasukkan dalam peti sejuk.


Chocolate Glaze

Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan panaskan diatas periuk yang didalamnya air sedang mendidih.


Sugar Glaze

1. Pukul gula icing di dalam susu sehingga lembut dan tuangkan butter cair. Boleh ditambah pewarna sekiranya suka.


Profiteroles

1. Panaskan ketuhar pada suhu 200 C
2. Masukkan Choux Paste dalam piping bag menggunakan bentuk bulat.
3. Pipekan Profiteroles sebesar 1 1/2 inci besar.
4. Basahkan jari dan tekan tanduk rofiteroles supaya terbentuk bulat dan tiada tanduk.
5. Bakar menggunakan suhu 190 C selama 15 minit.


Eclairs

1. Panaskan ketuhar pada suhu 200 C
2. Masukkan Choux Paste dalam piping bag menggunakan bentuk bulat.
3. Pipekan Eclairs sepanjang 4 inci dan lebar 1 1/2 inci.
4. Bakar menggunakan suhu 190 C sehingga bertukar warna coklat keemasan.


Finishing

1. Masukkan pastry cream ke dalam piping bag dengan menggunakan bentuk bulat yang kecil.
2. cucuk Profiteroles dan Eclairs menggunakan lidi sate.
3. Isi lubang yang telah dibuat dengan pastry cream sehingga ruang kosong penuh.
4. Celupkan Profiteroles dan Eclairs kedalam Chocolate Glaze dan Sugar Glaze.